ALOE AC Clean Bubble Cleanser Pencuci Muka Untuk Semua Jenis Kulit
ALOE AC Clean Bubble Cleanser Pencuci Muka Untuk Semua Jenis Kulit| Assalamualaikum uolss,Terima kasih selalu singgah blog sis,Rasa terharu tau bila uols selalu tanya2 dan bagi pendapat setiap kali sis up entry terbaru.Teruskan tau singgah sini sebab banyak benda best dan menarik sis nak kongsi dengan uols.
Kali ini sis nak cerita tentang pencuci muka,ianya merupakan rutin wajib setiap pagi selepas bangun tidur,ada ke orang tak cuci muka?haha...jangan lah jadi pemalas dan pengotor sangat ok.benda senang pun susah ke nak buat?Cuci muka tu penting sebab ianya membersihkan wajah dari kotoran yang terkumpul sepanjang hari.
Tapi....bukan senang nak cari pencuci muka yang sesuai dengan kulit kita,kalau salah pilih kulit akanmenjadi rengsa dan ruam.Malah kulit boleh menjadi kering dan naik jerawat.So...sis nak recommended korang pencuci yang best dan sesuai dengan semua kulit,tak kiralah kulit kering,kulit berminyak atau kulit sensitive.Taraaa.....ini lah dia pencuci yang sis dah guna dan sangat sesuai dengan kulit sis.
ALOE AC Clean Bubble Cleanser
ALOE AC Clean Bubble Cleanser Pencuci Muka Untuk Semua Jenis Kulit
Pertama kali mencuba sis terkejut jugak sebab teksturnya berbentuk buih-buih halus,wow...macam nak mandi buih je...haha...halusnya buih-buih ni,sangat selesa bila diletakkan dimuka.Bila diurut ke seluruh muka,terasa lembab dan baunya yang organic sangat menenangkan.
Review Selepas Seminggu Menggunakan
Setelah seminggu menggunakan pencuci ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni banyak sangat perubahan yang sis dapat rasa.
- Kulit semakin lembut dan lembab
- Jerawat mengecut
- Membersihkan wajah secara mendalam(memang fresh gila lps cuci muka)
- Tidak mengeringkan kulit selepas mencuci
Cara Menggunakan ALOE AC Clean Bubble Cleanser
- Basahkan tapak tangan dan muka dengan air.
- Tekan 1 atau 2 pam Aloe Ac Clean Bubble Cleanser ditapak tangan,Urut dengan perlahan.
- Cuci muka dengan air bersih.Taraaaaa...dah boleh rasa muka uolss bersih dan lembab.
Kalau uols nak tahu,Aloe Vera memang sangat terkenal dalam rawatan kulit,sangat berkesan untuk kulit yang sensitive,jerawat,bintik hitam dan sunburn.Manakala Tea Tree Leaf Oil pula berfungsi untuk melembabkan kulit yang kering,awet muda,menghilangkan kesan radang dan anti jerawat.Cuba uols tengok gambar kat atas tu,nampak cerah dan segar kan?itu betul-betul baru lepas cuci muka tau,tak de guna filter pun...haaaa...memang puas hati sangat dan tentunya sis akan repeat beli selepas ini,Sis ingatkan nak beli produk Hansaegee Nature yang lain pulak.Uolss boleh tengok kat bawah untuk maklumat lanjut
Website: www.hansaegee.com/shop
Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

4 Comments
Produk berasaskan Aloe Vera memang best kan...
ReplyDeleteMenarik :)
ReplyDeletekalau dar Aloe Vera memang syok..dan best kalau pakai..
ReplyDeletealahai sukanya tgk foam dia
ReplyDeleteIni adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..
PEMILIK BLOG
-LIN LIENA-