Losyen Badan Aura 7 Bunga De Herbs

by - September 07, 2017


Losyen Badan Aura 7 Bunga|  Sebenarnya dah lama teringin nak pakai losyen dari de herbs ni...iklan pun kemain lagi kan....haha kadang-kadang terfikir jugak tau kuat sungguh kuasa iklan kan...dari tak nak beli tapi terpengaruh jugak akhirnya.

Patutlah kebanyakkan pengusaha produk banyak habiskan duit hanya untuk iklan sahaja,paling banyak iklan keluar masa tu iklan Dato Vida,Dato Alif Syukri...dan banyak lagi lah...tak terkira rasanya.

Memang kaw-kaw kan diaorang punya iklan...kadang-kadang malu pun ada tengok...tapi duit punya pasal malu tolak ketepi.kak lina ni pulak senang jugak la terpengaruh...huhu entahlah....yelah dah hari-hari tengok iklan...memang serba sikit dalam hati teringin nak cuba.padahal suami kak lina selalu pesan...jangan selalu sangat terpengaruh dengan iklan yang macam-macam ni...tapi hati ni degil sungguh.haha...kalau beli pun kan kak lina selalu sorok2...wakaka...

Kak lina selalu beli time keluar dengan adik kak lina,hah masa tu beli lah apa yang kak lina teringin nak beli tu....tapi kadang-kadang tulah macam yang kak lina cakap,iklan je lebih...kalau dapat yang betul-betul bagus syukurlah...dapat yang propa je lebih habislah duit melayang....

Sekarang ni pulak lambakan produk kosmetik kan...dari segi foundation..berus..celak...maskara...banyak lagi lah ...mana tak terpengaruh dik oii...nak jugak cantik2..tak pandai make up pun eh....makeup jugak tu...calit sana,calit sini eh cantik jugak kan...hihi..camne nak simpan duit kan..asyik kelaut je duitnya...kena kawal la nafsu membeli ni..kadang-kadang lepas membeli tu alah menyesal pulak....


Losyen Badan Aura 7 Bunga De Herbs
Losyen Badan Aura 7 Bunga De Herbs

Kak lina beli Losyen Badan Aura 7 Bunga ni sebab tertarik dengan bentuk dia yaang unik tu...mana ada losyen bentuk macam ni kan...harga pulak dalam RM20++ gitu...oklah takdelah mahal sangat,tu yang kak lina beli tu..losyen ni dah lama keluar kan...tapi kak lina baru je beli hihi...

Kak lina review sikit la eh Losyen ni..
  • Wangi sangat uols...yelah dari aura 7 bunga kan..
  • Tak Melekit
  • Ada spf30
  • Mencerahkan kulit
  • Wangi tahan lama
Katanya boleh menganjalkan dan menghaluskan kulit...nanti dah lebih 2 minggu kak lina pakai..kak lina update kat sini ye...nak cakap lebih-lebih tak boleh juga kan...tunggu lah betul-betul ada kesan baru boleh cercite...hihi

Sebelum ni kak lina pakai losyen enchanteur yang warna kuning tu..ermm...memang wangi jugak...korang pakai losyen apa eh..kongsilah sikit...sebab kak lina memang suka pakai losyen untuk melindungi tangan dari kekeringan...tangan kalau kering mana cantik kan...nampak tua dan kedut..hihi...

oklah sampai sini dulu ye...nanti korang share lah losyen apa yang best dipakai di ruangan komen dibawah...byeee.....


You May Also Like

5 Comments

  1. Menarik un8k jugak botol losyen ni kan . CCL pakai losyen vaseline sekarang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah sebab bentuk dia unik kak lina beli hihi

      Delete
  2. Wah bentuk tgn dan jari ye botol losyen ni lina. Pandai alif syukri tu buat marketing kan. Suka sgt tgk iklan dia walaupun kdg2 rasa over tp tu lah marketing strategy kan. Hehe

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

PEMILIK BLOG
-LIN LIENA-