Selamat Hari Lahir Wafiy

by - September 13, 2017

Selamat Hari Lahir Wafiy|  Hari ni genap wafiy 3 tahun,sedangkan masih terasa baru melahirkan wafiy..alhamdulilah wafiy lahir sihat dan sempurna,itulah yang diidamkan setiap ibu bapa kan..bukan mudah sebenarnya mengandung dan melahirkan ni.banyak onak dan duri sepanjang proses itu.

Sebenarnya kehadiran wafiy tidak disengajakan,hihi..macam mana boleh terlepas tak tau lah..masa tu kak lina belum bersedia  dari segi apa pun .ingatkan cukuplah hanya 2 anaknya..namun kehendak tuhan siapalah kita hendak menghalang..

Sepanjang mengandungkan wafiy tak ada sedikit pun dia menyusahkan kak lina,morning sickness jauh sekali..macam biasa je,macam tak mengandung..kalau muntah2 time gosok gigi tu normal la sebab tak mengandung pun kak lina muntah jugak hihi..ngidam???tak delah sangat...suka makan benda biasa2 je..mungkin sebab anak lelaki kot...tak banyak songeh babynya...sama jugak 2 kelahiran yang lepas...tak de apa yang lain...kadang-kadang teringin jugak nak rasa macam orang lain...sampai lembik muntah kan...siap masuk air lagi..haha ngada2 betul kan.

Perjalanan mengandungkan wafiy berlangsung dengan jayanya...perut kak lina kan kecik je..masih boleh pakai baju biasa je...baju mengandung pun boleh dikira sangat,memang kecik sangat la perutnya..dah 7 bulan ke atas batulah nampak terbonjol sikit hihi..

Cukup 9 bulan terus je ke hospital Britannia Kajang,sebab kak lina ceaser kerana ada masalah darah tinggi dan kelahiran yang lepas yang tak berapa cantik kisahnya...hihi...sampai hospital pukul 7 pagi terus nurse prepare apa yang patut...kali ni kak lina dah bersedia...tapi tipulah kalau tak takut kan..alhamdulilah kol 8.15 pagi dah selamat semuanya...

Nilah muka budak kecik yang baru lahir tu...memang kecik budaknya...hanya 2.69 kilo sahaja.tapi tak padan kecik tau...suaranya nyaring sangat..satu hospital boleh dengar..

Selamat Hari Lahir Wafiy
Fresh From Oven
salah tag..13.9.2014 haha

Sekarang wafiy dah 3 tahun...semoga wafiy membesar menjadi anak yang soleh dan bijak..mama ayah dan abang2 sayang wafiy sangat-sangat..nanti wafiy dah besar bolehlah baca coretan mama ni ye..


Selamat Hari Lahir Wafiy
Keluarga Kecil Saya

Inilah keluarga kecil kak lina,hanya kak lina seorang bunga disitu hehehe...yeay..bodyguard mama ramai...dah 3 tahun berlalu...macam teringin je nak ada baby lagiii.huwaaaa..takpelah kak lina tunggu anak menantu dan anak sedara jelah....


Selamat Hari Lahir Wafiy
Selamat Hari Lahir Wafiy

"Selamat hari lahir wafiy sayang,semoga membesar dengan sihat..mama tidak mampu memberikan hadiah yang mahal-mahal,tapi mama akan menyayangi wafiy dengan setiap nafas mama...kasih dan sayang mama akan kekal bersama wafiy sehingga akhir hayat mama..mama hanya mahu yang terbaik untuk wafiy..SELAMAT HARI LAHIR YG KE-3"

You May Also Like

5 Comments

  1. Sanah helwah wafiy. Semoga menjadi anak soleh yg berjaya di dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  2. happy bdayy wafie emokk... yg pnting bkn ank sdara dr iols muahahaaa... i x laratt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq mokde...kita tggu anak sedara dr mokteh la kannnn...xsabarnyaaa...

      Delete
  3. samala kita kak lin oi... awa sorang bunga dan kebetulan salah sorang anak awa nama WAFIY gak... cuma skrg Wafiy ada umur 8tahun dah.. :D

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

PEMILIK BLOG
-LIN LIENA-