Safi Shayla Memperkenalkan Teknologi Hijab Scalp Biotics Untuk Rambut Sihat Menawan dan Kekal Segar

by - April 28, 2022

 Safi Shayla Memperkenalkan Teknologi Hijab Scalp Biotics Untuk Rambut Sihat Menawan dan Kekal Segar 

Haiii...Assalamualaikum korang....harini sis nak cerita mengenai rambut ler...lagi-lagi kita yang berhijab ni kan...memang kena fokus lebih sikit kat situ tau...kalau tak jaga dengan elok rambut korang akan rosak dan berbau kepam...nak ker uolsss???

meh la sis bantu korang....Rangkaian terbaru safi Shayla ni memang sangat best sebab ianya tenologi pertama hijab scalp biotics.

Ianya dicipta khas bagi mengekalkan keseimbangan dan kesihatan mikrobion kulit kepala dan mencapai rambut berhijab yang lebih sihat dan lebat.

 Safi Shayla Memperkenalkan Teknologi Hijab Scalp Biotics Untuk Rambut Sihat Menawan dan Kekal Segar 







TEKNOLOGI PERTAMA HIJABSCALP BIOTICS
Hasil penyelidikan Safi Research Institute (SRI), kesihatan mikrobiom kulit kepala wanita yang berhijab didapati kurang seimbang berbanding dengna kulit kepala yang tidak berhijab.  Komposisi bakteria jahat yang ada pada permukaan kulit kepala adalah berlebihan daripada bakteria yang baik.  Ini semua adalah akibat faktor cuaca yang panas dan lembap negara kita.  Hasilnya, pelbagai masalah kulit kepala dan rambut seperti kelemumur, rambut gugur dan kulit kepala berbau gatal mudah berlaku kepada wanita berhijab.  Oleh itu, rambut berhijab perlukan penjagaan yang mantap.

Safi Shayla kini telah dipertingkatkan dan diformulasi dengan rumusan revolusi teknologi Hijab Scalp Biotics, pertama di dunia.  Diinspirasi daripada Microbiome Science, ia dicipta khas dengan rumusan probiotik untuk membantu penumbuhan bakteria baik.  Selain itu, bagi mengembalikan semula atau mencapai keseimbangan mikrobiom kulit kepala.  Rambut berhijab lebih sihat dan lebat dengan kulit kepala yang sihat. 


Ada 5 Variasi shampoo yang boleh kita pilih mengikut masalah rambut

  • Syampu Anti Kelemumur Safi Shayla (Biru) : berkesan mengatasi masalah kelemumur dengan menghilangkan 99.9% penyebab kelemumur, serta melegakan kegatalan kulit kepala dengan sensasi dingin. 

  • Syampu Kawalan Rambut Gugur Safi Shayla (Oren) : menguatkan struktur rambut daripada akar, kurangkan keguguran rambut dan membaiki rambut yang rapuh. 

  • Syampu Licin Terurus Safi Shayla (Pink) : melembutkan dan melicinkan rambut yang kering dan susah diurus.  Rambut licin, lembut dan senang disikat, tidak lagi frizzy dan serabut. 

  • Syampu Segar Bermaya Safi Shayla (Hijau Muda) : rasa segar dengn sensasi dinginnya, syampu ini akan membersih secara mendalam & kurangkan minyak kulit kepala agar rambut ringan, segar dan bermaya. 

  • Syampu Itch Kontrol Safi Shayla (Hijau Tua) : hilangkan kegatalan kulit kepala segera dengan sensasi dingin agar rasa lega dan selesa. 
  • Kat mana nak beli??halaaa uolsss ni g la cari kat semua pasaraya,watsons guardian dan online website....shopee dan lazada pun ade ye...


You May Also Like

0 Comments

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

PEMILIK BLOG
-LIN LIENA-