Warna Haid Menentukan Tahap Kesihatan Anda

by - October 07, 2017

Warna Haid Menentukan Tahap Kesihatan Anda| Kalau anda seorang wanita,wajib baca info ini untuk mengetahui tahap kesihatan anda,selama ini kak lina pun tak ambil tahu warna darah haid,oh...rupanya ia banyak alasan dan sebab...ingatkan bila keluar je haid,itu dah normal...rupa-rupanya banyak benda tersirat dan tersurat yang kita tidak ketahui...

Warna apa yang normal?

Warna Darah Haid merah Terang

  • Darah haid seharusnya bewarna merah terang,Merah disini maksudnya seperti warna ceri merah,warna ni selalu pada hari pertama dan kedua haid kerana aliran nya tengah laju dan masih segar lagi.Jika anda mempunyai warna merah terang syukurlah kerana ini adalah warna yang diidamkan oleh semua wanita.Ini bermakna darah haid anda normal dan bermakna tahap hormon anda juga normal dan stabil.


Warna Darah Haid Merah Jambu

  • Jika warna darah kearah merah jambu atau 'pinkish'.ini bermakna kita mengalami tahap estrogen yang rendah.Tahap estrogen yang rendah ,bermakna kita terlebih bersenam,bila terlebih bersenam,boleh menjejaskan peredaran haid.Jadi,selepas ini kalau agak-agak nak dekat dengan period tu,kurangkan aktiviti bersenam ye.

Warna Darah Haid Cair
  • Warna darah haid yang cair seperti cecair ini bermakna anda kekurangan nutrisi dan tergolong dalam kalangan orang yang boleh mendapat penyakit anemia.Tambah pula jika semakin hari semakin cair darah haid tersebut.

Warna Darah Haid Coklat Gelap
  • Kurang membuang air kecil salah satu sebab kenapa darah haid bewarna coklat gelap.Sebabnya darah yang berlebihan  akan lebih lama tersimpan dan tidak melalui proses pembuangan air kecil.Tak perlu risau,situasi adalah normal.Kalau darah haid korang bewarna coklat gelap,sebenarnya ini adalah proses biasa di awal haid dan hujung kitaran haid.

Warna Darah Haid Merah Gelap
  • Warna merah gelap dan tekstur ala-ala jem strawberi adalah salah satu warna darah haid yang akan dialami oleh wanita,Ini bermaksud tahap progesterone yang rendah dan tahap estogen yang tinggi,jika ketulan darah agak besar dari kebiasaan,ini bermakna anda mengalami ketidakseimbangan hormon yang tinggi.

Warna Darah Haid Merah
Dan Kelabu
  • Jika darah haid korang warna merah bercampur kelabu,perlu dapatkan rawatan doktor cepat.Ini kerana,kemungkinan besar teah terjebak dengan apa yang di panggil STD iaitu Sexually Transmitted Infection.Ini bermaksud jangkitan kuman tanpa disedari dan begitu juga pasangan anda.
Warna Haid Menentukan Tahap Kesihatan Anda
Warna Haid Menentukan Tahap Kesihatan Anda

Semoga ianya memberi manfaat kepada anda diluar sana...memang setiap hari kita kena peka dengan perubahan tubuh badan kita...kalau kita bertindak awal insyaallah semuanya dapat di atasi dan mudah dirawat.Mencegah Lebih Baik Dari Merawat

You May Also Like

2 Comments

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

PEMILIK BLOG
-LIN LIENA-