Glow Gelenggang Membantu Mengurangkan Masalah Kulit Gatal

by - August 16, 2020

 Glow Gelenggang Membantu Mengurangkan Masalah Kulit Gatal| Assalamualaikum uolss...harini sis nak share dengan korang satu produk yang sangat bagus dan boleh membantu mengurangkan alahan gatal-gatal dan kulit yang mempunyai masalah seperti ekzema,kudis buta,kurap dan sebagainya.ok sebelum sis bercerita lebih lanjut jomlah kita tengok apa itu Glow Gelenggang.

Memperkenalkan Glow Gelenggang

Produk herba semulajadi yang membantu untuk melegakan gatal-gatal kulit anda yang disebabkan oleh resdung dan penyakit kulit seperti gatal-gatal kulit,eczema,psoriasis,panau,bisul,kudis buta,kurap,kayap,kutu, rambut,ruam sus bayi dan lain-lain berkaitan masalah kulit.

Diformulasi dari bahan semulajadi yang berkesan,selamat,bebas bahan kimia dan tanpa bahan steroid.

Sebenarnya,ia bukanlah rahsia kerana kebanyakan negara didunia ini juga menggunakan tumbuhan ajaib yang sama,untuk menghilangkan gatal dan merawat masalah kulit.Inilah daun gelenggang yang sangat dikenali sebagai agen anti kulat dan anti bakteria paling tinggi.

Daun gelenggang ini telah lama digunakan berabad-abad lamanya oleh nenek moyang kita,masyarakat arab dan orang Eropah untuk mengatasi masalah kulit.Gelenggang juga dikenali sebagai cassia alata atau senna alata.Terdapat 600 spesis gelenggang diseluruh dunia.

Tidak seperti produk lain yang tinggi bahan kimia memudaratkan,GLOW GELENGGANG diperbuat hanya dari bahan semulajadi premium terpilih.Ianya handmade,paling banyak bahan aktif,5x lebih berkesan,selamat dan mudah digunakan oleh semua jantina peringkat umur.

Dengan wujudnya GLOW GELENGGANG ini,anda tak perlu menderita menahan gatal dan menggaru hingga berdarah lagi.

Glow Gelenggang Membantu Mengurangkan Masalah Kulit Gatal

Cara menggunakannya pun sangat mudah, hanya dua step sahaja iaitu:
 
Guna sabun herba setiap kali mandi, 2-3 kali.
 
Sabun ni selamat digunakan untuk muka dan badan.
 
Picit dan sapu minyak herba sehingga meresap ke dalam kulit.
 

Minyak ini boleh digunakan selepas mandi, sebelum tidur dan bila-bila perlu / semasa gatal.

Daun gelenggang ini adalah daun dari pokok tumbuhan herba renek dengan ketinggian 1-1.5 meter. Sebenarnya daun gelenggang sangat popular dalam kalangan orang dulu-dulu sebab banyak khasiat darinya terutama dalam rawatan bagi kulit yang bermasalah seperti gatal-gatal, panau, eczema dan lain-lain. Dan agak sukar untuk mendapatkannya sekarang, maka terhasil satu produk dari inovasi terhadap daun gelenggang yang dikenali sebagai GLOW GELENGGANG.

PENGALAMAN MENGGUNAKAN GLOW GELENGGANG

Anak sis yang no 3 ni ada masalah kulit sikit...mudah sangat naik ruam atau alahan..bila dia menggaru..habis merebak semua tempat..alahaiii..sian dia tak tahan gatal...selalu beli cream kat pharmacy jer...tapi bila tak sapu dia mula naik balik.

Sis dah rasa risau sebab kudis dia susah nak baik...makin teruk adalah...alhamdulilah ada kawan sis yang mempeekenalkan produk Glow Gelenggang ini.katanya cubalah...sebab dia dah cuba dan berkesan sangat dengan anak dia yang juga mempunyai masalah kulit.

Glow Gelenggang Membantu Mengurangkan Masalah Kulit Gatal

Nampak tak?kulit dia menggerutu di bahagian tertentu seperti siku,lutut dan tempat -tempat lain..tak pasti pula apa puncanya...lagilah bila dia tidur waktu malam,dia menggaru sampai luka dan berdarah.

Glow Gelenggang Membantu Mengurangkan Masalah Kulit Gatal
Best sangat guna sabun Glow GELENGGANG ni sebab teksturnya seperti scrub...sabun ini juga berupaya merawat masalah gatal dan tanggalkan kulit mati sekaligus.Pastinya sangat selesa dan puas menyental kurap ketika mandi.Srub sabun gelenggang ini adalah dari' serat hijau' daun gelenggang itu sendiri.Bukan scrub sintetik seperti kebanyakan produk dipasaran yang tidak mengandungi apa-apa khasiat semulajadi.
Glow Gelenggang Membantu Mengurangkan Masalah Kulit Gatal

Selepas mandi menggunakan sabun gelenggang sis menggunakan minyak herba organik glow gelenggang.Ianya tidak pedih,tidak panas,tidak merengsakan dan juga tidak busuk...sedap je bau dia wehhh.....ingatkan busuk hehehe....

Cara Guna:

Bersihkan kulit dahulu sebelum guna.Sebaiknya guna selepas sabun herba organik glow gelenggang.Picit sedikit sahaja dan sapu minyak herba ditempat gatal sehingga menyerap.Guna selepas mandi,sebelum masuk tidur dan setiap kali rasa gatal.elakkan garu.

Sis berpuas hati dengan hasilnya...kulit anak sis dah semakin baik dan tidak kering lagi...Dah semakin kurang menggaru...Alhamdulilahhhhh......

Kalau berminat bolehlah dapatkan produk Glow Gelenggang di laman web ye...banyak sangat info,testimoni dan cara2 menggunakan produk ini...klik link dibawah ini ye....

FB PAGE: Glow Gelenggang
Whatsapp: 014-5445951

You May Also Like

6 Comments

  1. Wak ada tanam pokok gelenggang ni kat kebun.
    Daunnya memang sangat mujarab untuk mengubati pelbagai penyakit kulit.

    ReplyDelete
  2. Memang mujarab sgt kalau nk hilangkan gatal2..

    ReplyDelete
  3. kalau memang dari daun gelenggang, memang betul bagus...anak Sis dulu ada panau keputihan muka tu, Sis siap buat sendiri bedak daun gelenggang tu, then sapu,. sampai skearang hilang...masa tu anak sekolah rendah...
    Senang dah siap macam ni, boleh cari nanti...

    ReplyDelete
  4. bagusnya produk ni, yang ada kulit sensitif dan alahan macam kita pun sesuai pakai ni kan..

    ReplyDelete
  5. Unik nama die hehe tapi cantiklah packaging mcm set makeup

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

PEMILIK BLOG
-LIN LIENA-