Petua Haluskan Tapak Tangan

by - October 05, 2017

Petua Haluskan Tapak Tangan|  Malu  kalau tapak tangan kita kasar,tapi nak buat macam mana dah kerja kita kat dapur je kan....lebih-lebih lagi bila tapak tangan kita kalah dengan sabun...makin teruk lah mengelupas nya....bila dah mengelupas tu pedihnya nak buat kerja...lain lah kalau mak datin ke artis ke......hihi senang upah orang jer...macam kita ni alahai....suka ke tak suka ke memang tetap kena buat kan....

Tapi kita jangan lah cepat mengalah,orang kata itu tandanya kita rajin kedapur.Namun insyaallah,semua masalah pasti ada penyelesaiannya kecuali Mati...itu xboleh nak buat apa dah..ok jom kita baca petua nenek moyang kita,agar tapak tangan kita kembali lembut dan halus.Tapak tangan kita harus dibelai dan dirawat agar kulit kita sentiasa lembut dan halus.

LENDIR LIDAH BUAYA
  • Potong lidah buaya kepada 2 bahagian,ambil lendirnya dan gosok pada tapak tangan.Jangan sampai terkena kulit lidah buaya,kerana boleh menyebabkan kulit gatal,Biarkan sehingga lendir kering,baru cuci dengan air bersih.lakukan petua ini 3 kali seminggu.
SERBUK KOPI
  • Gunakan hampas kopi untuk menggosok tangan.Hampas kopi bertidak sebagai skrub,yang bukan sahaja membuang kotoran malah melembutkan tapak tangan dan meninggalkan bau harum.lakukan sekerap mungkin.
MASKER KENTANG
  • Kupas kentang,basuh bersih.kemudian kisar dan parut sehinggan kentang halus,oles pada tapak tangan dan biarkan selama 30 minit.cuci dengan air bersih dan pakai losyen tangan.
SUSU CAIR
  • Masukkan susu cair dalam air panas...tunggu sejuk sedikit dan rendamkan tangan selama 5-10 minit.khasiat yang ada didalam susu cair akan mencerahkan kulit dan melembutkan tapak tangan. 
LIMAU NIPIS
  • Belah limau nipis 2 bahagian,kemudian gosok ditangan...pastikan tangan tak luka,nanti pedih..Biarkan sehingga kering dan bilas dengan air bersih.lakukan setiap hari.

MINYAK KELAPA & ZAITON
  • Sapukan pada tapak tangan...urut perlahan-lahan,bilas tanpa menggunakan sabun,lakukan sebelum tidur.
GARAM BUKIT
  • Masukkan garam bukit didalam air suam,boleh juga ditambah minyak aromaterapi untuk kesan yang lebih baik,Bilas dengan air sejuk...akhiri dengan losyen tangan.

Hah kan banyak petua tu kan....so sape2 yang ada masalah tapak tangan kasar tu janganlah rasa rendah diri ye,marilah kita cuba petua2 diatas...semua nya memang dah sedia ada di setiap  rumah kan...malah senang dan cepat.Semoga bermanfaat ye kawan-kawan


Petua Haluskan Tapak Tangan
Petua Haluskan Tapak Tangan

You May Also Like

10 Comments

  1. SA selalu guna losyen je..x pernah guna bahan2 asli kat atas tu...next leh la cuba..thanks share

    ReplyDelete
  2. Banyaknya petua ... mudah lak tu ... aing senang linau nipis sbb kan kita selalu guna kan... Terbaik petua...

    ReplyDelete
  3. semua bahan senang nk dpt. pergi dapur je

    ReplyDelete
  4. boleh apply guna limau nipis tu je sbb bahan sedia ada.kulit tgn ana ni dah sedia kasar. boleh lah cuba nanti.

    ReplyDelete
  5. Suka petua ni. Tulah kadang-kadang rasa dah kasar tangan ni. Tahu petua limau nipis sahaja. Boleh cuba petua yg lain pula nanti

    ReplyDelete
  6. banyak je petua ... setengah bahan tu ada je kat rumah...rajin dengan tidak je ye...

    ReplyDelete
  7. Petua kentang tu macam menarik and mudah la gak

    ReplyDelete
  8. semua bahan2 yang ada kat rumah.. kena rajin buat la

    ReplyDelete
  9. tq for sharing akakkk.. susu tu msti bestttt.. putih tangan2 .. hehe

    ReplyDelete
  10. Berkesan tak untuk jari? Jari yang kesat" kasar ni sebab tali guitar😩

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

PEMILIK BLOG
-LIN LIENA-