Herba & Rempah McCormick Berwajah Baharu

by - October 10, 2018


Herba & Rempah McCormick Berwajah Baharu

PETALING JAYA, 10 Oktober2018 –Rakyat Malaysia di seluruh negara akan dipersembahkan dengan wajah baharu bagi rempah kegemaran mereka di rak-rak kedai apabila McCormick,pengeluar herba dan rempah yang terkenal di dunia, menyuntik nafas segar ke dalam rangkaian produknya dengan pembungkusan terkini yang lebih menarik dan bergaya.

Herba & Rempah McCormick Berwajah Baharu




Dengan logo yang dikemas kini dan warna-warna menarik, pengguna kini dapat mencari produk McCormick kegemaran mereka dengan mudah di rak-rak kedai. Imej kontemporari dan yang bertumpu kepada penggunaan kod warna baharu hijau, merah dan oren untuk setiap kategori produk, membolehkan pengguna memilih apa yang diperlukan dengan mudah, sama ada mereka menginginkanherba, rempah atau perasa.

Herba & Rempah McCormick Berwajah Baharu


Anda mencari inspirasi sambil memasak? Label baharu disertakan dengan pelbagai cadangan dan idea tentang cara untuk menggunakan setiap produk, sama ada untuk ditaburdi atasbahan tertentu, digandingkan dengan satu lagi produk McCormick, atau ditambah ke dalam sajian kegemaran.

Herba & Rempah McCormick Berwajah Baharu

Menurut Mohan Alagappar, Pengurus Besar GBA Corporation Sdn Bhd, pengedar eksklusif bagi McCormick, “Sebagai pakar dalam pengeluaran herba dan rempah, McCormick memahami pengguna kami dan mengetahui apa yang merekaingini. Wajah baharu direka supaya lebih jelas dan lebih menarik pandangan, dengan nama produk lebih besar dan maklumat yang jelas untuk kesenangan pengguna kami. Paling penting, pembungkusan lebih menarik ini terus mencerminkan janji jenama kami untuk menambah kesegaran dan kelazatan rasa kepada setiap sajian masakan.”

Herba & Rempah McCormick Berwajah Baharu

Banyak produk McCormick sudah berwajah baharu, termasuk rangkaian produk popular seperti Black Pepper Cracked, Oregano Leaves, Paprika Ground, Mixed Herb, Chili Flakes dan lain-lain yang boleh didapati di saluran runcit utama dan juga pasar raya di seluruh negara.

Herba & Rempah McCormick Berwajah Baharu

Untuk maklumat lanjut tentang herba dan rempah McCormick atau idea-idea resipi, sila layari laman web www.mccormick.com.

McCormick diedarkan secara eksklusif di Malaysia oleh GBA Corporation Sdn Bhd.  GBA menguruskan banyak jenama terkenal hasil kerjasama dengan rakan niaga dari seluruh dunia yang merupakan pemimpin jenama dalam kategori tertentu.



You May Also Like

5 Comments

  1. last week pergi masih yg lama lagi...
    mungkin nak habiskan yg lama punya kot...:)

    ReplyDelete
  2. takperasan pulak brand ni, sha suka tengok rempah rempah ni kat mall haha

    ReplyDelete
  3. Lagi menarik wajah baru ni. Siap ada cadangan dan idea memasak lagi.

    ReplyDelete
  4. tak pernah guna brand ni hahaha, selalu beli yang dalam plastik tu..

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

PEMILIK BLOG
-LIN LIENA-