Resepi Ayam Goreng Berempah
Resepi Ayam Goreng Berempah| Holla uolsss....masak apa eh hari ni,kak lina dah habis idea lah...2 3 hari berfikir nak masak apa ye esok??setiap kali fikir mesti tak de jawapan...haha sabo jelah...kadang-kadang kan,fikir nya lain tapi masak nya lain..
Macam ni lah kehidupan seharian seorang surirumah,setiap hari kena menghidangkan juadah untuk anak dan suami makan..tu pun kadang-kadang skip tak masak..beli je kat luar..tapi kak lina ni anak-anak tengah naik,tak cukup kadang-kadang nak beli..yelah kalau beli ayam sorang seketul..pastu tak cukup mintak menambah lagi...mana nak cekau ayam tu??terpaksalah mak ayah kena mengalah kan.
Tu yang malas nak beli..mahal pulak tu sekarang ni..kalau fikir-fikir balik,memang semua barang naik harga,tak boleh jugak nak salahkan peniaga jual mahal kan.yang menjadi mangsa kita ni lah sebagai pembeli.
Selalu kak lina akan belanja 3 hari sekali,complete la beli ayam,udang,sotong dan sayur-sayur..lepas 3 hari kena ulang lah lagi..peti ais kak lina kecik jadi tak bolehlah nak beli banyak2.lagipun kalau simpan terlalu lama,tak fresh pula kan.
![]() |
Ayam Diperap Semalaman Abaikan yang comot tu ye..hihi |
Korang rasa kak lina ni kuaat membebel tak?haha kelakar pulak,nak share resepi je sebenarnya,tapi mukaddimah dia amboi berjela gamaknya...bukaan apa kak lina jadi macam ni sebab dah terbiasa membebel dengan 3 orang anak lelaki yang massing-masing boleh tahan perangainya...makin meningkat umur m Resepi Ayam Goreng Berempah akin menjadi pulak kak lina ni kan..biasalah sindrom mak-mak ni dah sebati dalam diri.
Oklah kak lina goreng ayam berempah je hari ni..pastu kak lina masak asam pedas terung dan bendi...asam pedas tu kuah je..memang xde isi dalam tu..hanya sayur-sayuran sahaja...jom tengok resepi ayam goreng berempah versi kak lina.
![]() |
Resepi Ayam Goreng Berempah |
Resepi Ayam Goreng Berempah
========================
Bahan – bahan:
1 ekor Ayam ( potong ikut suka nk besar kecik pun boleh )4 ulas bawang putih ,ditumbuk
10 bawang merah, ditumbuk
2 inci halia, parut
2 sudu teh serbuk jintan putih
2 sudu teh biji ketumbar, ditumbuk
2 sudu besar serbuk kunyit
1 susu besar rempah kari
1 sudu teh serbuk cili - ( nk pedas lg letak lebih )
garam
Daun Kari
2 batang Serai ( blend )
Minyak
**bawang dihiris dan digoreng(sekadar hiasan)
2. Perapkn ayam nk lagi sedap perap lama sikit lg sedap .Pastu goreng
Kak lina perap ayam semalaman...memang sedap uolss....terasa rempah ratusnyaa tu..hihi...anak-anak kak lina meratah gitu je ayamnya...nasib baik kak lina memang stanby lebih ayamnya...dah tau dah mesti tak cukup nanti...so uolsss...selamat mencuba..
7 Comments
Lamanya kak Sa x makan ayam goreng berempah..bila nak buat ni....
ReplyDeleteSedapnya ayam goreng berempah ni..dah lama juga tak membuatnya
ReplyDeleteAyam kalau diperap mmg sedap. Apatah lagi kalau diperap semalaman. Makan pulak panas panas. Mmg pergh!
ReplyDeleteSedapnya .. kalau buat kena dengan caranya memang xkn keras ayam ni
ReplyDeletelama masak ayam goreng berempah
ReplyDeleteYa ampun.. sedapnyaa.. baru je makan tadi.. lepas baca ni rasa nak masak lagi pulak >.<
ReplyDeleteterima kasih sudi berkongsi resepi
ReplyDeletewww.kickstory.net
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..
PEMILIK BLOG
-LIN LIENA-