• Home
  • About Me
  • Contact
  • Disclaimer
  • Sitemap
facebook instagram youtube Email

Lin Liena Story


KLIK BANNER UNTUK JOIN
Share
Tweet
Pin
Share
6 Comments
MBI Melestarikan Tanggungjawab Sosial Korporat (“CSR”) Melalui Program Kasih Ilmu Anak Selangor.

Cadangan sumbangan dibuat selari dengan peranan MBI untuk melestarikan Tanggungjawab Sosial Korporat (“CSR”) demi memartabatkan lagi nama MBI untuk diketengahkan sebagai entiti yang menyalurkan sumbangan kepada masyarakat melalui saluran-saluran yang diiktiraf selaras dengan objektif MBI untuk menyokong inisiatif Kerajaan Negeri iaitu Membangun Bangsa Memakmur Negeri.

Dalam merealisasikan usaha ini, MBI telah mengambil inisiatif untuk menyalurkan sumbangan bantuan persekolahan kepada golongan sasaran sejajar dengan objektif utama MBI untuk membantu golongan yang memerlukan dalam meringankan beban yang ditanggung berikutan kenaikan taraf hidup selain daripada bantuan yang diberi oleh Kerajaan Negeri.


 Objektif program ini adalah untuk meringankan bebanan keluarga yang berpendapatan rendah dalam menyediakan bantuan keperluan persekolahan anak-anak dan mensasarkan seramai 55,000 orang penerima yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.


Melalui pelaksanaan program ini, ianya dilihat dapat memberi impak positif terhadap kesejahteraan rakyat dalam membantu keluarga berpendapatan rendah membeli keperluan persekolahan. Ini secara tidak langsung mendokong agenda Kerajaan Negeri dalam meringankan beban rakyat susulan kenaikan kos sara hidup.


Pemberian bantuan ini juga bertujuan untuk memudahkan penerima menerima bantuan tersebut apabila sumbangan yang disediakan disalur terus kepada penerima.

Program ini juga bertujuan untuk menunjukkan keperihatinan MBI terhadap keperitan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat dalam menampung keperluan anak-anak memulakan sesi persekolahan disamping perbelanjaan-perbelanjaan lain.

 INSTAGRAM : CSRMBISELANGOR 
INSTAGRAM : THEOFFICIALFRJUNIOR 
INSTAGRAM : ITSFR

 #csrmbiselangor #fastabiqulkkhairat #MembangunBangsa #MemakmurNegeri #GiveBack #FRjunior #KasihIlmuAnakSelangor




Dan paling best dapatlah anak kak lin menggayakan baju sekolah dari Fairuz Ramdan...selesa sangat bila memakai..kain yang bermutu tinggi dan terletak cantik...terima kasih diatas sumbangan ini...diharap dengan adanya program seperti ini dapatlah meringankan beban rakyat.
Share
Tweet
Pin
Share
3 Comments
Korang pernah beli tak magic sponge ni?kalau dah beli mesti tahu kan betapa berkesan nya guna magic sponge ni...kak lin pun baru je kenal magic sponge ni...sejak join group kedai eco tu alahai macam2 idea keluar...pastu yang best badget RM 2.12 jer...sape tak nak kan..

memandangkan semua cakap bagus dan terbaik..kak lin pun terus je beli magic sponge ni..tak sabar nak cuba,betul ke boleh hilang kesan kotoran di bilik air.

Wow....betul uolss...memang berkesan lah..kak lin try cuci kotoran yang bertahun tak boleh hilang..pastu sebelum pakai magic sponge ni try lah berus guna berus bilik air tu...tapi hampa memang tak hilang,dengan rasa berdebar terus je sental guna magic sponge ni....eh eh hilang dengan sekelip mata lah...rasa nak nangis gembira time tu jugak...hihi...



Inilah rupa magic sponge tu harganya RM 2.12 tapi kalau beli di DIY mahal sikit daam RM 3.90 gitu harga dia.boleh ah beli banyak-banyak buat stok..


Sudip ni yang dah lama tersimpan,so kita amek dan keluar kan...


Tengok tu.....berkilat kannnnn,hmmm.. senyum senyum je tengok hasil dia.


Haaa....yang ni daki-daki teh atau kopi kat cawan 


Selepas di sental dengan magic sponge tu....macam cawan baru uolssss...kilat dan silau kan,haha

Lepas ni korang g lah beli barang2 kat kedai eco tu eh....murah2,nak juling mata dibuatnyer...satu je kelemahan span ni.. dia cepat hancur...so pandai2 la korang ejas eh...beli banyak2 tau buat stok...senang korang nak sental pape yang berkarat,tak yah nak susah-susah sangat.

Share
Tweet
Pin
Share
7 Comments
Best Tak Guna Air Fryer?  Sebenarnya dah lama tau kak lin teringin nak beli Air Fryer ni...banyak google tentang best ke guna AirFryer ni?? rasanya dah bertahun jugak lah mencari info..bila tengok harga jenama yang terkenal tu telan air liur lah jugak haha...mahai bebenooo....so pendamkan lah dulu hasrat tu..
Tapi makin lama,makin membuak bila membaca review kawan-kawan yang mengatakan tak rugi beli Airfryer ni...malah kita bertambah sihat setelah mengurangkan minyak dalam menu seharian kita..ermmm...nampaknya nekad jugak lah beli.
Macam biasa kak lin kan peminat shoping online LAZADA....haha....memang kat sini jelah kalau nak shoping...dah rasa selesa shoping kat sini...suami kak lin pun malas nak layan dah bini dia yang suka shoping online ni hihi....tetiba je kan ada gadget baru sampai kat rumah....pastu dia tanya lah....eh apa ni?????haha kak lin senyum kambing jelah...kak lin cakap...ini orang pompuan punya gadget supaya rajin duk dapur...hahaha...baik punya alasan kan....


Kak lin tunggu 12.12 nak beli Air Fryer ni...masa 11.11 tu kak lin beli Pressure Cooker...banyak dapat diskaun tau...yang AF ni kak lin tengok harga dia 199...pastu turun jadi 169 masa 12.12 wah bagus ni..pastu guna voucher kat lazada tu...tolak dalam 25.00 ringgit gitulah...maka harga nya hanya tinggal 143.65 sahaja...sangat berbaloi uolssss...

Besoknya barang sampai dengan sihat dan sempurna haha...tak tunggu apa dah...terus cuci2 sikit terus lah goreng naget dan fries.....hasilnya memang best tau....garing tanpa minyak...minyak dari kentang tu akan keluar dengan sendiri..


Kentang tu cantik kan....keemasan gitu warna dia...

Berger ni pun terbaik hasil dia...tak keras langsung...malah daging dia lembut didalam


sosej masak cantik...kopok lekor pun masak elok dan garing


Yang ni ayam goreng...yang bertulang tu memang sedap tapi bahagian isi agak kering sedikit.


yang ni telur dadar...180 dalam 10 minit...gebu sangat..puas hati..kalau pakai acuan nonstik lagi cantik hasilnya...

sosej tu patutnya kena kelar2 sikit badan dia...haha...terpecah perut dia sebab kembung sangat..
kopok lekor pun sedap...yang penting rasa tak berubah..

nanti kak lin akan share lagi yang best2 dengan korang...nak try panggang ayam dan goreng ikan pulak..mana lah tau minyak tetiba habis...korang tak lah panik kan sebab ada Air Fryer yang akan menyelamatkan korang hihi...

Harap entry ni dapat membantu kalau2 ada yang nak info tentang AirFryer ni..bye korang...
Share
Tweet
Pin
Share
12 Comments
Drama Dendam Aurora menerusi Slot Tiara di Astro Prima sudah hampir tiba ke penghujungnya dan tidak lama sahaja lagi drama Syurga Yang Kedua gandingan mantap Fasha Sandha,  Zarul Husin serta Siti Elizad sebagai pelakon utama bakal ditayangkan.
Untuk pengetahuan semua, drama yang dinantikan ramai ini adalah adaptasi daripada sinetron popular Indonesia dan ia berkisarkan kisah hidup berpoligami dan memaparkan kisah konflik kesetiaan, pengorbanan, persahabatan, perkahwinan serta pengkhianatan demi mencapai kebahagiaan terindah.
Drama 70 episod arahan Zamri Zakaria dan Bahri Umar ini turut membariskan pelakon lain seperti, Datuk Jalaluddin Hassan, Sherry Ibrahim, Azizah Mahzan, Beego, Dynas Mokhtar, Afifah Nasir dan ramai lagi.
Ia bakal menemui penonton bermula 12 Disember ini setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 petang di Astro Prima dan Maya HD.
SINOPSIS SYURGA YANG KEDUA
Konflik antara anak menantu dan ibu mertua. Daniel dan Sabrina sudah lama berkahwin namun masih belum dikurniakan cahaya mata. Suatu hari ibu Daniel menyuruh Daniel berpoligami dan berkahwin dengan Doktor yang merawat ibunya iaitu Vivy.
JUDUL : SYURGA YANG KEDUA
TARIKH / MASA : Isnin-Jumaat,6.00 petang
SIARAN : Slot Tiara (Astro Prima & Maya HD)
PENGARAH : Zamri Zakaria
TERBITAN : OrangeTree Production Sdn Bhd
PELAKON : Zarul Husin, Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Nur Qistina Raisah, Doria Rachel Jolly, Beego , Fazlina Ahmad Daud, Dian P Ramlee, Aziza Kazan, Afifah Nasir, Dato Jalaludin Hassan, Fana Azizan

WATAK PELAKON 
Fasha Sandha sebagai Vivy 
Zarul Husin sebagai Daniel
Elizad Sharifuddin sebagai Sabrina

Image result for surga yang kedua
Share
Tweet
Pin
Share
4 Comments
Pengemis Itu Saudara Aku

Jangan lupa saksikan telefilem istimewa sempena Maulidur Rasul berjudul Pengemis Itu Saudara Aku. Dibintangi oleh Izzue Islam, Amirul Faqeem, Ezzaty Abdullah dan ramai lagi. Akan ditayangkan pada hari Jumaat ini pukul 10 malam di TV3.

JUDUL : PENGEMIS ITU SAUDARA AKU
TARIKH / MASA : Jumaat, 1 Disember 2017, 10.00 malam
SIARAN : TV3 (Istimewa Maulidur Rasul)
PENGARAH : Along Kamaludin
TERBITAN : Ansar Creative Media Sdn Bhd
PELAKON : Izzue Islam, Amirul Faqeem, Ezzaty Abdullah, Izzy Reef, Firdaus Ghufran

SINOPSIS PENGEMIS ITU SAUDARA AKU
Hairi punca sebenar Danish mengemis kerana merebut harta milik keluarga sehingga menyebabkan Danish menimpa kemalangan suatu ketika dahulu. Kini, Hairi ingin memusnahkan kembali hidup Danish.

sumber myinfotaip
Share
Tweet
Pin
Share
9 Comments
Newer Posts
Older Posts

Total Pageviews


About me

About Me

Hi! Saya Lina, seorang blogger sepenuh masa yang cukup suka menulis dan akan terus menulis. Blog saya ibarat nyawa kedua saya.

Sebarang advetorial, review, iklan, collaboration bolehlah email saya di: linliena30@gmail.com

Terima kasih sudi singgah blog saya..

Follow Us

  • facebook
  • instagram
  • youtube

Followers

Instagram

Popular Posts

  • Kesan Selepas BTL(Ikat Rahim)
  • Kasut Longgar?Ini Penyelesaiannya..
  • Natural Clenx Tea| Dah Minum Ke Belum?
  • Resepi Daging Goreng Kunyit
  • Resepi Kuey Teow Goreng Kerang
  • Kayliz Crunchy,Delicious & Healthy Menceriakan Pagi Anda
  • Zam-Zam Coconut Hair Oil

Categories

  • Cuti-Cuti
  • Personal
  • resepi
  • Review
  • sinopsis
  • Tips

Blog Archive

  • March 2023 (1)
  • January 2023 (2)
  • May 2022 (1)
  • April 2022 (4)
  • February 2022 (4)
  • January 2022 (2)
  • December 2021 (1)
  • November 2021 (1)
  • October 2021 (1)
  • August 2021 (1)
  • July 2021 (3)
  • June 2021 (2)
  • May 2021 (2)
  • April 2021 (3)
  • March 2021 (2)
  • January 2021 (2)
  • December 2020 (1)
  • November 2020 (1)
  • September 2020 (1)
  • August 2020 (2)
  • June 2020 (5)
  • May 2020 (11)
  • April 2020 (5)
  • March 2020 (3)
  • February 2020 (3)
  • December 2019 (1)
  • November 2019 (1)
  • September 2019 (4)
  • August 2019 (5)
  • July 2019 (5)
  • June 2019 (4)
  • May 2019 (6)
  • April 2019 (4)
  • March 2019 (1)
  • February 2019 (2)
  • January 2019 (9)
  • December 2018 (9)
  • November 2018 (7)
  • October 2018 (13)
  • September 2018 (8)
  • August 2018 (2)
  • July 2018 (7)
  • June 2018 (4)
  • May 2018 (13)
  • April 2018 (9)
  • March 2018 (7)
  • February 2018 (6)
  • January 2018 (6)
  • December 2017 (6)
  • November 2017 (14)
  • October 2017 (31)
  • September 2017 (36)
  • August 2017 (16)
  • July 2017 (11)
  • June 2017 (27)
  • May 2017 (48)
  • April 2017 (27)
  • July 2015 (6)

My Blog List

  • HASRULHASSAN.COM
    Kos Yuran Masuk ke MRSM Tingkatan 1
  • kisahsidiari
    BERBUKA PUASA DI GBW HOTEL RAMADHAN KEEMPAT
  • Sunah Sakura
    Menu Berbuka Puasa 6 Ramadan
  • SURIA AMANDA
    Mystery Box Untuk Pemenang Top Komentator March 2023
  • Lin Liena Story
    JOM BERBUKA PUASA DI ZAITUNA RESTAURANT PERSADA JOHOR
  • SIS HAWA DOT COM
    Ramai Dapat Manfaat Di Program UPKK FINAL COUNTDOWN (UFC) Anjuran HATIMURNI
  • SHARING TO SOMEONE I LOVE
    Review Safi shayla Hijab Haircare Expert
  • Aku Sis Lin
Show 5 Show All

Sponsor

Created with by ThemeXpose