Program Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman
Program Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman/Assalamualaikum…harini jom kita luangkan masa untuk untuk menambah ilmu pengetahuan dengan mengikuti live Dr Azizan secara percuma.
Banyak tips yang akan dikongsikan dalam menghadapi cabaran kritikal perniagaan tahun 2020.
Siapa tak kenal RichWorks International kan? Sebuah syarikat multinasional yang terkenal atas penganjuran seminar keusahawan terbesar Asia Tenggara. Seminar RichWorks merangkumi bidang pemasaran, jualan, perakaunan, percukaian, pematuhan, operasi perniagaan, pengurusan sumber manusia dan kepimpinan.
Sepanjang penubuhan RichWorks International bermula pada tahun 2008, pelbagai pengiktirafan antarabangsa telah diterima. Bukan tu saja, RichWorks juga telah memecah rekod dalam menghasilkan paling ramai usahawan berjaya di Malaysia. Antara rekod terbaik mereka adalah pada tahun 2020 di mana seramai 777 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari dalam dan luar negara berjaya mencipta rekod jualan lebih RM2 bilion melalui Program Mentoring SPIRE & TITANIUM.
RichWorks Sumbang Pada Masyarakat
RichWorks bukan saja berjaya bantu ubah nasib para usahawan dari zero ke jutawan, malah mereka tak lupa untuk menyumbang kepada masyarakat. Antara sumbangan RichWorks ialah dengan pelaksanaan pelbagai inisiatif termasuk anjuran program-program percuma, business bootcamp, RichWell dan banyak lagi. Kejayaan program tajaan RichWorks terbukti apabila hampir 605,000 orang dari 13 program keusahawanan yang ditawarkan berjaya dibantu.
Selain itu, RichWorks melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell) turut menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Bermula Julai 2021, RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM501,497 untuk disalurkan kepada lebih 2,000 buah keluarga di seluruh Malaysia.
RichWork juga bersama ahli Titanium & Spire telah menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban yang lepas serta menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena sambutan Maulidur Rasul.
RichWorks Terus Maju Bersama Dr Azizan Osman
Hebatkan RichWorks?? Tapi tanpa tunjang utama yang hebat, tak mungkin RichWorks boleh berjaya pergi sejauh ini. Semuanya bermula dengan sesusuk tubuh yang bernama Datuk Wira Dr Azizan Osman.
Dr Azizan Osman, Jurulatih Perkembangan Peribadi & Mentor Kejayaan No. 1 Malaysia memulakan kariernya secara sederhana. Kini, hasil kejayaan yang dilakar, beliau diiktiraf sebagai jurulatih bertaraf dunia oleh International Coach Guild (ICG) dalam bidang perniagaan, pemasaran, kepimpinan dan penguasaan potensi diri.
Sejak penubuhan RichWorks, Datuk Wira Dr Azizan Osman telah berjaya bantu lebih daripada 700 ribu peserta melalui strategi dan formulanya yang praktikal, mudah dan terbukti berkesan di dalam setiap program yang dianjurkan. Dr Azizan juga telah menulis lebih daripada 10 buah buku mengenai perniagaan, pemasaran dan penguasaan potensi diri. Buku ‘Beat the Curve’ yang dikarang bersama Brian Tracy antara buku yang berjaya tersenarai sebagai buku terlaris di Amazon.
Tidak hairan bila setiap perkongsian di media sosial beliau menjangkau puluhan ribu setiap minggu. Sebab tu beliau dianggap sebagai influencer yang dapat membantu ramai orang untuk merealisasikan potensi diri pada tahap tertinggi.
10 Cabaran Kritikal Perniagaan Yang Perlu Usahawan Tahu
Pandemik yang melanda 2 tahun kebelakangan ni telah mengubah arah pemasaran dunia perniagaan. Jangan terkejut bila banyak perniagaan yang tersungkur akibat pandemik ni. Walaupun tahun 2022 dilihat sebagai tahun terbaik untuk boost perniagaan kerana telah banyak kelonggaran diberi, namun para usahawan perlu ingat, terdapat 10 cabaran kritikal perniagaan yang perlu dihadapi oleh mereka!
Kadar Inflasi Jejas Trend Perniagaan
Menurut pemerhatian Dr Azizan Osman dalam tempoh 2 minggu yang lalu, beliau menyaksikan banyak perkara yang berlaku.
Antaranya sentimen pasaran dan kadar inflasi yang telah jangka sejak Ogos 2021. Ini dapar dilihat dengan kenaikkan harga barang antara 30% hingga 100% baru-baru ini.
Sebab itu Dr Azizan tegaskan betapa kritikal untuk para usahawan ada kesedaran ini!!
Tahun 2022 Bukan Tahun Mudah!!
2 Comments
Perkongsian yg bukan calang-calang dari dr azizan. dah le free saja. rugi kalau x rebut peluang ni kan
ReplyDeleteTahniah DAO dan semua peserta yang terlibat..
ReplyDeleteIni adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..
PEMILIK BLOG
-LIN LIENA-