Resepi Ayam Sambal Bali Viral
Resepi Ayam Sambal Bali Viral | Sape suka resepi ni ??yang dah cuba resepi ni mesti tau betapa sedap nya ayam sambal bali ni...unik sangat rasa dia...yang buat rasa unik adalah daun kari dan serai bersatu dalam tu...haha tu yang membuat kan rasa dia lain sikit...resepi ni dicetuskan oleh sis Aisya Shukur,yang friend dia dia tahulah dia rajin memasak dan tak lokek berkongsi ilmu...semua resepi dia viral kan..
Sebenarnya selalu buat Resepi Ayam Sambal Bali ni,cuma tak share je kat blog...hari ni rajin terlebih sikit...so kak lin nak share lah cara kak lin buat ayam sambal bali ni..lauk ni kan lagi sedap bila kita makan esok nya tau...perghhh....rasa dia dah bersatu dalam ayam tu....hmmm....sedapnyer uolss...
Jom tengok resepi di setiap gambar ni ye..
Ayam di gaul garam kunyit dan digoreng separuh masak
Bawang besar 6 ulas
Bawang putih 8 ulas
Serai 8 batang
Daun Kari 3 tangkai
Belacan sedikit sahaja
Lada kering segenggam,tak de kat gamba sebab tengah rebus
**semua dikisar kecuali serai dan daun kari
Tumis serai dan daun kari sehingga wangi
Masukkan bahan blender tadi sehingga pecah minyak
Bila dah pecah minyak bolehlah di masukkan garam 2 sudu kecil-ikut selera masing
Gula 2 sudu besar-ikut selera masing2
Masukkan kicap sehingga dapat warna maroon,kalau guna kicap manis lebihkan garam..
kalau gunakan kicap masin sila lebihkan gula ye...
kalau gunakan kicap masin sila lebihkan gula ye...
Masukkan ayam yang di goreng separuh masak tadi
Taraaa...siap dah....masakkan ni memang guna banyak minyak ye...baru sedap dah garing bahan2 kisar kita tadi tu...lepas masak uolsss cedok lah minyak tu keluar ...tak de isssue pun masalah ni sebenarnya kan...selamat menjamu selera uolsss....
9 Comments
Senang je resepi ni lina. Boleh lah ana try. Stok ayam memang ada dah tu.
ReplyDeletenampak sedap la masakan akak :)
ReplyDeletesedapnya... rasa kuah pun nampak pekat aje.. lapar la pulak
ReplyDeletememang sedap resepi ni.
ReplyDeleteJanji Kita
hi. jom la join n meriahkan segmen GA kt sini
ReplyDeletehttp://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html
senang je resipinya nanti boleh la cuba
ReplyDeleteSedapnyaaaaaa kak! Nak try la nanti masak, terkejut Mak den nanti, haha.
ReplyDeletekecur pulak menengoknyaa... dah la tengah lapaa yakmat ni :D
ReplyDeletefollow sni #252
rasa macam nak bangun pi masak sekarang🤤🤤🤤🤤
ReplyDeleteIni adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..
PEMILIK BLOG
-LIN LIENA-