Sinopsis Drama Dia di Tv3
Sinopsis Drama Dia di Tv3. Stesen televisyen nombor satu Malaysia sentiasa komited dalam menyajikan kandungan terbaik untuk penonton setianya. Terbaharu, bakal menyaksikan sebuah drama yang menggabungkan pelakon Malaysia dan Indonesia berjudul "DIA".
Drama rantaian Dia bakal menggandingkan Janna Nick dan Irwansyah sebagai teraju utama dan dibantu oleh barisan pelakon tersohor seperti Izara Aishah, Adi Putra, Fazlina Ahmad Daud, Aleza Shadan, Zamarul Hisham, Emma Maembong, Sandrinna Michelle Skornicki, Kevin Andrean, Juliana Moechtar, dan ramai lagi.
Bersiaran sebanyak 30 episod, Dia, yang diterbitkan oleh produksi OrangeTree Production ini diarahkan oleh tiga pengarah berbeza iaitu Eoon Shuhaini, Omar Olly Alaydrus, dan Zamri Zakaria.
Selain itu skrip juga digaram oleh lima pengarah berbeza.
Sinopsis Drama Dia di Tv3
Adit, jejaka Indonesia menerima surat wasiat dari ayahnya yang dia bakal mewarisi empayar perniagaan di Malaysia. Akan tetapi menguruskan perniagaan keluarga bukan satu-satunya amanat yang perlu dituruti.
Dia terpaksa berkahwin dengan kenalan ayahnya di Malaysia. Sebagai seorang anak yang baik dan jujur, Adit akur dan menuruti amanat orang tuanya itu walaupun sudah mempunyai pilihan hati.
Namun untuk merealisasikan impian ayahnya bukan mudah. Pelbagai cabaran dan dugaan yang harus dihadapinya di Malaysia.
Adit (Irwansyah) telah dijodohkan dengan Emelda (Izara Aishah), walaupun Adit sebenarnya amat mencintai Aira (Janna Nick). Oleh kerana patah hati, Aira telah membawa diri ke tempat lain dan bekerja sebagai seorang penulis.
Adit berusaha untuk menjaga dan memberi kasih sayang kepada Emelda dengan sepenuh hati. Namun, jodohnya dengan Emelda tidak berpanjangan apabila isterinya itu meninggal dunia ketika melahirkan bayi sulung mereka yang diberi nama Icha Aulia (Sandrinna Michelle Skornicki).
Pada masa yang sama, Adit harus berdepan ujian untuk merapatkan hubungan Icha dengan keluarga arwah isterinya. Konflik bertambah apabila Adit bertemu semula dengan Aira, wanita yang pernah dicintainya sebelum dia membina rumahtangga bersama Emelda. Walaubagaimanapun, Aira kini rapat dengan Zaid (Adi Putra) yang telah lama mendambakan cinta Aira.
Pelbagai rintangan dan dugaan harus dilalui Adit. Adakah dia cukup tabah untuk mengharungi kesemua ujian yang menimpa hidupnya ini? Apakah kesudahannya?
Bila baca sinopsis pun kita dah tahu banyak konflik dan dugaan...jangan lepaskan peluang ye sebab ada Adiputra,janna nick....pelakon2 lain pun best,lagi-lagi irwansyah tuuuu...
banyak jugak episod nya kan...mesti best cerita ni....good luck kepada semua pelakon DIA
5 Comments
Wow menarik jln cerita. Dpt bygkan irwsnshah dgn Janna nick berlakon
ReplyDeleteboleh tengok
ReplyDeleteTak sabar nk tengok..pelakon semua hebat2..
ReplyDeletetengok drama ni semalam
ReplyDeleteI am incapable of reading articles online very often, but I’m happy I did today. It is very well written, and your points are well-expressed. I request you warmly, please, don’t ever stop writing. jalshamoviez
ReplyDeleteIni adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..
PEMILIK BLOG
-LIN LIENA-