PENGASAS JAMUMALL.COM MAMPU BUKTIKAN STATUS OKU BUKAN PENGHALANG UNTUK BERJAYA
PENGASAS JAMUMALL.COM MAMPU BUKTIKAN STATUS OKU BUKAN PENGHALANG UNTUK BERJAYA.
Malu dengan diri sendiri bila melihat video saudara Nizam di Facebook,Semangatnya yang kuat dan kental untuk berjaya sangat dikagumi,walaupun beliau hanya mampu menggerakkan 3 jari tapi beliau dah membuktikan status oku bukan halangan.Kita yang cukup sempurna pun tak mampu buaat apa yang saudara nizam buat.
Luahan Hati Di Facebook Nizam.
Di usia 30 tahun dengan keadaan cacat. Aku bersyukur dgn kehidupan. Aku berjaya membina satu syarikat JamuMall Sdn Bhd dan membina platform jualan JamuMall.com. Aku happy mampu beli apa aku nak. Mampu makan yang mewah. Mampu travel ke Dubai, Korea, Japan, Australia dan banyak negara aku dah sampai. Yang paling best aku dapat sediakan rumah mewah untuk keluarga, tanggung family dan bersedekah setiap hari.


Bukan nak riak tapi aku tahu ramai sebenarnya org di luar sana nak jadi mcm aku, nak banyak duit macam aku, nk bahagiakan family mereka mcm aku tapi adakah mereka sekuat aku?
Lihatlah aku...
Kehidupan aku dulu tak mcm ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku. Makan perlu disuap. Mandi perlu diuruskan. Duduk perlu diangkat dan tidur perlu dijaga. Bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian.

Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari, bukan tiga hari, bukan seminggu, bukan sebulan tetapi bertahun tahun! Ada ketika aku rasa sangat terkesan bila ada ketika bila aku haus, lapar, penat, tak ada orang di sisi tapi takkan aku nak mengharapkan mati? Allah beri aku nyawa, nafas, sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yang nak aku buat.
Aku cuba merenung dan mengimbas kehidupan ramai orang di luar. Kalaulah aku diberi tubuh fizikal sempurna, boleh berjalan, berlari, melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada org lain.
Aku melihat ramai yang malas untuk ubah hidup sendiri, ramai yang suka bagi bermacam alasan bila bekerja, ramai yang cepat giveup bile ada cabaran!
Jadi aku bangkit! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur. Bersyukur dengan nikmat yang Allah beri dan jangan sia-siakan. Aku bangkit untuk beri manfaat pada org lain. Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dapat melihat kegembiraan. Senyuman ramai orang-orang di sekeliling aku.
Kini aku sedar untuk berjaya dalam kehidupan, pekerjaan, mahupun bisnes bukan mudah. Tetapi atas keinginan yang kuat, kasih sayang yang hebat, keberanian yang tinggi, suka belajar dan improve diri, dan juga seorang yang berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang.
Dan semua value yg ada dalam diri aku. Akan aku bawakan ke dalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit, bersemangat dan berjaya !
Akhir kata ... kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan orang sekeliling. Anda ada berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.
Kite je mampu ubah diri kita!!
Facebook Page : https://www.facebook.com/Jamumallcom
Instagram : https://www.instagram.com/hyekhairul
Website : https://jamumall.com
2 Comments
huu sedihh dengar cerita dia ..semoga saudara khairul berjaya dunia dan akhirat ...
ReplyDeleteapa lagi alasan kita
ReplyDeleteIni adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..
PEMILIK BLOG
-LIN LIENA-