Richworks Mahu Bantu 10,000 Orang Untuk Ubah Hidup Sempena Merdeka 2019
Richworks Mahu Bantu 10,000 Orang Untuk Ubah Hidup Sempena Merdeka 2019|
Assalamualaikum dan selamat pagi uols,semoga kita sentiasa bersemangat dalam mengharungi liku-liku kehidupan ini,jika difikir semua orang ada masalah yang sering membelenggu diri kita kan..kadang2 masalah yang sama sering berulang,pastinya masalah kewangan lah yang selalu terjadi dalam hidup kita,hampir putus asa memikirkannya.
Nak berubah bukan senang,kita perlukan orang yang pakar dalam hal ini,jadi Richworks ingin membantu kita yang ingin berubah dalam hidup sempena merdeka 2019 ini.
Richworks International Sdn Bhd dengan sukacitanya telah melancarkan program baru NAK UBAH HIDUP 2019 – KUASAI POTENSI DIRI, KEWANGAN DAN BISNES secara Live Event pada 30 Ogos hingga 1 September 2019 di Setia City Convention Center (SCCC). Setelah 11 tahun ditubuhkan, lebih 700,000 peserta telah hadir ke program yang dianjurkan oleh RichWorks.
Ramai antara mereka yang hadir, telah berjaya merubah diri mereka dari hidup biasa-biasa menjadi luar biasa dengan berniaga. Apa yang lebih menarik, ramai dari mereka asalnya hadir dengan keadaan kusut, penuh bermasalah, dengan tekanan kewangan dan beban hutang keliling pinggang.
Selain dari itu, ramai yang berniaga tanpa ilmu perniagaan yang betul menyebabkan bisnes mereka susah nak berkembang. Malahan mereka terpaksa berhadapan dengan cabaran untuk membuat jualan bulanan yang tinggi dan konsisten. Dan ini juga mempengaruhi tahap kewangan dan pendapatan mereka sehingga menyebabkan ramai antara mereka terpaksa menanggung beban hutang bisnes yang mempengaruhi keadaan hidup mereka.
Tapi, setelah menghadiri beberapa program RichWorks, ramai yang mula menikmati hidup yang lebih baik dengan kebanyakannya muncul sebagai usahawan berjaya di dalam pelbagai bidang kerana mereka berjaya mengambil tindakan merubah hidup mereka untuk keluar dari kepompong bebanan masalah dan tekanan kewangan.
Sehingga hari ini, Dr Azizan Osman sebagai Master Coach RichWorks telah berjaya melahirkan ramai usahawan jutawan dan banyak menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan bidang keusahawanan di negara ini, antaranya kemajuan anak-anak bangsa dengan rekod peningkatan pencapaian usahawan melalui program bisnes dan pemasaran hanya dalam tempoh seawal 3 bulan hingga 18 bulan.


Bergelar jutawan seawal usia 32 tahun melalui syarikat yang diasaskannya pada 2008, Azizan menerusi Richworks International Sdn Bhd, kini merupakan peneraju seminar latihan dan pencetus pembangunan keusahawanan dan pemasaran.
RichWorks melihat program ini sebagai peluang kami untuk membantu lebih ramai orang dengan berkongsi ilmu bagaimana mereka boleh Ubah Hidup dengan menguasai potensi diri, kewangan dan bisnes.
Kami yakin, Program Nak Ubah Hidup yang kami sasarkan pada bulan Ogos ini sempena Merdeka 2019 akan dihadiri oleh lebih 10,000 peserta selari dengan misi kami untuk melahirkan lebih ramai bakal usahawan. Program ini akan menjadi pencetus titik perubahan dalam kehidupan mereka apabila mereka sedar dan tahu bagaimana program ini boleh bantu ubah hidup mereka dari Zero ke Jutawan hanya dengan berniaga.
“Ramai di luar sana merasai bahang daripada tekanan ekonomi dan saya melihat ia semakin mencabar terutama buat mereka yang berpendapatan tetap, rendah atau sederhana dan golongan yang tidak bekerja, ditambah dengan kesan peningkatan harga barang dan kesan daripada kenaikan kos barangan dari luar negara disebabkan nilai tukaran ringgit yang lemah buat masa ini.”
zizan berkata, beliau sebagai individu mungkin tidak mampu mengubah ekonomi dunia tetapi melalui platform program ini yang merupakan inisiatifnya dipercayai dapat membantu lebih ramai orang, terutamanya Melayu untuk memperkasakan diri dan bangsa dengan ilmu dan formula untuk melonjakkan keupayaan diri.
“Mungkin tidak semua akan menghargai perkongsian ilmu bernilai ini tetapi mudah-mudahan ia dapat membantu mereka yang komited dan perlukan bimbingan daripada ilmu dan pengalaman saya selama ini untuk membina kehidupan dan tahap kewangan yang luar biasa, InsyaAllah.”
Selain dari itu, jika sebelum ini Richworks adalah sinonim dengan Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) yang telah berakhir pada bulan November 2018, kami yakin isi kandungan Program Nak Ubah Hidup ini akan 10 kali lebih berimpak dari Program IMKK kerana program baru ini dapat membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk memahami potensi sebenar diri mereka melalui ilmu serta pengalaman dan kesilapan saya untuk mereka mengubah dan memperbaiki diri, hidup dan tahap kewangan mereka menjadi luar biasa.” kata Azizan lagi.
Jom la korang ajak kawan ramai-ramai sertai program nak ubah hidup ni,Kita ubah hidup kita menjadi lebih baik dari yang dulu..kalau tak ubah sekarang bila lagi.Pendaftaran dah dibuka sekarang tau..cepat daftar dan klik link dibawah.
Layari: www.nakubahhidup.com untuk info lanjut
Hotline: 1-300-88-2424
Untuk maklumat lanjut, layari: Richworks International Sdn Bhd
Website: www.richworks.com
Facebook: Azizan Osman Official Page
Twitter: Azizan Official
Instagram: Azizan Osman Official
YouTube: Azizan Osman
LinkedIn: Azizan Osman Official
Email: inquiries@richworks.com.my
6 Comments
dulu pernah pergi seminar dr azizan ni. tapi yang free punya lah. ehehe. memang best! lepas seminar tu aura dia memang bersemangat membuak buak. siapa yang minat jadi usahawan, memang patut cuba!
ReplyDeleteorang berniaga memang perlu ada ilmu supaya apa yg dibuat semua membuahkan hasil.. program yg bagus dari Richworks
ReplyDeleteSeminar ni memang best la kan. ramai nyaaa orang semuaa ber semangat!
ReplyDeletemoga bermanfaat kepada semua peserta
ReplyDeleteProgram yg bagus harus kena sertai ni rugi kalau x join..
ReplyDeleteProgram bagus ni. Haritu join sangat memotivasikan diri.
ReplyDeleteIni adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..
PEMILIK BLOG
-LIN LIENA-