Kari Udang Galah Ala Mamak
Kari Udang Galah Ala Mamak | Suka tak makan udang galah? eh...haruslah suka kan...kalau yang tak suka mesti ada masalah anak tekak hehe...
Biasa udang2 ni kak lin suka masak lemak cili api ataupun sambal...tapi kali ni atas permintaan anak kak lin yang nombor 2 tu nak makan kari pulak...tau lah favourite dia kari...kalau boleh hari-hari nak makan kari...alahai jemu lah nak makan kari kan setiap hari...
So..kak lin letak nama Kari Udang Galah Ala Mamak ..sebab rayyan kan anak mamak...so tak leh la nak salahkan selera dia tu..kita turutkan ajalah kehendak dia,asalkan dia berselera nak makan.
Jom tengok resepi kak lin yang simple2 je ni...
![]() |
Kari Udang Galah Ala Mamak |
Kari Udang Galah Ala Mamak
Bahan A
Bawang Merah 1 biji-Hiris
Bawang Putih 2 ulas-Hiris
Halba Campur satu sudu kecil
Daun Kari satu tangkai
Bahan B
Bawang merah
Bawang Putih
Halia sedikit sahaja
Bahan C
Rempah kari ikan 1 paket
Cili Kisar 2 sudu
garam
gula
santan(ikut tekak uols la eh..tp jgn letak banyak2 tau..nnt muak)
Udang
Sayur kacang
kentang
Cara-Cara
Tumis bahan A sehingga garing,bila dah garing bolehlah masukkan bahan B,tumis sehingga garing barulah masukkan serbuk kari tadi...tunggu hingga naik minyak masukkan cilik kisar tadi...letak air sedikit sehingga pecah minyak....ulang 3 kali ye agar rempah tadi betul-betul garing...letak air ikut kepekatan yang korang suka..sayur-sayur tu boleh je letak sayur pape...tak letak pun ok jer...
Last sekali baru masukkan udang,jangan lupa garam gula ye...serbuk perasa pun boleh letak...rasa masakan tadi....kalau dah cukup rasa bolehlah tutup api dan hidangkan atas meja...
7 Comments
Sedapnyaaa kari udang :)
ReplyDeleteNgences teruk ana di buatnya lina oi. Sedapnya la hai. Seksa jiwa raga menengoknya.
ReplyDeletesedap
ReplyDeletesedapnyaaa.
ReplyDeleteperghh
ReplyDeleteini memang sedap
teringat pula masakan mak
sedapnya alahai lapar.. laparrr
ReplyDeletesenangnya! Nanti nak buat jugak lah :D
ReplyDeleteIni adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..
PEMILIK BLOG
-LIN LIENA-