Kenapa Setiap Bulan Aku Menangis

by - September 20, 2018

Kenapa Setiap Bulan Aku Menangis | Dah kenapa nak menangis setiap bulan ni...giler ke apa,eh tak tahulah kenapa kan...setiap bulan mesti menangis..

Ceritanya begini,inilah rutin hormon setiap wanita kan,bila sampai masa kitaran tu badan kita akan mengeluarkan satu hormon untuk kitaran haid..

Lagi seminggu ko nak period yaallah semacam jugalah meroyan nya,kadang malu dengan diri sendiri,tak ada angin tak de ribut ko nak naik angin tak tentu pasal.Tapi itu bukan kehendak diri kita sendiri...mohon orang sekeliling paham lah,seringkali juga kita sedaya upaya mengawal meroyan tu...haiiii...nasiblah tu siapa yang kena kan..

Inilah fitrah seorang wanita kan,banyaknya yang perlu kita hadap,moga kita dapat mengawal segala macam perasaan kita dengan tenang..



Jom baca info dibawah agar kita tahu kenapa seseorang tu boleh berubah mood secara tiba-tiba..

Kenapa Setiap Bulan Aku Menangis

Fasa sebelum pusingan haid (Pre-menstrual syndrome - PMS)

Di seluruh dunia, berjuta-juta wanita menganggap apa yang berlaku setiap bulan umpama satu pusingan jam biologi.
Keletihan, mudah tersinggung, perut kembung, masalah jerawat dan sebagainya sering kali dikaitkan dengan pusingan haid.
Sehingga hari ini belum ada satu teori yang berjaya membuktikan mengapa wanita mengalami perubahan mood atau emosi setiap kali mereka hampir dengan fasa pusingan haid mereka.
Bagaimanapun, ia dikaitkan dengan perubahan hormon yang menimbulkan tindak balas abnormal.
Gejala PMS biasanya terjadi seminggu sebelum seseorang wanita mengalami pusingan haid.
Ia akan hilang beberapa hari selepas haid berlaku.
Gejala-gejala ini hanya sementara waktu dan tidak begitu mengganggu rutin harian seseorang wanita.
Ia merangkumi gangguan pada psikologi, perut, kulit, kandungan cecair pada badan dan lain-lain.
Ini termasuklah perubahan dari segi selera makan, kemaruk makan, jerawat, mood terganggu, gangguan tidur dan emosi terlalu sensitif.



You May Also Like

4 Comments

  1. Zaman mak dan mak mentua saya takde pun kena masalah senggugut walaupun belum kahwin. Kalau ada pun kira kes terpencil tapi sekarang ni selagi perempuan tu belum mengandung, mesti rasa sakit senggugut. Mungkin masalah kandungan makanan sekarang tak sesihat makanan zaman dulu sebab banyak pengawet?

    ReplyDelete
  2. Istimewa seorang wanita. Semoga para lelaki dpt memahami dan bersabar dalam tempoh tersebut. Ana so far hanya sakit perut dan kaki je. Emosi dpt lagi control. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. mama pun kdg2 emosi kurang menentu bila nak period. paling haru bila mood nak jadi singa datang hihi

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

PEMILIK BLOG
-LIN LIENA-