Cara Buat Aiskrim Malaysia ChokiChoki Oreo Dan Green Tea

by - June 06, 2020

Cara Buat Aiskrim Malaysia ChokiChoki Oreo Dan Green Tea|Holaaaaaa....korang suka aiskrim tak?giler la tak suka kan...lagi2 kalau musim panas...mmg aiskrim la kita cari dulu..
Sebenarnya buat aiskrim ni senang jer..tak sampai satu jam dah siap..yang penting korang kena rajin laaa.

Anak-anak sis memang suka aiskrim...pengsan juga hari-hari nak beli...sekarang dah mahal..dulu zaman sis 20 sen jer...sekarang antara 50 sen hingga ke seringgit..bergantung pada perisa dan saiz juga laahh..

Cara Buat Aiskrim Malaysia ChokiChoki Oreo Dan Green Tea

Apakata kita buat sendiri aiskrim malaysia ni..modal pun tak banyak uolss..kita boleh buat macam2 perisa yang kita suka..sukatan resepi ni dapat banyak jugak aiskrim..puas juga nak habiskan..tak kira pulak dapat berapa batang..sorry terlupa hahah...

Aiskrim malaysia ni memang tak lapuk di zaman kan...memang sentiasa ada je permintaan,walaupun macam2 aiskrim yang ada sekarang,aiskrim malaysia juga yang menjadi pilihan.Ok jom kita tengok resepi kat bawah ni.

Cara Buat Aiskrim Malaysia ChokiChoki Oreo Dan Green Tea

 RESEPI AISKRIM MALAYSIA BERPERISA OREO CHOKI2 DAN GREEN TEA

Bahan
Plastik Aiskrim
Susu Pekat 1 Tin
Susu Cair 1 Tin
Gula 2 sudu besar
Air Masak 3 Tin{ikut sukatan tin susu}
Garam secubit

Cara
Masukkan Air, susu cair,susu pekat,gula,Garam dan masak hingga mendidih..Biarkan sehingga sejuk kemudia bolehlah di masukkan kedalam plastik aiskrim..pastikan korang ikat ketat..

Perisa oreo tu korang hancurkan biskut tu..jangan hancur sangat tau..masukkan dalam 4 sudu kecil dalam setiap plastik.
Perisa Choki2 pulak korang tuamgkan picitkan choki2 dalam plastik aiskrim..suka sangat aiskrim choki2..lemak  berkrim hehe..
Perisa Green Tea tu korang ambik serbuk green tea dalam 2 sudu besar dan rendam dalam air panas..pastu campur je dalam base aiskrim tu..kalau nak tambah pewarna boleh je..letak pewarna hijau epal..sikit jer..

Cara Buat Aiskrim Malaysia ChokiChoki Oreo Dan Green Tea
Taraaaaa...siap dah aiskrim malaysia sis...dapnyer wehhh,cukup semua rasa manis dia..lembut plk tuuuu..dalam 2 jam beku dah semua ni...yang bandung tu korang cuma letak ibu sirap jelaaa...
Ok selamat mencuba uolssssss

You May Also Like

2 Comments

  1. Tak penah lagi terfikir nak buat rasa green tea.. boleh buat lepas ni.. Thank you for the sharing!

    ReplyDelete
  2. Dulu kecik2 suka sekerim asam kecut
    10 sen sebatang.

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

PEMILIK BLOG
-LIN LIENA-