Trauma Setiap Kali Lalu Depan Sekolah
Trauma Setiap Kali Lalu Depan Sekolah | Kisah ni dah bertahun lama dahulu,zaman muda mudi baru lepas lulus lesen ambek kete...masa tu baru anak sorang,umur pulak dalam 23 24 gitulah...lepas dapat lesen kereta dulu,kak lina paksa suami kak lina belikan kereta,alasan nya supaya mudah nak hantar anak ke rumah mak..pastu hantar adik g sekolah lagi..macam-macam alasan lagi kak lina berikan,akhirnya pujukan ku berjaya....kak lina dapat kereta kelisa warna biru.....cantiknyaaaa....warna kesukaan kak lina...jakun sangat tambah kemaruk bawak kete...padahal belum mahir lagi pun...yelah P pun belum habis.
Rutin harian kak lina hantar adik ke sekolah agama,dalam kol 2 gitulah....time kak lina nak g kerja tu kak lina akan hantar adik kesekolah agama....mungkin hari tu nasib kak lina tak baik...kak lina terlanggar seorang budak lelaki...yaallah kak lina menjerit-jerit dalam kereta..masing-masing ketakutan..masa tu kak lina dengan anak kak lina dalam kereta.Mana tak nya,tiba-tiba je ada budak meluru depan kereta kan...tak sempat buat apa-apa dah.kak lina terdiam dalam kereta,rasanya ada bawah kereta kot budak tu...kak lina cepat-cepat keluar dari kereta,tengok-tengok budak tu dah dalam longkang besar,tapi dia boleh bangun....
Biasalah bila depan sekolah ada eksiden,maka ramailah orang berkumpul....oh tidakkkk!!!!takutnyaa sebab kita dah langgar budak sekolah,kak lina bukan bawak laju pun..budak tu yang tetiba melintas...yaallah kalau ingat2 nak menangis balik rasanya.bila dah semakin ramai yang berkumpul,kak lina terus bawak budak tu masuk dalam kerete,malas nak tunggu lama-lama kat situ,ada je nanti mulut-mulut puaka yang menyakitkan hati.Mujurlah kak lina ada klinik sendiri masa tu,terus kak lina suruh suami kak lina rawat budak tu,masa tu kan suami kak lina diam je...yelah kan...langgar anak orang,pakai baju sekolah pulak tu...Matilanakkkk
Syukurlah tak de kecederaan yang serius pada budak tu,hanya luka kecik2 je...tak delah sampai kena jahit ke patah ke kan....budak tu sebaya dengan adik kak lina,maknanya sekarang dah 20 lebih la umurnya...kat mana ko sekarang dikkk....hihihi
Selepas mendapat rawatan,satu lagi masalah...kak lina kena lah hantar kat rumah dia kan....aduiii...dahla masa tu kak lina tak de kawan,terpaksalah pergi jugak sorang-sorang nak hantar budak tu balik...debaran semakin kuat bila sampai depan rumah budak tu....Bapak dia tengah duduk depan pintu ko....badan nya besarrrrrr....telan air liur sekejap...serta merta muka pucat lesi,kak lina terpaksa jugak mengadap mak bapak budak tu kan...
Dengan muka pucat,terketar-ketar kak lina bagi salam...assalamualaikum pak cik,saya datang ni nak minta maaf,saya terlanggar anak pakcik....hah straigth to the point je ko...hahaha....terkejut pakcik tu...tapi mujurlah dia tak marah-marah,mak dia pun senyap je pulak...sebab mungkin kak lina terangkan secara details dan dah dapatkan untuk anak dia.cepat2 kak lina terus balik lepas mintak maaf tu.
Malam tu,suami kak lina pulak pergi ke rumah budak tu untuk periksa keadaan budak tu,alhamdulilah takde apa yang serious..lepas 3 hari kak lina pergi lagi,tapi budak tu tak de....dia dah ke kulai kata bapak dia...ke rumah mak dia yang sebenar...yang kat sini mak tiri je...owh patutlah....mak dia tak bising-bising.

Lepas kejadian tu,kak lina trauma nak bawak kereta,seminggu tak nak bawak kereta sebab takut...tapi mak kak lina marah...macamana nak pandai kalau tak belajar dari kesilapan...siang malam bising2 suruh bawak kereta balik....adoiiii....dulu amek lesen kereta pun kena paksa jugak ngan mak kak lina,sebab mak nak jalan senang katanya...akhirnya kak lina pandai juga bawak kereta dan tak trauma lagi...tapi kak lina tak akan lalu depan sekolah agama tu,kak lina sanggup pusing lalu jalan jauh..
Tapi kan sekarang ni dah ada bonggol depan sekolah tu...eleh perli kak lina la tu....hahha...segan nya kalau ingat-ingat balik...patutnya dari dulu dah letak kan...hihi....
Terima kasih korang sudi baca kisah kak lina yang tak seberapa ni...
8 Comments
Ok la tu. Bertanggungjwb. Tapi syabas sebab kembali drive.. tak fobia lama2 😊😊😊
ReplyDeletebiasalah budak sekolah nk melintas jalan kadang memang kena ada org yg pimpin
ReplyDeletesha fobia roundabout huhuhu
ReplyDeleteFobia bawak kereta mmg selalu terjadi dalam hidup akak..sampai sekarang...dan sampai sekarang jugak roadtax lesen apa segala akak x renew..tp curi- curi gak bawak kereta..cuma akak kena pi amik lesen semula...teruk kan perangai?
ReplyDeleteI feel you. Ana pun terlanggar budak 2 tahun lepas. Eh salah budak tu yg berlari keluar dan langgar kereta ana. Selamat ana bawa bwh 20km/j sbb kawasan perumahan kan. Terpelanting juga lah budak tu dlm longkang. Huhu
ReplyDeleteKalau sy pun trauma kak lina...langgar budak sekolah nih paham paham jela
ReplyDeleteTrauma tu terlanggar budak sekolah. Nasib baik tak cedera teruk kan Alhamdulillah.
ReplyDeleteMana tak trauma kalau gitu?
ReplyDeleteAlahai bdk2 ni pun X tgk Kiri kanan dulu
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..
PEMILIK BLOG
-LIN LIENA-