Paya Biru Di Felda Lok Heng Selatan| Dua hari yang lepas kak lina sempat lah pergi paya air biru di felda lok heng selatan...paya ni pernah viral di facebook gara2 airnya yang biru.tak sangka kan tempat yang dulunya tak de orang pergi dan sunyi..dipenuhi oleh orang ramai yang datang dari pelbagai tempat kerana ingin menyaksikan sendiri betul ke airnya biru..hihi.
![]() |
Paya Biru Di Felda Lok Heng Selatan |
walaupun ini kampung kak lina,tapi tak pernah sekali pun kak lina pergi dulu...yelah dalam hutan kan..sape nak pergi,haha..hanya dengar je cakap2 orang yang kata paya biru ni best...sampailah dah viral baru terhegeh-hegeh nak pergi ...teruk kan...sekarang ni kan...tak kira pagi dan petang ada saja kereta yang masuk nak pergi ke paya biru ni..
![]() |
Paya Biru Di Felda Lok Heng Selatan |
Perjalanan nak ke paya biru ni boleh tahan jugak mencabar nya...jauh jugak lah..kalau pergi sorang2 mesti takut tau sebab masuk dalam hutan dan kebun..tapi sekarang orang sentiasa masuk..kereta atau motor sentiasa ada lalu lalang kat situ jadi kuranglah rasa takut...kalau boleh pergilah waktu yang ramai orang ye...kalau dah petang macam pukul 5 keatas tu tak yah lah kot sebab dalam kebun kan gelap...tak de lampu tau kat situ...
![]() |
Paya Biru Di Felda Lok Heng Selatan |
Masa kak lina pergi hari tu tak dapat mandi sebab terlalu ramai orang,padahal pagi2 kak lina dah pergi tau..kalau time cuti memang penuh la kat payu biru ni...lagipun paya biru ni tak besar mana,dia tak boleh menampung jika terlalu ramai orang..tempat nya tak berapa selesa lah nak mandi lagi2 untuk orang perempuan..dahla tempat persalinan baju terhad...berbau hancing pulak tu...camne lah nak tukar baju kan kalau tempat tak selesa...tempat nak bilas selepas mandi pun xde tau..patutnya semua kemudahan disediakan..banyak yang perlu diubah suai dan diberi penambah baikkan..barulah selesa dan seronok nak berkelah disitu.
Memang tak bimbang lapar lah kat situ sebab ada beberapa gerai yang menjual makanan dan minuman disitu..
![]() |
Paya Biru Di Felda Lok Heng Selatan |
Korang tengoklah sendiri...penuh kan???haha macam mana nak mandi tu??xpelah lain kali kak lina pergi time xde orang haha...at least kita dah pergi dan tengok sendiri Paya Biru yang viral tu...nanti takdelah segan sangat bila orang tanya...eh kampung sendiri pun tak pernah pergi ke paya biru tu???hahaha...kalau korang nak pergi sana kenalah bawak orang yang tau jalan ye...jangan pandai2 nak g sendiri, sesat nanti kak lina tak tau eh....hihi...
Bye korang jumpa lagi ye nanti...
5 Comments
Pernah dgr pasal paya biru ni juga.
ReplyDeleteRamainya org lina. Memang tak syok nk mandi kan. Kena g sekali lagi lah nampaknya ye.
Wah cantiknya...pernah tgk pool biru ala2 mcm ni masa kt krabi dulu...mmg kaler emerald n blue....serius cantik..tpi hazab sgt sementara nk sampai tu kena tracking jalan kaki ke dalam
ReplyDeleteMemang bury laa.. nampak bersih. Patutlah ramai yg dtg
ReplyDeleteBaru first time dengar nama tempat ini.. hehe.. cantik jugak.. btw deeba follow sini..
ReplyDeletebaru tahu pasal ni... cantiknya !
ReplyDeleteIni adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..
PEMILIK BLOG
-LIN LIENA-