Jenjalan Di Aquaria KLCC

by - January 01, 2019

Jenjalan Di Aquaria Klcc |  Holla semua...hehe.. Selamat tahun baru uolsss..semoga kita semua sentiasa sihat dan dapat menunaikan azam yang tertangguh...tunaikan dulu azam yang lama-lama tu tau..haha..kak lin bukan tak de azam di tahun baru ni cuma mengharap agar kita dapat menjadi lebih baik dari yang dulu-dulu..Aminn..

Hari ni nak share la tentang Aquaria Klcc ni,sebenarnya tak tahu nak kemana,kalau boleh nak pegi yang dekat-dekat dan tak ramai orang.

Tapi dah namanya Kuala Lumpur tentulah ramai orang kan...kalau tak nak ramai orang di kampung atau hutan-hutan jelah...kak lin pulak sejenis tak suka bersesak-sesak dan berebut-rebut..mudah sangat nak naik angin...kang hilang segala mood nak bawak anak jenjalan.

Image result for tiket aquaria klcc 2018


Anak -anak pulak eksaited nak ke Aquaria Klcc,memandangkan kak lin pun tak pernah ke sini so kak lin bersetuju ajelah,syok jugak kan tengok hidupan laut ni..rasa tenang dan damai jer.

Kak lin order tiket online melalui laman web wonderfly,beza tau harga kalau beli online..kalau walk in memang mahal dalam RM 49 lah gitu..beli online dapat dalam RM 30 harga nya.

Pastikan bawa ic tau..nanti masa nak redeem tiket tu diaorang akan minta ic..

Tapi satu jelah harap pihak aquaria dapat mengasingkan kaunter redeem tiket online,sakit jugak hati sebab kita kena beratur dengan orang yang beli tiket walk in..dah lah terlalu ramai orang,panjang okey i beratur..

Jenjalan Di Aquaria KLCC

Jenjalan Di Aquaria KLCC

 Pastu kan...bila masuk je dalam aquaria tu...yaallah penuh rupanya orang dalam tu..nak ambik gambar pun payah,nak tengok ikan pun susah sebab terlalu ramai orang dalam tu,paling tak best,langsung tak rasa ekon dalam tu..bayangkan orang ramai tapi ekon tak rasa....ohmaiiii...rasa nak keluar time tu jugak...berpeluh-peluh kita..huhu


Jenjalan Di Aquaria KLCC

 Padahal masa pergi tu hari khamis ...macamana agaknya kalau pergi weekend kan,sebenarnya best tau aquaria ni,seronok tengok pelbagai ikan yang rare,budak2 ni suka jer,tapi kita lah yang tak selesa..

Jenjalan Di Aquaria KLCC

Jenjalan Di Aquaria KLCC

Dapatlah jugak bergambar sikit-sikit buat kenangan,at least dah pergi dan tau keadaan dalam aquaria klcc ni..

Kak lin pergi masa tu pagi-pagi tau,itupun lambat jugak sampai sebab terpusing-pusing ikut waze...eii..nak naik angin sebab waze macam hilang arah jer...dah lah kita ni tak biasa jalan KL..

Paling mudah korang  parking di Kuala Lumpur Convection City..memang dekat dan tak yah berjalan jauh.


Jenjalan Di Aquaria KLCC

Jenjalan Di Aquaria KLCC

Kat sini diaorang akan ambik gambar kita ,dalam bentuk 3d..tapi bila tengok harga tak jadi ambiklah sebab mahal la uolss...2 gambar RM 120 gitu lah harga dia...hmmm...tak mampu kita haha..
ambik gambar sendiri ajelahhh...

Jenjalan Di Aquaria KLCC

Jenjalan Di Aquaria KLCC

Itu jelah kak lin nak share,kalau korang nak pergi kak lin syorkan korang pegi pagi-pagi..dan bukan cuti sekolah..dapatlah bernafas sikit dalam tu...ok harap korang enjoy baca cerita kak lin ni hihi...sampai jumpa lagiii...bye..

You May Also Like

4 Comments

  1. Ana pun baru ke sini awal Dec yg lepas. Bab gambar tu memang serius mahal. At least ada lah diskaun utk local kan. Ni harga keja0 cmtu kejap cmni. Hehe. Last2 x beli pun.

    ReplyDelete
  2. bestnya! Syaza lum pernah gi lagi sini..

    ReplyDelete
  3. wah bestnya aquaria.. terasa nak gi lagi

    ReplyDelete
  4. There are also duties involved like feeding your pets on time, regular cleaning of tanks, and like any other pets that could get sick, ill fishes could require greater care. To help kids make success in keeping aquariums, careful selection of fishes should be done. Fishes ideal as pets for kids, and the very ones advised for beginning aquarists, are the ones known to be hardy. When getting a fish, kids would most likely think about a goldfish in a bowl. https://aquariaguide.com/best-plants-for-betta-fish/

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

PEMILIK BLOG
-LIN LIENA-