MBI Melestarikan Tanggungjawab Sosial Korporat (“CSR”) Melalui Program Kasih Ilmu Anak Selangor
MBI Melestarikan Tanggungjawab Sosial Korporat (“CSR”) Melalui Program Kasih Ilmu Anak Selangor.
Cadangan sumbangan dibuat selari dengan peranan MBI untuk melestarikan Tanggungjawab Sosial
Korporat (“CSR”) demi memartabatkan lagi nama MBI untuk diketengahkan sebagai entiti yang
menyalurkan sumbangan kepada masyarakat melalui saluran-saluran yang diiktiraf selaras dengan
objektif MBI untuk menyokong inisiatif Kerajaan Negeri iaitu Membangun Bangsa Memakmur
Negeri.

Dalam merealisasikan usaha ini, MBI telah mengambil inisiatif untuk menyalurkan sumbangan bantuan persekolahan kepada golongan sasaran sejajar dengan objektif utama MBI untuk membantu golongan yang memerlukan dalam meringankan beban yang ditanggung berikutan kenaikan taraf hidup selain daripada bantuan yang diberi oleh Kerajaan Negeri.

Objektif program ini adalah untuk meringankan bebanan keluarga yang berpendapatan rendah dalam menyediakan bantuan keperluan persekolahan anak-anak dan mensasarkan seramai 55,000 orang penerima yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.

Melalui pelaksanaan program ini, ianya dilihat dapat memberi impak positif terhadap kesejahteraan rakyat dalam membantu keluarga berpendapatan rendah membeli keperluan persekolahan. Ini secara tidak langsung mendokong agenda Kerajaan Negeri dalam meringankan beban rakyat susulan kenaikan kos sara hidup.

Pemberian bantuan ini juga bertujuan untuk memudahkan penerima menerima bantuan tersebut apabila sumbangan yang disediakan disalur terus kepada penerima.
Program ini juga bertujuan untuk menunjukkan keperihatinan MBI terhadap keperitan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat dalam menampung keperluan anak-anak memulakan sesi persekolahan disamping perbelanjaan-perbelanjaan lain.
INSTAGRAM : CSRMBISELANGOR
INSTAGRAM : THEOFFICIALFRJUNIOR
INSTAGRAM : ITSFR
#csrmbiselangor #fastabiqulkkhairat #MembangunBangsa #MemakmurNegeri #GiveBack #FRjunior #KasihIlmuAnakSelangor
Dan paling best dapatlah anak kak lin menggayakan baju sekolah dari Fairuz Ramdan...selesa sangat bila memakai..kain yang bermutu tinggi dan terletak cantik...terima kasih diatas sumbangan ini...diharap dengan adanya program seperti ini dapatlah meringankan beban rakyat.
3 Comments
zaman ekonomi kritikal mcam ni ramai rakyat yg susah kan
ReplyDeleteAlhamdulillah semoga anak2 ini menjadi org berilmu. Seronok nampak diorg Tu
ReplyDeleteBangga jadi orang Selangor. Haha. Tetiba kan. Tapi banyak bantuan dan keistimewaan yg ana dan keluarga dpt dr kerajaan selangor. Air tak pernah bayar. Mak ayah dpt apply bantuan warga tua. Adik kawen dpt elaun kawen. Seronok semua org.
ReplyDeleteIni adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..
PEMILIK BLOG
-LIN LIENA-