Telemovie Calon Isteri(TV 1)

by - September 17, 2017


Korang tengok tak cerita ni,haha best jugak cite ni,kelakar dan mencuit hati,kak lina jarang tengok tv 1 ni sebenarnya,kebetulan tengok hero dan heroin macam best je,bila dah tengok ok not bad cite ni..tu yang tengok sampai habis..banyak pengajaran juga sebenarnya dalam telemovie ni.Buat lelaki yang nak cari calon isteri tu jangan hanya pandang luaran je...nak yang cantik molek je kan...tak semua gadis yang kasar tu tak cantik ok...paling penting sekali kelakuan dan hati budi seseorang tu...so korang pun tengok la eh cite ni...enjoy je tengok cite ni hihi....

Suka tengok watak hero dan heroin...menjadi sungguh lakonan mereka...dah nama pun pelakon kan..kena bawak watak tu bersungguh-sungguh...pape pun pada kak lina drama ni sangat mencuit hati dan sesuai ditonton seisi keluarga..tiada situasi tegang dan stress...santai je semua watak...

Lakonan : Zahiril Adzim, Reen Rahim, Liza Abdullah, Delimawati, Fathil Dani, Hamdan Senario dan Fezrul Khan. 
Sinopsis Telemovie: 

Haris (Zahiril Adzim) terdesak untuk berkahwin lalu meminta ibunya mencarikan calon isteri. Namun, semua usaha pencarian calon menantu Mak Kiah menemui jalan buntu kerana tiada seorang pun yang memikat hatI Haris. Akhirnya Mak Kiah memberi kata putus, sesiapa sahaja gadis yang datang ke gerainya pada hari itu akan dijadikan calon menantu. 

Maka pada hari itu juga Odah (Reen Rahim) tercalon menjadi calon isteri Haris. Tetapi Haris yang cerewet tidak menyukai Odah kerana dia tidak suka dengan rupa Odah yang maskulin, ditambah dengan mulut Odah yang becok dan tidak sesopan wanita lain. 

Kerana buntu mencari calon isteri lalu Haris terus bersetuju untuk dijodohkan dengan Odah, namun Odah juga tidak memenuhi kriteria yang dimahukan oleh Haris lalu dia merancang pelbagai cara untuk memutuskan pertunangan dengan Oda

You May Also Like

6 Comments

  1. Dah 2x tgk tp tetap kelakar sbb zahiril adzim yg lakon mmg layan

    ReplyDelete
  2. lama xtengok cite zahiril adzim berlakon.
    macam best je pukul berapa cite ni kak lina?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sis Tiara..sy terjah blog awk td.. x jumpa komen box awk sbb bw guna phone ja😅

      Delete
  3. Waahh..klo.zahiril nie berlakon mmg serius best!

    ReplyDelete
  4. akak tak sempat nak tgk tv... apa pun baca sinopsisnya best.. thanks for review... salam kenal sis :)

    ReplyDelete
  5. tak tengok lagi..nanti weekend boleh la layan kot

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

PEMILIK BLOG
-LIN LIENA-