Safi Youth Radiance Untuk Kulit Awet Muda,Anjal Dan Cerah Bersinar

by - December 15, 2019

Safi Youth Radiance Untuk Kulit Awet Muda,Anjal Dan Cerah Bersinar| Hai korang,tengah cari produk terbaru safi ke???hehe..selalunya mesti korang akan google dulu sebelum membeli sesuatu produk kan..macam tu la sis kat sini,mesti nak tengok testimoni dan feedback sebelum mencuba produk terbaru.

Kebetulan haritu pergi watsons sis ternampak produk terbaru safi iaitu Safi YOUTH RADIANCE wahhh...packagingnya je dah menawan hati sis..merah-merah delima uolsss hahaha...Menariknya produk ini mengandungi  Saffron, Nano Gold, Beetox dan Lipo Vit-C sudah tentunya sangat sesuai untuk kulit lebih nampak muda dan cerah berseri.


Safi Youth Radiance Untuk Kulit Awet Muda,Anjal Dan Cerah Bersinar
Sis tertarik nak cuba Safi Youth Radiance ni sebab kandungan nya dari ekstrak herba mewah,contohnya saffron yang sangat bagus untuk kulit,Saffron juga boleh mencerahkan,melembutkan kulit,hilangkan kesan jerawat dan jeragat.

SAFI ini diuji secara dermatologi, BEBAS MINYAK MINERAL, BEBAS ALKOHOL, BEBAS PARABEN, TIDAK DIUJI KEATAS HAIWAN. Ia juga adalah hasil komitmen berterusan di dalam penyelidikan dan pembangunan produk penjagaaan kulit muka oleh SAFI RESEARCH INSTITUTE, makmal produk penjagaan kulit Halal terbesar di dunia, yang beroperasi di Malaysia.
Safi Youth Radiance Untuk Kulit Awet Muda,Anjal Dan Cerah Bersinar

Safi Youth Radiance ini sesuai diambil seawal 30 an,ada 2 produk yang korang kena cuba 

1--SAFI YOUTH RADIANCE ANTI-AGING & WHITENING ESSENCE dengan Beetox Technology, Saffron Gold & Lipo Vit-C - RM55.90 ( 100 ML)


Safi Youth Radiance Untuk Kulit Awet Muda,Anjal Dan Cerah Bersinar
Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence dengan nano Gold 24k diperhebat dengan manfaat nutrisi mewah ekstrak saffron,Beetox dan Lipo Vit-C.Formulasi berasaskan air SAFI YOUTH RADIANCE ANTI -AGING AND WHITENING ESSENCE diperhebat dengan Asid hialuronik yang mengunci lembapan dengan lebih mendalam .Oleh yang demikian ia mampu mempertingkatkan kadar kandungan air dalam kulit sekaligus mengembalikan keanjalan kulit muka anda.
Produk 2 dalam 1 ini memberikan penghidratan segera,menghaluskan pori serta membantu untuk menyerap manfaat produk yang seterusnya dengan lebih baik.
Diperkaya dengan teknologi saffron gold,SAFI YOUTH RADIANCE ANTI-AGING & WHITENING ESSENCE membantu mencegah masalah penuaan luaran dari dalam lapisan kulit,membaiki struktur kulit dengan mencerahkan kulit sekaligus melambatkan proses penuaan.

Safi Youth Radiance Untuk Kulit Awet Muda,Anjal Dan Cerah Bersinar
Ia mengandungi kombinasi nutrisi ramuan mewah kecantikan kulit seperti:
Ekstrak Saffron:Memperbaiki dan mencerahkan kulit wajah
Lipo Vit C:Melawan radikal bebas dan kerosakan kulit dari pendedahan UV dan pencemaran
Hialuronik Asid:Menghidrat dan mengunci kelembapan kulit sehingga 24 jam.

**produk ini diuji secara dermatologi

Cara Penggunaan:
  • Tuangkan dengan kadar yang mencukupi ke telapak tangan
  • Sapu dan ratakan produk diwajah anda
  • Urut lembut dengan hujung jari secara bulatan sehingga meresap sempurna
  • Untuk hasil optimum,gunakan produk bersama SAFI YOUTH RADIANCE SERUM INFUSED MOISTURISER



2. SAFI YOUTH RADIANCE SERUM INFUSED MOISTURISER dengan Beetox Technology, Saffron Gold & Lipo Vit-C - RM55.90 (40 g )

Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser dengan Nano gold 24K & Saffron diperhebat dengan manfaat nutrisi ekstrak saffron,Beetox dan lipo vit -c.Dirumuskan untuk menjadi ringan,tidak melekit dan tidak berminyak untuk penyerapan cepat kedalam kulit.

Serum menyerap lebih mendalam untuk merawat dan melembabkan kulit anda dalam satu aplikasi.Gel krim bertukar menjadi butiran serum kristal saat diaplikasi memberikan anda kulit lembut,licin dan lembab.

Ia mengandungi kombinasi nutrisi ramuan mewah kecantikan kulit seperti:
Ekstrak Saffron:Mengurangkan kedutan pada wajah dan epidermis kulit wajah
Lipo Vit-C:Melawan radikal bebas dan kerosakan kulit dari pendedahan UV dan pencemaran
Vit-B3:Memperbaiki tona kulit yang tidak sekata mengurangkan garisan halus dan kulit kusam 

**produk ini diuji secara dermatologi
Safi Youth Radiance Untuk Kulit Awet Muda,Anjal Dan Cerah Bersinar

SAFI YOUTH RADIANCE SERUM INFUSED MOISTURISER telah terbukti:
*67% peningkatan kadar keanjalan kulit yang lebih baik
*75% peningkatan kadar pencerahan kulit
*Berdasarkan ujian teknikal,dengan penggunaan rangkaian SAFI YOUTH RADIANCE secara berterusan 

Safi Youth Radiance Untuk Kulit Awet Muda,Anjal Dan Cerah Bersinar
 Cara Penggunaan:

  • Sapukan produk diwajah dan leher
  • Urut lembut dengan cara bulatan sehingga bertukar menjadi titisan air
  • Teruskan mengurut dengan lembut sehingga meresap sempurna
  • Untuk kesan optimum,gunakan produk ini bersama SAFI YOUTH RADIANCE ANTI-AGING & WHITENING ESSENCE

Safi Youth Radiance Untuk Kulit Awet Muda,Anjal Dan Cerah Bersinar

Testimoni Sendiri:
Sis memang peminat setia produk safi,memang semua produk safi sesuai dengan kulit sis,lagipun produk safi sudah terbukti Halal dan keberkesanannya,paling best ianya mudah didapati,semua pasaraya dan farmasi tentu ada menjualnya
Bagi yang sedang mencari produk Anti - Aging,sis sangat rekomen kat uolss,sis dah beli dan cuba selama 2 minggu...memang terbaiklah uolss...kulit lembab 24 jam,selesai dah masalah kulit sis yang kering.produk ni tak melekit dan rengsa,malah teksturnya sangat ringan dan mudah meresap dalam kulit.Baunya yang harum lagilah menjadikan sis selesa dan yakin dengan produk terbaru safi ni.

Boleh cari produk safi youth radiance ini di:
WATSON
GUARDIAN
AEON WELLNESS
Di seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut boleh layari www.safi.com

You May Also Like

3 Comments

  1. Best guna produk safi...
    cuma yg baru ni belm try lagi

    ReplyDelete
  2. Bestnye produk menjaga kulit ni. Nak cuba.
    Bagi pemutihan gigi, menghubungi kami

    ReplyDelete
  3. Saya pun guna produk ini untuk beberapa bulan dah.. boleh nampak hasil

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

PEMILIK BLOG
-LIN LIENA-