Cabaran Breakfast Challenge|Mulakan Hari Yang Kuat Dengan Susu Dutch Lady Pure Farm
Bagaimana dengan permulaan hari korang?Letih atau sebaliknya,kalau letih bermakna korang tak ambil sarapan,bila pagi-pagi dah letih,ini akan membawa kesan sepanjang hari.Tidak bermaya dan akan hilang fokus untuk menjalankan tanggungjawab dalam kerja kita.
Memandangkan ramai kawan-kawan yang memandang remeh tentang pengambilan sarapan waktu pagi,kak lin ingin mencabar diri sendiri dan kawan-kawan betapa pentingnya pengambilan sarapan waktu pagi.
Kak lin memilih Susu Dutch Lady kerana ianya mengandungi nutrisi daripada alam semulajadi,dan ianya susu yang sangat lazat dan menjadi pilihan seluruh keluarga kak lin.
Ramai yang beranggapan sarapan tidak penting,Heyy...jangan fikir macam tu tau,badan kita sangat memerlukan nutrisi pada waktu pagi,bayangkan kali terakhir kita makan malam adalah 8-12 jam sebelum tidur,.
Tidak semestinya kena sarapan yang berat-berat,memadai dengan segelas Susu Dutch Lady Pure Farm dapat membekalkan nutrisi dan tenaga yang badan kita perlukan.Susu sebenarnya membekalkan nutrien penting lain yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, seperti protein. Tambahan pula, segelas susu sewaktu sarapan membantu badan kita bersedia untuk menyerap lebih banyak nutrien daripada makanan yang diambil sepanjang hari.
Kenapa susu membina keluarga yang sihat?
Pakar Pemakanan dari Dutch Lady Malaysia, Tan Huey Ghee ada jawapannya: "Protein dalam susu bertindak sebagai blok pembina bagi otot, tulang, rambut dan kuku1 kita, ia juga memainkan peranan penting dalam pelbagai proses biokimia, termasuk pembentukan, pengawalan, pembaikan dan perlindungan badan kita. Anda boleh katakan bahawa protein adalah nutrien penting yang menyelenggara serta memelihara badan kita supaya berfungsi dengan lancar untuk melakukan aktiviti seharian".
"Kajian menunjukkan bahawa protein dalam susu mengandungi 9 asid amino penting (EAA) dan lebih mudah dihadam berbanding dengan sumber protein lain2. Dengan erti kata lain, susu adalah sumber yang mudah untuk memperoleh protein yang berkualiti tinggi," katanya.
Tan seterusnya menjelaskan: "Tidak seperti lemak badan, protein tidak boleh disimpan oleh badan kita untuk kegunaan masa depan. Ini bermakna kita bergantung kepada makanan harian untuk memenuhi keperluan protein kita. Oleh itu, sarapan pagi kita haruslah membekalkan sekurang-kurangnya 20% hingga 25% daripada keperluan nutrisi harian kita".
"Minum susu Dutch Lady PureFarm pada waktu pagi membawa banyak perbezaan dalam pengambilan protein kita - hanya dengan minum satu gelas sahaja dapat membantu anda memenuhi lebih daripada 50% keperluan protein yang diperlukan sewaktu sarapan dengan cara yang mudah," katanya.
• Protein membantu membina dan memperbaiki tisu supaya badan kita berfungsi dengan baik;
• Kalsium merupakan kunci tumbesaran dan perkembangan tulang dan gigi yang kuat untuk kanak-kanak, dan membantu orang dewasa mengekalkan jisim tulang yang sihat6 untuk gaya hidup yang aktif;
• Vitamin A membolehkan mata kita berfungsi dengan baik dan membantu kita kekal fokus, sama ada di sekolah dan di tempat kerja;
• Vitamin B2 menyokong pelepasan tenaga daripada karbohidrat, lemak dan protein;
• Vitamin D membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus.
Mulakan hari anda dengan kuat bersama khasiat dari segelas susu Dutch Lady PureFarm sewaktu sarapan! Sertai peraduan sarapan pagi #dutchladybreakfastchallenge menerusi dalam talian dan rebutlah peluang untuk memenangi hadiah menarik yang bernilai lebih daripada RM35,000 dengan hanya melengkapkan sarapan pagi anda bersama susu Dutch Lady PureFarm yang bermula pada 8hb Oktober sehingga 11hb November 2018!
Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Dutch Lady Malaysia di www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk atau www.dutchlady.com.my.
3 Comments
susu dutch lady semua sedap! sha selalu jugak beli pagi pagi
ReplyDeleteWah menariknya menu. Saya selalu bancuh susu tepung fernleaf dan makan dengan granola 😁
ReplyDeleteAduh, geram tgk kalau bab susu2 ni.mmg fav gila2.
ReplyDeleteIni adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..
PEMILIK BLOG
-LIN LIENA-