Resepi Mee Goreng

by - October 01, 2017

Salam minggu uolsss....masak apa tu?,biasalah hari minggu kan,mana nya nak masak...mesti dah plan kan nak g sana sini...hihi...oleh kerana semalam kak lina dah penat mengemas rumah,so hari ni kak lina masak yang simple je...semalam dah makan berat2 kan...hihi,nak ikutkan mee goreng pun berat juga kan....ala....kira cincai jelah...lepas ni kita minum teh detox eh...lancar sikit pembuangan tu.

Minggu depan,minggu anak-anak periksa kan...besok anak kak lina yang sulung dah periksa akhir tahun....hmmm,berdebar nya rasa....belajar pun sekejap je kak lina tengok,asyik tengok tv je,bila suruh belajar ada je jawapan nya...katanya tak boleh stress la,apa lah....kita tengok jelah nanti result dia..tak boleh main2 dah sebenarnya,sebab tahun depan dia dah ambil SPM....kena berusaha lebih la...

Makanya,kak lina masak simple2....lepas ni bolehlah pantau anak-anak ulangkaji peperiksaan,selagi kita ni tak bergerak,selagi tak keluarkan api naga,selagi tulah tak bergerak...inilah fungsi ibu kan...banyak betul nak kena buat...hai la anak....masa kak lina masih belajar dulu..tak payah disuruh pun belajar,bila tau je nak periksa sibuk la hafal tu hafal ni,macam2 persediaan kak lina buat sendiri...lain sungguh budak2 sekarang ni.

Resepi Mee Goreng
Resepi Mee Goreng

Mee goreng pulak banyak versi kan,ada yang suka kering ala mamak,ada yang suka basah-basah gitu,haha...ikut tekak memasing la kan...kak lina suka versi yang basah-basah sikit,tak muak...best sebab licin je masuk tekak.

Resepi Mee Goreng 
================
1 Paket mee kuning
1 Senduk cili kisar
1 Biji bawang besar-dihiris
2 ulas bawang putih-dihiris
Segengam ikan bilis
Sedikit isi ayam@udang@sotong
Sedikit daging
Sayur sawi@taugeh
Daun bawang
kicap pekat
Sos tiram
Sos cili
Garam dan Gula
Serbuk Perasa- Optional

Cara-Cara
==========

  • Tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dihiris
  • Masukkan cili kisar
  • Masukkan isi ayam dan daging
  • Setelah garing masukkan sos tiram,sos cili,kicap,garam dan gula
  • Masukkan juga sedikit air dan tunggu sehingga mendidih
  • Masukkan mee kuning bersama sayuran
  • Kacau sehingga sebati
  • Angkat dan sedia dihidang



You May Also Like

4 Comments

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

PEMILIK BLOG
-LIN LIENA-