SYURGA YANG KEDUA
Drama Dendam Aurora menerusi Slot Tiara di Astro Prima sudah hampir tiba ke penghujungnya dan tidak lama sahaja lagi drama Syurga Yang Kedua gandingan mantap Fasha Sandha, Zarul Husin serta Siti Elizad sebagai pelakon utama bakal ditayangkan.
Untuk pengetahuan semua, drama yang dinantikan ramai ini adalah adaptasi daripada sinetron popular Indonesia dan ia berkisarkan kisah hidup berpoligami dan memaparkan kisah konflik kesetiaan, pengorbanan, persahabatan, perkahwinan serta pengkhianatan demi mencapai kebahagiaan terindah.
Drama 70 episod arahan Zamri Zakaria dan Bahri Umar ini turut membariskan pelakon lain seperti, Datuk Jalaluddin Hassan, Sherry Ibrahim, Azizah Mahzan, Beego, Dynas Mokhtar, Afifah Nasir dan ramai lagi.
Ia bakal menemui penonton bermula 12 Disember ini setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 petang di Astro Prima dan Maya HD.
SINOPSIS SYURGA YANG KEDUA
Konflik antara anak menantu dan ibu mertua. Daniel dan Sabrina sudah lama berkahwin namun masih belum dikurniakan cahaya mata. Suatu hari ibu Daniel menyuruh Daniel berpoligami dan berkahwin dengan Doktor yang merawat ibunya iaitu Vivy.
JUDUL : SYURGA YANG KEDUA
TARIKH / MASA : Isnin-Jumaat,6.00 petang
SIARAN : Slot Tiara (Astro Prima & Maya HD)
PENGARAH : Zamri Zakaria
TERBITAN : OrangeTree Production Sdn Bhd
PELAKON : Zarul Husin, Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Nur Qistina Raisah, Doria Rachel Jolly, Beego , Fazlina Ahmad Daud, Dian P Ramlee, Aziza Kazan, Afifah Nasir, Dato Jalaludin Hassan, Fana Azizan
WATAK PELAKON
Fasha Sandha sebagai Vivy
Zarul Husin sebagai Daniel
Elizad Sharifuddin sebagai Sabrina

4 Comments
Macam menarik.. Tapi panjang sangat.. hehehe
ReplyDeletesuka sebab ada zarul. hehe. minat dia masa dia dengan umbrella lagi. kena tgk ni line. hehe
ReplyDeleteAdeh!!! petang ke!?
ReplyDeleteMacam tak sempat je nak tengok yang pukul 6.00 balik balik kerja time ni.
Tengok ulang tayang ajelah huhuhu....
nice sharing
ReplyDeleteIni adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..
PEMILIK BLOG
-LIN LIENA-