Pulut Kuning Pressure Cooker

by - November 19, 2017

Sempena hari minggu ni,marilah kita merajinkan diri ke dapur..saja jelah nak try masak pulut kuning ni guna pc...orang kata mudah dan cepat...

sebelum ni kan,kak lin tak pernah lah masak pulut kuning,padahal anak-anak suka sangat makan pulut kuning,yelah kak lin ingatkan susah nak masak nya,rupa2 nya mudah jer...happy sangat bila dapat ilmu baru hihi,selalunya pulut kuning ni makan dengan rendang daging kan...tapi hari ni kita lawankan pulut kuning dengan kari ayam jer,sebab kat rumah xde stok daging.

betullah korang,mudah sangat masak pulut kuning menggunakan pressure cooker ni,kak lin letak 10 minit jer dah masak...wahhhhh...bolehlah masak hari2 kan....haha,tak delah tunggu ada majlis baru dapat makan pulut kuning ni..


Cara-cara:
Beras pulut 4 cawan 
Air 3 cawan
Santan pekat 1 cawan
Garam
Gula
Daun pandan

Set masa rice p12 tapi kak lin letak p10,guna mood steam pun boleh letak lah 7 minit...kita try n error ye mana yang sesuai.


Dah siap,masak elok dan lembut jer...ada setengah nya,selepas siap baru gaul santan kan.....tapi kak lin campur je semua...tak de masalah pun...kacau2 je sikit pastu tutup periuk.....


Dah sejuk bolehlah dibentukkan...kalau malas cekut-cekut sudah.....haha ikut suka korang lah...sedap uolssss....tapi xeh makan selalu lah pulut ni....angin kan...kembung pulak perut korang nnt...sesekali teringin bolehler buat....

You May Also Like

7 Comments

  1. sedapnya pulut...akk kalau pulut ni tak kisah kuning ke biasa ke..mmg suka

    ReplyDelete
  2. Cantik kejadian pulut kuning lina tu. Cantik warna dia.

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaa tengok.boleh buat bisnes pulut kuning macam Zarina Zainuddin ni kak, hehehe.

    ReplyDelete
  4. menyelerakan la pulut kuning dgn kari tu

    ReplyDelete
  5. Cantik kejadiannya puut kuning Tu. Boleh lah beli barang yg kak liena guna Tu. Rasa confident dah

    ReplyDelete
  6. Sy ada periuk ni tp blm penah try msak pulut..blh tekan rice ke..

    ReplyDelete
  7. mana datang colour kuning resepi akak ye...hoho..guna apa bg warna kuning tu.

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

PEMILIK BLOG
-LIN LIENA-