Penjagaan Selepas Berkhatan | Setiap kali cuti sekolah mesti penuh hospital dan klinik dengan kanak2 yang ingin berkhatan.inilah pengorbanan orang lelaki bila mula menginjak ke alam remaja....bagi mak-mak pulak biasalah dengan perasaan bercampur baur tu...berdebar jangan cakap lah kan...serba tak kena rasanya.
Anak pertama dulu kak lina juga yang menghadap...teman kan dari mula sunat sampai siap...sama jugalah dengan anak kedua ni...haha,kuat tak kuat kena lah hadap jugak...alhamdulilah kali ni urusan sangat mudah...dalam 15 minit dah siap semuanya.rayyan pun nampak kuat dan tak menangis.
Selepas habis bius barulah nampak dia nangis sikit...meleleh airmata nya...dia cakap rasa pedih..ala kesian nya,bersabar jelah untuk minggu ni...insyaallah kalau makan jaga boleh cepat sembuh.
Jom kita tengok tips penjagaan selepas berkhatan
Selepas sunat, adalah penting untuk anda dapatkan rehat yang cukup, sekurang-kurangnya 3 hari untuk lelaki dewasa sebelum bertugas semula seperti biasa. Banyak berjalan sejurus selepas sunat boleh menyebabkan bengkak pada kawasan luka.
Anda akan diberi ubat penahan sakit, antibiotik (pembunuh kuman), ubat bengkak untuk dimakan dan krim antibiotik untuk disapu. Sila makan ubat tersebut mengikut jadual yang ditetapkan, supaya luka tersebut cepat sembuh dan jangkitan boleh dielakkan.
Cuci luka sunat sewaktu mandi, dua kali sehari dengan cecair antiseptik seperti Dettol. Selepas cuci, lapkan luka dengan tisu atau kain yang kering dan bersih. Sapukan krim antiseptik yang diberi untuk mengelakkan dari jangkitan kuman.
Adalah bagus sekiranya anda dapat berpantang makan. Makanan yang “gatal” seperti makanan laut, daging merah, telur dan apa-apa juga yang anda “alergik” adalah tidak digalakkan untuk ambil sewaktu penjagaan luka sunat.
Kalau ikutkan petua orang dulu-dulu, ikan haruan adalah bagus untuk penyembuhan luka. Jika tidak mahu beli dan siang ikan haruan yang hidup, anda boleh dapatkan pati ikan haruan dari farmasi. Pati ayam pun bagus untuk diambil.
Benang jahitan luka sunat akan putus selepas 10-14 hari. Jangan gunting atau putuskan benang luka sunat terlalu awal, kerana ia akan menyebabkan luka sunat tidak dapat melekat dan sembuh sempurna.
Jika anda mengalami phimosis (glans penis melekat dengan kulup), anda mungkin akan mendapati ada cecair kuning jernih dan keruping terbentuk di kepala dan kawasan luka. Ia adalah normal dan ia bukan nanah. Ia akan tanggal sendiri selepas beberapa hari.
Adalah agak normal untuk anda berasa ngilu atau sensitif apabila kepala glans penis anda bergesel dengan seluar dalam yang dipakai pada awalnya. Rasa tersebut akan hilang selepas beberapa minggu, apabila glans kepala sudah biasa.
8 Comments
Dah anak teruna anak kak Lina. Semoga dipermudahkan penyembuhan rayyan
ReplyDeleteSyafi bulan 1 hari tu sunat emergency. Kena pakai clam dlm seminggu ok dah. Selesai satu bab. Hehe.
ReplyDeleteTahniah abg dh bersunat
Alhamdulillah dah selamat sunat anak teruna ya..semoga cepat sembuh
ReplyDeletewah tahniah abg dh bersunat.. bagus sunat awal2 ni kan kak.. smoga dipermudahkan smuanya
ReplyDeleteZaman sekarang kalau berkhatan akan cepat sembuh. Beberapa hari sudah boleh pakai seluar. Jaga pantang dan tidak banyak gerak Insyllah luka cepat kering. Cuma benang jahitan akan menyebabkan rasa ngilu.
ReplyDeletebagus perkongsian ni. budak lelaki kena kuat :)
ReplyDeleteSngat membantu info. Kita ramai anak sedara lelaki bebudak lagi. Hihi tq sharing
ReplyDeleteBaca tambah ilmu, hehe, sbb adik mai sorang je laki, and dia sunat masa baby. Hihihi, tunggu anak sendiri la nanti nak apply ilmu ni.
ReplyDeleteIni adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..
PEMILIK BLOG
-LIN LIENA-