3 Koleksi Resepi Pizza Homemade Yang Mudah Tetapi Sedap Dan Lazat

by - May 04, 2020

3 Koleksi Resepi Pizza Homemade Yang Mudah Tetapi Sedap Dan Lazat| Apakata korang cuba 3 resepi pizza homemade yang sangat mudah ni...Anak-anak mesti suka kan...nak beli selalu tak larat la jugak sebab mahal kan...kita kena berjimat2 tau sekarang.

Sebagai ibu kita kena kreatif mempelbagaikan resepi untuk anak2...cuma rajin dan malas ajelah kan..so,sila rajin tengok resepi dan paling penting kena try and error...jangan putus asa kalau masakan yang kita cuba tak menjadi...practise make perfect...

3 Koleksi Resepi Pizza Homemade Yang Mudah Tetapi Sedap Dan Lazat



#1

Resepi Pizza Roti Gardenia

1 Buku roti gardenia
Tomato puri
Sosej
cendawan butang
lada banggala
Mozarela cheese
Ayam dipotong dadu
Chili Flakes

Cara-cara:

1-Susun dalam loyang roti gardenia dan renjiskan dengan air supaya roti lembut selepas roti di bakar nanti.
2-Sapu roti dengan tomato puri.
3-Letak kepingan cheddar cheese ke atas roti yang dah di sapu tomato puri tadi.
4-Kemudian letakkan kepingan sosej, cendawan butang, lada banggala, kepingan ayam dadu (pastikan bahan mentah seperti sosej atau ayam di rebus separuh dahulu sebelum di taburkan ke atas roti).
5.Taburkan mozarela cheese (untuk mendapatkan cheese yang bertali apabila di makan nanti)
6.Taburkan chili flakes bagi yang gemarkan pedas.
7.Bakar pizza dalam oven lebih kurang 15 minit.


#2
PIZZA AYAM HAWAIIAN
====================


Bahan doh pizza:
.
200 grm tepung gandum
125 ml air suam
1 paket yis segera
2 camca besar mentega atau minyak zaitun
1 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam halus
1-2 sudu besar shortening
.
Bahan topping:
.
1 tin sos speghetti PREGO TRADITIONAL - guna separuh je
1-2 ketul dada ayam
1 sudu kecil mix italian herbs
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
cheese monzarella
cheese cheeder
cili capsicum - potong nipis-nipis
cendawan butang- potong nipis
nenas tin - potong kecil-kecil
.
Cara untuk topping:
.
Potong bawang besar dan cincang halus bawang putih
Dada ayam dipotong nipis dan dicincang. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan semua bawang sampai layu kemudian masukk semua dada ayam dengan mix herbs serta garam secukup rasa. Biarkan ayam ni cukup masak tutup api dapur dan ketepikan.
.
Cara untuk doh pizza:
.
Bancuh yis serta gula dengan 3 sudu air suam, kacau rata dan tunggu berbuih. Gaul garam dengan tepung hingga rata kemudian buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan yis dan air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh. Uli hingga lembut dan masukkan shortening kemudian masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan tidak melekat pada jari (kena uli lama juga anggaran 10-15 minit). Doh yang dah cantik diuli menjadi bentuk bulat dibiarkan rehat di dalam bekas kemudian tutup dengan kitchen towel yang besih dan biarkan 40 minit atau hingga naik sekali ganda. Bila doh dah naik cantik, tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan udara dan uli sikit lagi kemudian doh ni boleh la di canai dalam anggaran setebal 0.5 cm dan diletak diatas tray pizza dan gunakan jari je untuk meleperkan doh, saya tekan je guna jari sampai doh menutupi seluruh pemukaan tray pizza, senang je. Cucuk pada seleuruh pemukaan doh dengan garfu dan bakar doh pada suhu 180`C selama 10-15 minit. Bila doh dah masak keluarkan dan ketepikan sekejap bagi sejuk sikit. Sapu sos pada pemukaan doh tadi, kemudian boleh la ditaburkan susun cendawan butang, cili capsicum, nenas, ayam dan last sekali taburkan cheese monzarella serta cheedar. Masukkan pizza ke dalam oven dan bakar selama 30 minit pada suhu 180 darjah celcius atau sehingga topping masak kekuningan.
#3
PIZZA MUDAH

Bahan-bahan:

500 tepung roti
1 paket yis mauripan
1 sk gula
1 sk garam
1 biji telur
1 cawan air suam
1 sb marjerin

Cara:
1. Gaul rata tepung roti,yis,gula,telur dan garam.
2. Masukkan air suam dan uli hingga menjadi doh.Rehatkan doh,tutup dgn kain lembap sehingga adunan naik 2 x ganda.Lebih kurang 40minit.
3. Tumbukkan adunan untuk membuang angin di dlm doh.
4. Bulatkan adunan dan leperkan mengikut besar yang dikehendaki.
5. Rehatkan adunan sekali lagi.Lebih kurang 15minit.Biarkan adunan naik sedikit dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan 180 C selama 10 minit.
6. Keluarkan dan taburkan inti yang telah disediakan tadi.
7. Bakar sehingga masak lebih kurang 15minit lagi.
Bahan inti:
.
250 g daging hancur/daging burger
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji capsicum kecil
3 keping nanas
1 cawan cendawan butang
2 biji tomato
100 gm parutan keju mozzarella
1 sb minyak
3 sb cili sos
1 cawan tomato sos
garam secukupnya

Cara:
1. Potong dadu semua bahan.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
3. Masukkan ayam dan tambahkan garam, tomato sos dan cili sos.
4. Kacau hingga daging empuk. Biarkan sehingga pekat.
5. Ratakan inti atas doh yang sudah di sapukan tomato sos.
6. Aturkan tomato, capsicum, cendawan, nanas dan sedikit keju di atas ayam.
7. Bakar hingga masak dalam suhu 180'C
8. Keluarkan dan taburkan lebihan keju dan bakar sekejap hingga keju cair.








You May Also Like

0 Comments

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

PEMILIK BLOG
-LIN LIENA-