Richworks Prihatin Bantu Rakyat,Komited Bantu 605,000 Bangsa usahawan Bangkit Semula Dari Pandemik Sepanjang Tahun 2021| Tahun 2021 telah melabuhkan tirainya

by - January 22, 2022

 Richworks Prihatin Bantu Rakyat,Komited Bantu 605,000 Bangsa usahawan Bangkit Semula Dari Pandemik Sepanjang Tahun 2021|  Tahun 2021 telah melabuhkan tirainya,semestinya ianya menjadi tahun yang amat mencabar buat negara kita. Banyak musibah yang menimpa rakyat dimana kes covid -19 yang meningkat dan banjir yang teruk berlaku di penghujung disember yang lalu.


RichWorks prihatin dan memahami perasaan dialami ramai orang di luar sana termasuk bangsa usahawan. Semuanya turut berlaku suatu ketika apabila Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama 31 ahli keluarganya dijangkiti COVID-19.


Tidak lama selepas itu, Ibu mertua Dr Azizan meninggal dunia dan Dr Azizan sendiri hampir maut setelah doktor mengatakan sudah tidak ada harapan jika tiada perubahan positif selepas beliau menggunakan mesin bantuan pernafasan.


Alhamdulillah, kini keadaan beliau semakin baik. Bagi Dr Azizan, peluang kedua diberikan Allah SWT ini akan beliau gunakan sebaiknya untuk memberikan lebih lagi kepada bangsa usahawan dalam bimbingannya.


Tak berapa lama selepas beliau keluar dari hospital dan sedang proses pemulihan, Dr Azizan menjalankan program percuma dengan sangat komited. Ia telah dihadiri ribuan orang usahawan dan bakal usahawan.


Sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan bagi memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan. 


Secara keseluruhan, RichWorks dapat membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya RichWorks pada tahun 2021.

 

Program RichWorks Diiktiraf Kerajaan


Program RichWorks International 2021 iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) telah mendapat sambutan sekaligus mendapat pengiktirafan kerajaan apabila ia telah disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

 


Selain itu, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. memberitahu bahawa RichWorks International juga tidak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).

"Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga.”


"Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu," ujarnya lagi.

 

Menurut Tuan Radz, RichWorks International bersama ahli Titanium dan Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM 824,160 dalam ibadah korban pada tahun 2021.


Selain itu, anak didik RichWorks yang lain dan ahli Titanium juga telah menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.


Dalam pada itu, RichWorks International sebagai sebuah syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara kita tetap meneruskan misi dalam membina usahawan dengan lebih berjaya lagi.

 

Alhamdulillah pada tahun lalu, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 bilion.


Bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX).


Melalui program bimbingan Spire kami yang menyediakan usahawan capai jualan RM1 juta pertama setahun, sebanyak 72 usahawan berjaya mencapainya.

 

Bukan itu saja, 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021.


Syukur atas kejayaan dan ujian dihadapi 2021 lalu, itulah sedikit sebanyak perjalanan RichWorks yang kami usahakan dan akan dipergiatkan lagi tahun baru ini, insyaAllah.


Moga usaha RichWorks (richworks.com) untuk membantu lebih ramai bangsa usahawan dan misinya akan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.



Perjalanan RichWorks Tahun 2021


Hajat Richworks yang mahu terus membantu orang ramai melalui program-program mereka semestinya patut dicontohi….Demi untuk membuka jalan dan meningkatkan ilmu  rakyat Malaysia supaya berjaya membina masa depan sebagai usahawan.

Richworks turut sediakan kelas percuma untuk siapa saja sertai.


Moga usaha Richworks untuk membantu lebih ramai bangsa usahawan dan misinya akan dipermudahkan….Aamiin






You May Also Like

0 Comments

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

PEMILIK BLOG
-LIN LIENA-