Induction Cooker Kena Ada Satu Di Setiap Rumah
Induction Cooker Kena Ada Satu Di Setiap Rumah| Sebelum kak lin bercerita dengan lebih panjang lagi kak lin nak nasihatkan korang agar tidak terpengaruh dengan godaan kak lin ni...hehe...korang baca sambil tutup mata eh...haha...mengarut je kak lin ni kan..
Kenapa setiap rumah perlu ada induction cooker ni??
Pada pendapat kak lin lah kan...pentingnya ada satu induction cooker ini adalah kerana
- Kalau tetiba gas korang habis takdelah korang panik,lagi-lagi time tu korang tengah nak cepat..kalau nak call orang gas pun bukan segera dia boleh datang kan..
- Dapurnya ringan...boleh sesuka hati nak alih2 kat mana pun..biasalah sindrom mak2 suka alih sana sini.
- Pemanasan sekata..kalau on kipas pun api tak padam...xdelah peluh berjurai time memasak tu..
- Ada timer,senang nak tinggal menyapu ke mandi ke apa ke kan...
- Paling best bontot kuali korang tak hitam haha..

Inilah rupa induction cooker tu...cantik dan bergaya moden kan...sesuai sangat lah untuk kita sebab kita orang perempuan ni suka benda yang cantik2 kan..semangat lah sikit nak duduk dapur masak-masak.
Ada timer,senang nak tetapkan masa,hanya tekan ON dan tekan je apa yang korang perlukan..ada button Fry untuk menggoreng,Warm untuk panaskan lauk dan Hot Pot yang macam ala2 sizzling tu..
pastu kan tempat pemegang kuali tu tak panas pun kalau kita pegang..rasa suam2 je gitu..tapi kak lin tetap guna kain jugak...haha kes takut teruk...padahal tak de apa pun.
Kak lin test goreng nasi..letak je minyak tak berapa saat je dah panas...yeay...cepat masaknya dan kadar pemanasan sekata..boleh ejas suhu ikut suka hati kita..tekan je button - dan + tu...
kak lin suka panaskan lauk dan merebus atau mengukuss...cepat dan jimat masa tau..jangan risau tentang kenaikkan bil elektrik korang sebab kak lin dah kaji dan ianya biasa2 ajer...kalau naik pun sikit aje sis..tak yah risau sangat ok..
![]() |
Kuali Mr Diy |
Kata orang dapur induction ni tak boleh guna sembarangan dan cookware nya harga mahal-mahal..eh xdelah sis...jangan risau jugak sebab kak lin dah jumpa penyelesaian korang...korang pegi MR DIY dan cari kuali kat atas ni...tak mahal pun dalam RM 51.80 je harga dia...pulak tu kuali ni memang best lah...memang great performance lah...malah...ini adalah antara kuali kesayangan kak lin...tak yahlah nak beli yang beratus-ratus harganya...sedangkan yang ni pun dah terbaik...cuma kena jaga baik-baik lah ye..jangan semua benda yang tajam korang guna kat kuali ni...kuali mahal pun rosak kalau korang guna ganas.
Hah..tengok tu tak hitam pun bontot kuali kak lin hehe..korang cari yang bawahnya gini untuk induction cooker...kalau kuali biasa tu memang dia tak detect lah..
Harga induction cooker tu dalam RM 200 jugalah...tengok jenama juga...dan biasanya dapat freegift periuk..korang boleh cari yang murah...banyak sangat pilihan kat shopee dan lazada..
10 Comments
Setuju..perlu ada dalam setiap rumah at least satu..kadang kita pun x leh agak bila gas nak habis kan
ReplyDeleteada satu induction cooker dpt ms menang contest tp tk pernh guna lg
ReplyDeleteperempuan dengan peralatan dapur serba baru tidak dapat dipisahkan hehe
ReplyDeleteBaru ana terpikir perlu ada induction cooker ni. Nak bawa ke mana2 pun senang kan. Nak survey juga lah.
ReplyDeletepaling best montot kuali tak yah sental dah kan.. kena beli satu lah kalau mcm ni
ReplyDeleteyup setuju. plus dia portable senang nak bawa kemana2..
ReplyDeletePerghhh canggih2... boleh seludup masa bercuti ni, haha.
ReplyDeleteBoleh gune utk masak nasi ke?
ReplyDeleteSy x pndai utk pilih kuali mna yg sesuai utk induction cooker ni..sy punya pun brand philip..di mr diy ada brpa jenis kuali yg sesuai digunakan?
ReplyDeleteBeli magnet sis. Kalau p beli periuk or kuali, lekat ja magnet tu belakang kuali tu. Kalau melekat insyaallah boleh guna kat induction cooker.
DeleteIni adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..
PEMILIK BLOG
-LIN LIENA-