Percutian Singkat Di Pahang Tetapi Memberikan Pengalaman Yang Indah Dan Manis

by - January 23, 2022

 Percutian Singkat Di Pahang Tetapi Memberikan Pengalaman Yang Indah Dan Manis


Assalamualaikum…..Dah lama sebenarnya nak kongsi pengalaman bercuti di Pahang baru2 ni…tetapi asyik tak sempat aje memandangkan anak2 dah sekolah kan…masa agak terhad sedikit la nak menghadap PC ni…


Harini agak santai…so…sis nak la simpan disini semua kenangan semasa bercuti tempohari.Percutian kali ini tidak dirancang..tetiba terasa nak ke pahang…apelagi..kemas baju semua terus gerak pagi2….excited pulak rasa..almaklumlah dah lama terkurung dirumah.


Kalau korang nak tau…sis sempat masak tau…bawak bekal…heheh…memanglah penat…tapi seronok tau mkn ramai2 kat hotel nanti…selalunya la kan,kalau jalan jauh perut asyik lapar je,minta diisi ,biskut, maggi dan jajan benda wajib la sis bawak…kadang nak beli kat sana mahal tau….so…baik kita beli siap2 kan.. 



Staycation kali ini sis  memilih Villea Rompin Beach Resort atau dulu dikenali sebagai Lanjut Beach Resort.Korang pernah sampai kesini tak?sis pertama kali ni kesini..ini pun kawan2 yang syorkan…


Sebelum sampai ke destinasi sis singgah di mersing untuk menikmati sarapan pagi…banyak warung2 ditepi jalan…semuanya menyediakan hidangan masakan kampung yang sedap2….penuh perut haa..hehe….



Lepas sarapan sis berjalan di tepi pantai mersing…ambik mood sebelum memulakan perjalanan.


Haaaaa…korang,sis nak bagitau ni,kalau korang suka mandi pantai apa kata korang singgah di Pantai Air Papan,sebab pantainya sangat landai dan sesuai untuk bermandi manda….mesti anak-anak happy uolsss….lagipun rasa selamat…banyak kedai-kedai yang menjual pelbagai keperluan di sana,makanan sudah semestinya banyak…hehe…


Sis sempat singgah di pasar pagi mersing,wehhhh….best giler,keropok semua segar2 kat sana….korang beli la kopok mersing…sedap oooo…lembut dan garing…menyesal pulak beli sikit..kalau tau,sis borong je banyak2.


Sepanjang perjalanan semuanya berjalan lancar…kenderaan agak kurang pada waktu tu…perjalanan mengambil masa 4 jam…


Sampai je terus sis check in…alhamdulilah semua urusan sangat mudah…cepat juga boleh masuk bilik….lega sangat dapat rehatkan badan…puas jugak duduk dalam kete…4 jamm tau…mujurlah x jem…kalau tak lagilah jenuh kan..


 





Sis pilih bilik yang view pool….memang best sebab bukak je sliding door dah boleh nampak pool depan mata…anak2 nak mandi pun kita boleh pantau dari dalam bilik..sis ambik connecting room,memang seronok sebab keadaan bilik yang bersih dan selesa…staff pun baik dan peramah.



Harga bilik pun sangat berpatutan…setelah puas berehat sis keluar untuk makan petang..agak jauh juga nak cari kedai makan…memang kena keluar awal ye sebab kebanyakan kedai tutup pukul 6 petang…kat hotel ade je cafe….tapi sis saje je nak ambik angin luar.




Seronok wehhh kena angin laut…rasa tenang sangat kat sini,pantainya pun bersih dan terjaga.agak lama jugak sis buang masa di tepi pantai….angin dia kuat sangat…..anak anak pun happy jer berlari2…..




 




Feeling ape jela sis tu kan….hahaha…rasa tenang sangat dapat tgk laut…

Balik tu terus masuk bilik rehat dan berbual santai dengan family…memang sesuai la jika korang nak buat aktiviti keluarga atau pun honeymoon…sis recommended korang bercuti disini.


Alhamdulilah…lena je tido semalam…pepagi sis dah bersiap nak breakfast di cafe yang disediakan…banyak juga pilihan makanan dan kuih muih.


Banyak jugak sis makan..hehe..semua menu sis rasa tau…sebab tu kena ambik dalam kuantiti yang sikit…barulah kita boleh rasa semua menu yang disedikan…



Lepas ni sis dah plan ngan family nak ke tempat sejuk......semestinya genting highland menjadi pilihan destinasi seterusnya...sis memang suka pergi ramai2 sebab seronok dan dapat merapatkan silaturrahim sesama adik beradik…nak kumpul duit dulu untuk hotel di genting highland pastu apalagi…kita jalan laaaa….

Nanti sis share la percutian sis di genting highland tu…korang tunggu eh…


Selesai sudah percutian pendek untuk kali ini….nanti sis akan share lagi tempat menarik di tempat yang lain pula…sebelum pulang sempatlah juga bergambar untuk dijadikan kenangan…

Bye…kita jumpa lagi nanti ye…

You May Also Like

3 Comments

  1. dr kota terus naik pahang ek. Bestnyaaa.

    ReplyDelete
  2. One day nak ke sini plak laa bercuti, belum pernah bawa family stay di Pahang lagi.. padahal selalu je lalu nak ke Paka hehehe

    ReplyDelete
  3. Nampak menarik juga resort ni..tak pernah lagi sampai sini.

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

PEMILIK BLOG
-LIN LIENA-