Seronoknya Bersukan Ria Dengan Carrie junior

by - January 30, 2018

Seronoknya uolsss carrie junior ada permainan terbaru lah...bukan anak-anak je yang suka..malah ibu bapa pun teruja tau...yelah tak payah la terjerit-jerit nak suruh diaorang mandi kan...malah satu hari tu 2 3 kali nak mandi je kejenya haha...seronok pulak tengok budak-budak ni...

Kak lin suka wangian Cheeky Cherry ni tau...wangi dan lembut bau dia...rasa macam nak makan je dia punya bau tu...kalau budak-budak ni mandi..satu rumah boleh bau dia punya wangi tu..tapi kak lin kena pantau la budak 2 orang tu mandi...kalau tak....hmmm tak sampai seminggu dah habis la sabun tu.


Diiktiraf Halal, rangkaian Carrie Junior termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion and Baby Oil. Ia juga mempunyai bau buah-buahan yang digemari kanak-kanak. Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berasa segar dan bersih sepanjang hari. Carrie Junior yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian. Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyubur, melembap dan melindungi rambut serta kulit lembut si manja.



Cantik kan warna-warna botol dari carrie junior ni...semuanya warna-warna ceria yang menarik perhatian kanak-kanak...dan paling best ada mainan yang tersembunyi di belakang botol...surprise sangat.....masing-masing tak sabar nak tengok mainan apa yang tersembunyi di belakang tu.


Kali ini Carrie Junior menampilkan permainan sukan..bolehlah bermain selepas mandi kan...bagus lah permainan macam ni..bukan apa ianya boleh mengeratkan hubungan antara satu sama lain...tak delah asyik nak main gadget kan...permainan ini juga boleh meningkatkan pemikiran kreatif dan gaya pemikiran anak2 kita.


Direka untuk mencetuskan keriangan kepada kanak-kanak, CARRIE JUNIOR telah mereka 6 figura mainan comel yang dikenali sebagai ‘Sukan Ria’ bagi membantu perkembangan imaginasi dan minda mereka. Sebanyak 6 figura mainan comel yang terdiri daripada CARRIE JUNIOR- si gajah yang gemar bermain bola sepak, SPEEDY TOMMY- si kura kura yang terpantas di atas trek larian, TUFFY TEDDY- si beruang yang paling kuat, DRIBBLY MINKY- si racoon yang mahir dalam sukan hoki, SMASHY MACKY- si monyet yang tangkas bermain ping pong, dan juga trofi kejohanan sukan yang akan di bungkus setiap satu di dalam setiap produk CARRIE JUNIOR bersaiz 700ml.

Lepas ni nak kumpul lah banyak2 permainan dari carrie junior ni...nak buat koleksi...so pada korang yang belum beli lagi..cepat-cepatlah beli ye...mesti anak-anak korang gembira dan seronok nanti.

You May Also Like

2 Comments

  1. Samalah line. Kalau tak pantau sekejap je habis satu botol tu.

    ReplyDelete
  2. Ini maknbudak pun suka ni. Dah le Ada mainan kan

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

PEMILIK BLOG
-LIN LIENA-