Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya mengambil maklum penarikan balik produk Iceberg Lettuce keluaran Malaysia dari pasaran Singapura di laman sesawang Agri-Food (amp) Veterinary Authority (AVA) bertarikh 4 Oktober lalu.
"Laporan tersebut menyatakan pihak AVA mengarahkan produk lettuce berjenama Pasar dan Iceberg keluaran Malaysia dengan berat 400 gram setiap produk ditarik balik dari pasaran Singapura kerana dikesan tercemar dengan bahan kimia fipronil.
"Fipronil adalah sejenis racun serangga biasanya digunakan ke atas haiwan untuk mengatasi masalah kutu dan hama. Pengambilan fipronil pada paras tinggi dalam jangka pendek boleh menyebabkan berpeluh, loya, muntah, sakit kepala, sakit perut, pening, resah, lemah dan kekejangan," katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya hasil pemantauan KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan dari 2017 sehingga Julai 2018, sebanyak 5,297 sampel sayur-sayuran dan buah-buahan diambil di pasaran tempatan dan di pintu masuk negara bagi yang diimport untuk dianalisis. 
penjualan produk salad dihentikan serta-merta
penjualan produk salad dihentikan serta-merta

Alamak...takutnya kan,rasanya sekarang ni nak makan apa pun ada risiko,sebagai pengguna kita kena rajin mengikuti perkembangan semasa agar kita dapat mencegah dari awal...hati-hati tau dalam memilih makanan.Kredit Kosmo Online