Info Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

by - February 07, 2022

Assalamualaikum…korang tau ke apa maksud BKM?pada yang tak tahu saya akan kongsi serba sedikit info agar korang faham dan jelas.




APA ITU BKM?
Pada anda yang belum tahu,BKM bermaksud Bantuan keluarga Malaysia ianya merupakan bantuan tunai kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

Bantuan ini menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat(BPR) 2021 dengan beberapa 
pembaharuan supaya kumpulan yang benar-benar terkesan diberi lebih tumpuan.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BKM

Pemohon layak menerima BKM sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

-Isi Rumah
1.Kahwin atau

2.Ibu atau bapa tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai anak yang menepaai syarat dan

3.Pendapatan isi rumah adalah RM 5,000 dan ke bawah.

-Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan
1.Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/balu/janda/duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat 

2.had umur adalah 60 tahun dan keatas

3.Pendapatan isi rumah adalah RM 5,000 dan kebawah.

-Bujang
1.Bujang atau ibu atau/Bapa Tunggal/balu/janda/duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat.

2.Had umur adalah 21-59 tahun

3.Pendapatan bujang adalah RM2,500 dan kebawah.

-Pembayaran BKM akan dilaksanakan 4 kali setahun dan tarikh pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
-BKM adalah bantuan tunai kerajaan yang lebih bersaasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat.


SEMAKAN DAN KEMASKINI BANTUAN KELUARGA MALAYSIA-BKM

Semakan BKM dan kemaskini maklumat BKM boleh dibuat dengan melayari laman web rasmi BKM di 

TEMPOH PENGEMASKINIAN MAKLUMAT / PERMOHONAN BAHARU

Tempoh pengemaskinian maklumat/permohonan baharu BKM boleh dibuat mulai 1 januari 2022-31 januari 2022,Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa













You May Also Like

1 Comments

  1. Moga info ni memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan...

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

PEMILIK BLOG
-LIN LIENA-