Tips Agar Ikan Tidak Melekat Sewaktu Menggoreng| Ikan goreng sedap kan makan panas2...antara ikan yang kak lina suka goreng kan adalah ikan kerisi,ikan gelama,ikan pelaling...apa lagi ek...tapi yang selalu dan kerap ikan bertiga tulah...sedap dan lemak sangat rasa dia...kalau ada ikan goreng kak lina tak pandang dah ayam semua ni...
Tapi kat rumah xde yang suka ikan goreng,budak2 ni semuanya trauma nak makan ikan sebab dulu pernah tercekik tulang...sampai sekarang takut2 makan ikan...hmmm...ruginya tak makan ikan kan...salah satu protein penting tu dalam badan kita.
Kak lina Share la sedikit tips dan petua untuk korang buat rujukan nanti.
Kuali Bersih-Pastikan kuali di cuci bersih ye...kalau tak bersih tu yang sebab melekat...yang ni memang sangat betul....so kena sental kuat2 kuali tu hihi...
Minyak Panas-Masukkan minyak yang secukupnya,dan pastikan minyak betul-betul panas baru masuk ikan.Pernah masukkan ikan minyak tak panas lagi...haruuu melekat huhu..
Asam Keping-Masukkan asam keping sebelum menggoreng ikan...yang ni pun betul jugak menjadi..tapi ikan tak masam pun...jgn risau ye.
Tepung-Yang ni memang best,salutkan ikan dengan tepung beras memang tak meletups dan melekat uolss...malah ikan kita akan rangup.
Garam-Taburkan garam kedalam minyak panas,selepas itu goreng macam biasa.
Dan lagi semasa menggoreng ikan jangan dibalikkan dulu,tunggu sehingga ikan garing barulah dikalih...
![]() |
Gambar Dari Google |
Ok korang sampai sini dulu ye....Byeeeee
10 Comments
Sama la petua kita..mmg hangin je kalau dpt kuali yg mmg gorebg ikan dia melekat..nasib2 je kan
ReplyDeletePastu kan, guna la kuali tefal..kompom x lekat. Ehh..iklan pulak 😄
ReplyDeleteok lepas ni nak cuba letak asam keping (sebab ada banyak kat rumah). barulah tak malu menggoreng ikan kat rumah mertua 🙈
ReplyDeleteHaha.. mama kalau goreng Hati memang mcm g berperang. Tq for tips
ReplyDeleteDulu selalu gak letak asam keping tu.. tapi sekarang guna minyak yang betul-betul panas je..
ReplyDeleteMemang selalu tabut garam je - pakai asam keping tak pernah try lagi. Hehe
ReplyDeleteTerima kasih bagi tips ni huhuhu rasa nak nangis tau sebab ikan selalu melekat lepastu kena bebel dengan mak x reti goreng ikan macam mana nak kawin? hahaha
ReplyDeletenampaknya sedapppppp!!! minyak yang panas dan cukup memang penting supaya tak lekat kuali! haha
ReplyDelete#YourFinanceDoctor
Pakai margarin tante supaya gurih dan nikmat salam kenal buat semuanya
ReplyDeletetq tip ni
ReplyDeleteIni adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..
PEMILIK BLOG
-LIN LIENA-