Resepi Bihun Sup Yang Senang Dan Mudah
Resepi Bihun Sup Yang Senang Dan Mudah | Hari ni teringin pulak nak makan Bihun Sup..kebetulan banyak kaki ayam dan lebihan ayam dalam esbok tu...maka terus je ke dapur godek2 apa yang ada...kalau barang cukup on jelah...kalau tak cukup mesti alasan baik punya keluar kan...haha...kalau tak cukup bahan automatik malas nak masak..
Tapi Resepi ni tak banyak bahan pun...kebanyakkan nya memang dah ada...so kita masak jelah..janji cepat siap dan boleh dimakan dengan segera hihi...ini kes perut dah lapar...so kena gagahkan diri menyibukkan diri di dapur.
Resepi Bihun Sup Yang Senang Dan Mudah...korang follow jelah resepi kat setiap gambar ni ye...
Bawang besar 1 biji
Bawang merah 3 ulas
Halia 2 inci (Blender Halus)
Yang ni bahan hiris (Untuk Tumis)
4 sekawan
Bawang besar 1 biji
Serai 1 (tu je yg tinggal)
Bawang putih 2 ulas
Ni bawang yang dah blender tadi...Sup bunjut jangan lupa eh
Tumis bahan hiris tadi sampai naik bau
Dah garing masukkan pula bahan blender tadi...tunggu hingga pecah minyak
Dah pecah minyak masukkan Rempah Sup satu paket kecil..kacau dengan cepat sebab takut rempah hangus...masukkan air mengikut berapa banyak kuah yang kita nak...kak lin letak banyak sebab memang nak guna banyak lah kuah sup ni...lagipun yang nak makan ramai hihi
Tunggu kuah mendidih masukkan ayam...jangan lupa sup bunjut...masa ni masukkan sekali garam dan serbuk perasa..guna garam kasar sedap.
Masukkan Daun sup dan bawang goreng
Taraaa....kejap je dah siap kan...hiasan tu kan...letak lah taugeh,daun sup,bawang goreng dan apa sahaja yang korang suka...
*kalau ada isi ayam dalam sup tu korang keluarkan pastu gaul garam kunyit gorengkan kejap...pastu siat2 kan lah..
*Bergedil
tu senang je...Rebus kentang hingga empuk pastu lenyek bersama daun sup,bawang goreng,gula dan garam sikit..bekukan sekejap dalam freezer pastu celup dgn telor and goreng..
***Sambal Kicap
Wajib ada ok....haha...kalau tak xde umppp.....blender cili,bawang putih seulas,gula 2 sudu besar campur bawang goreng sikit(resepi rahsia)
pastu tuang dalam mangkuk perah limau sikitt...fuhh terangkat uolsss...
12 Comments
wah lazatnya kejadiannya.. confirm sedap ni
ReplyDeletemakan meehoon sup ada begedil mmg yummm
ReplyDeletePekat sup tu nampaknya lina. Mesti sedap. Kalau duk sebelah rumah confirm ana minta sikit.hehe
ReplyDeleteNi terasa nak buat bihun sup ni bila dah jumpa cara yang senang. Memang favorite Marsha ni bihun sup. Fuh wiken ni kalau sempat boleh cuba buat
ReplyDeleteWahhh da terer la masak bihun sup.. Lpas ni nak rsa sis masak plk hihi
ReplyDeleteNampak sedap sangat bihun sup tu.
ReplyDeleteTengok pun dah selera. Tak sabar nak cuba kat umah bila free time.
ReplyDeletejue selalu buat mcm ni.. sebab anak suka makan yg simple2.. heheh kdg daun sup tak dak pun boleh
ReplyDeleteNnt boleh try resepi ni... Nampak sedap tu... Makan panas panas mahu top up bermangkuk mangkuk
ReplyDeleteKalau macam ni, mau bertambah-tambah suami kita makan..nnt nak ikut resepi kak lin lah
ReplyDeleteDetail dan cukup lengkap langkahlangkah resepi ni kak lin..ni kalau orang tak pandai masak pun boleh je buat ni.
ReplyDeletemenu feveret nih!!begedil tu nanti nak try lah!
ReplyDeleteIni adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..
PEMILIK BLOG
-LIN LIENA-