Assalamualaikum....Hari ni,Sis nak cerita tentang membeli keperluan barang dapur,semua orang tentu mencari tempat yang jimat dan segar kan,Bagi sis,yang paling utama adalah kesegaran,bila segar,tentu masakan kita menjadi lebih sedap,bila ikan atau ayam dah tak segar,buat penat je masak...tentu-tentu rasanya dah lain dan baunya kurang menyenangkan.
Disini sis nak korang cubalah berbelanja di Pasaraya Segifresh,Sis pergi di cawangan Balakong..sebenarnya ini adalah kali pertama sis datang sini dengan family,selalunya lalu jelah,haha..tapi haritu tengok kawan-kawan ada share,Segifresh murah dan segar,yeke????.....biar betul diaorang ni...ramai pulak yang cakap macam tu..katanya banyak promosi,setiap hari ada promosi yang berlainan...Ehhh..tak boleh jadi ni,so sis ajak suami sis shoping kat sini...hah jom baca review sis mengenai Pasaraya Segifresh ni..
Awal pagi dah terpacak depan segifresh,bukan apa..takut orang ramai susah pulak nak memilih..sis ni cerewet sikit,semuanya nak pilih satu-satu hehe..ok jomlah kita masuk dalam..
Sis terus ke bahagian basah dulu,nak cari ikan,ayam,udang dan sebagainya.Biasanya sis akan beli barang keperluan untuk seminggu terus,senang kan nak masak semua barang dah tersedia ada..ikan macam-macam ada lah kat sini...ikan yang jarang tengok pun ada tau,jangan risau pekerja disini baik-baik semuanya,walaupun ikan kecik diaorang akan tetap siangkan..wah...senang kerja sis tau..
Segifresh Tempat Shoping Barang Dapur Yang Mementingkan Kesegaran Dan Jimat Poket
Udang ni memang berbaloi beli uolsss,sedap giler masak sambal...balik tu sis terus sambalkan udang ni,yaampun...manis udang tu masih terasa,Udang ni saiz XL...hah memang puas la makan..terbaik laa..sis bagi 5 bintang.
Kupang ni sis habiskan semua,hahaha...payah tau nak cari kupang,selalunya tak de pun kat kedai lain,tapi segifresh semua ada...semua tu dalam RM 8 jer...murah sangat,sedap wehh,sis masak kupang goreng sos tiram...fuhhh...manis kupang tu buat sis menambah 3 pinggan...huhu..
Daging pun banyak pilihan..semua bahagian dan jenis daging ada,kalau tak tau tanya jer kat pekerja kat situ
Ikan-ikan banyak sangat pilihan,yang kecik ada,yang besar pun ada..nak yang mana???ikut ajelah selera korang.
Bahagian sayur paling best,bagai nak giler sebab terlalu murah...sesuai untuk peniaga-peniaga diluar sana,korang tak kan dapat harga ni kat tempat lain..bayangkan,serai yang gemuk dan segar hanya RM 1 korang kena pegilah dan tengok sendiri,sayur bayam 0.30 sen dan kangkung hanya 0.25 sen seikat.
Geramnyer tengok cili ni,haishhhh..sedap wat sambal belacan ni..sis main cekut jer...haha...simpan wat stok banyak-banyak kat rumah.
Tengoklah buah-buahan ni,memang terbaik dan manis -manis belaka...korang jangan ambik sikit tau..nanti menyesal..jangan cakap sis tak bagitau yerr....
Buah-buahan memang recommended sangat sebab semuanya masih elok dan segar,sis beli buah lai,jambu oren dan banyak lagi...manis-manis weh ...jambu tu kan sedapnyer lahai..nyesal ambik 3 jer...rangup dan manis isi dia...berebut-rebut makan.
Dah siap berbelanja,penuh troli tu hanya RM 160 sahaja,bestlah shoping kat sini,nanti nak recommended dekat kawan-kawan dan semua lah.Barang kering dia pun terlalu banyak pilihan,sis suka sangat kopi premix jenama segifresh tu,sedap dan tak manis,murah pulak tu..memang berbaloi lah belanja kat sini.
Kalau korang tengok gambar kat atas tu,jenama trader choice,segifresh dan sedaap adalah pilihan ramai pelanggan tau..sis pun tak terkecuali ambil juga,kopi premix,malt coklat,sardin,laici dan macam-macam lagi..laici tu isinya besar dan putih...memang terbaikkk...sardin pulak sis belum try lagi..santan tu nak try la petang nanti.
Oklah setakat ini dahululu coretan sis,dibawah ini sis sertakan laman sosial Pasaraya Segifresh,banyak maklumat tentang harga dan promosi disitu...Byeeeeeee......
Laman web : http://segifresh.com/
Facebook : https://www.facebook.com/Segifresh
Instagram : https://www.instagram.com/segifreshmarket