Naagin TV3
Sipnosis Naagin
Shivanya (Mouni Roy) adalah ular jelmaan yang mahu membalas dendam di atas kematian ibu bapanya dengan bantuan rakan dan sepupunya, Sesha. Terdapat lima orang pembunuh, tetapi Shivanya hanya dapat melihat tiga daripada mereka iaitu Ankush, Viren dan Shailesh. Mereka telah membunuh ibu bapa Shivanya untuk mencapai Naagmani, iaitu permata tetapi mereka gagal berbuat demikian. Sebagai rancangan utuk membalas dendam, Shivanya telah memasuki ke dalam rumah Ankush sebagai orang gaji, dan anaknya Rithik (Arjun Bijlani) seorang lelaki muda yang baik hati , kemudiannya telah jatuh cinta dengan Shinvanya. Setelah mengetahui tentang perasaan Rithik terhadap dia, Shivanya akhirnya berkahwin demi untuk membalas dendam dan dia telah membunuh Viren, pembunuh yang pertama.
Menyedari ada jelmaan ular telah memasuki kehidupan mereka, keluarga dan rakan-rakan Ankush ini mula mendapatkan bantuan daripada Guru Maa yang telah memberikan mereka sebentuk cincin yang melindungi mereka daripada ular jelmaan tersebut. Selepas itu, Shivanya dan Sesha telah membunuh rakan Ankush iaitu, Suri apabila Shivanya mengetahui daripada Sesha bahawa dia adalah pembunuh yang keempat . Shivanya Walau bagaimanapun, tidak mampu untuk membunuh Shailesh, pembunuh yang ketiga.
Tidak lama kemudian Shivanya telah menyedari bahawa Rithik adalah benar-benar seorang yang baik dan tidak mengetahui perbuatan-perbuatan jahat bapanya dan Shivanya akhirnya mulai jatuh cinta kepada Rithik, Sesha berasa kecewa kerana berfikir Shivanya tidak akan dapat membunuh Ankush kerana cintanya terhadap Rithik.
Tidak lama kemudian, Sesha dan Shivanya menghadapi musuh baru, termasuk Kabir, Kemudian dia mula mengetahui bahawa isteri Ankush ini, iaitu Yamini adalah pembunuh kelima dan yang dia juga mengetahui bahawa Rithik adalah bukan anak sebenar Ankush dan Yamini . Mereka sebenarnya telah menculik bapa sebenar Rithik kerana hanya dia dan Rithik sahaja yang boleh memegang Naagmani kerana tanda yang ada pada badan mereka.
Sesha mula jatuh cinta juga kepada Rithik kerana sifat penyayang dan prihatinnya . Apabila mengetahui perasaan Sesha kepada Rithik, Yamini, yang telah mengetahui bahawa Shivanya dan Sesha adalah ular jelmaaan, dia telah menghasut Sesha untuk mengkhianati Shivanya dan dengan itu, akhirnya Sesha telah menjadi musuh kepada Shivanya kerana obsesi beliau kepada Rithik dan Naagmani. Shivanya telah berjaya membunuh Ankush tetapi Rithik menyaksikan pembunuhan bapanya itu dan mendapati bahawa Shivanya adalah seekor ular jelmaan. Rithik mula membenci Shivanya, walaupun hatinya masih amat mencintai Shivanya.
Kemudian Queen Avantika adalah lebah jelmaan pula mahu mendapatkan Naagmani. Rithik yang tidak lama kemudian telah mengetahui mengenai kebenaran tentang Yamini yang jahat lalu dia turut menyertai Shivanya untuk melindungi Naagmani daripada Avantika. Shivanya dan Rithik akhirnya bersama, dan ianya mengakibatkan Shivanya kehilangan kuasa beliau. Walau bagaimanapun, dia dan Rithik berjaya untuk menyelamatkan Naagmani dan mengalahkan Sesha, Yamini dan Avantika. Shivanya akhirnya mengandung dan dia dan Rithik dapat hidup bersama.
Naagin menggantikan drama 'Zindagi Gulzar Hai' disiarkan setiap hari isnin-khamis pukul 4.30 petang di TV3....best tau cerita dia...kalau boleh jangan tinggal satu episod pun ...selamat menonton semua...
11 Comments
zindagi gulzar hai tu pun tak sempat tengok. naagin ni pun antara drama top dekat india sana tapi tak dapat tengok jugak :(
ReplyDeleteAmboi lina panjang lebar review drama ni. Bahaya kalau terjebak bila tgk nanti ni.
ReplyDeleteNi favorite Pak mertua mama no. Syafi pun tau kalau tgk naagin dia ckp ni cerita atok haha
ReplyDeleteSblm ni cerita ni main kat astro tara kan. Baca sinopsis pun mcm dh best je. Mesti tgk ni...
ReplyDeleteExcited pula Kaklong baca citer. Dah lama ke start.?
ReplyDeleteBAru mula tengok esok la kot. Harap2 tak ketinggalan jalan ceritanya..
wah menariknya.. mesti lawa watak shivanya
ReplyDeleteShivanya ni lawa orgnya, bila bek antagonis pun menjadi. Pernah tgk sekali je episod dia sbb kurang minat cerita mitos cmni
ReplyDeleteInilah satu-satu drama Tamil yang saya suka tengok..
ReplyDeleteTak silap sudah disiarkan masa saya sekolah rendah, terus minat sampai sekarang..
setiap petang menunggu cerita nie. suspend pun ada, seram pun ada, romantis pun ada..
ReplyDeleteWahhh happy ending....tq
ReplyDeletemacam mana nak cari subtitle untuk Naagin s1
ReplyDeleteIni adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..
PEMILIK BLOG
-LIN LIENA-