Mawar Murni TV3

by - October 08, 2018

Nantikan drama bersiri Mawar Murni yang bakal menampilkan gandingan Mimi Lana, Fasha Sandha, Saharul Ridzwan dan Amar Asyraf. Sebuah drama terbitan Sha's Media Sdn Bhd dibawah arahan Hashim Rejab. Akan menemui penonton di slot Samarinda TV3 mengantikan drama Bahagia Bukan Bidaan pada bulan Oktober nanti.
JUDUL : MAWAR MURNI
JUMLAH EPISOD : 15 episod 
TARIKH TAYANGAN : Oktober 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Rabu, 10 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENGARAH : Hashim Rejab
TERBITAN : Sha's Media Sdn Bhd
PELAKON : Saharul Ridzwan, Mimi Lana, Fasha Sandha, Amar Asyraf, Ridzuan Hashim, Wan Nor Azlin, Watie Sadali, Kazar, Wanna Ali, Adam Shah, Carolina Binur, Izzy Reef
WATAK PELAKON
Mimi Lana sebagai Mawar
Fasha Sandha sebagai Murni
Saharul Ridzwan sebagai Harris
Amar Asyraf sebagai Qalif


SINOPSIS MAWAR MURNI

Mengisahkan Aziz, seorang ahli perniagaan yang berjaya namun menghadapi konflik dalam kehidupannya. Aziz mempunyai dua orang isteri, iaitu Ramona dan Mahani.Aziz mempunyai dua orang anak dengan Ramona, iaitu, Qalif dan Keisya.

Murni merasakan dirinya dipergunakan oleh Ramona, dan merasakan dirinya seperti orang suruhan yang disuruh membuat pelbagai kerja. Murni sebenarnya sudah berkahwin dengan Aziz secara rahsia. Namun, sepanjang perkahwinan mereka Murni terpaksa ‘berlakon’ dengan Aziz yang kononnya mereka tidak mempunyai apa-apa hubungan. Ramona dan Mahani, pula langsung tidak mengetahui yang sebenarnya Aziz mempunyai isteri yang ketiga. Kemuncaknya, Aziz ditemui meninggal dunia di rumah banglo istirehatnya dan kematiannya misteri kerana hasil pemeriksaan dia dipercayai diracun oleh seseorang.


Mawar Murni TV3



You May Also Like

1 Comments

  1. Wah ada fasha. Mesti best drama ni. Suka tgk lakonan fasha.

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

PEMILIK BLOG
-LIN LIENA-