Dosa Perempuan TV3

by - September 23, 2017

Jangan lupa saksikan telefilem Dosa Perempuan arahan Murali Abdullah yang dibintangi oleh Redza Rosli, Nad Zainal dan Mira Filzah. Disiarkan di TV3 pada Sabtu ini pukul 9 malam. 

JUDUL : DOSA PEREMPUAN 
TARIKH / MASA : Sabtu, 23 September 2017, 9.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Murali Abdullah
TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Redza Rosli, Nad Zainal, Mira Filzah, Aaidit Noh, PU Rizz, Duerra Mitilda, Hairi Safwan, Fizi Amer

SINOPSIS DOSA PEREMPUAN 
Nik baru sahaja menyelesaikan sebuah kes pembunuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki bernama Daud. Daud dituduh bersalah membunuh dengan niat. Sekiranya Daud didapati bersalah, dia akan menerima hukuman gantung sampai mati. Kes pembunuhan Daud terhadap rakannya sendiri, Azali menerima kutukan daripada masyarakat. Suatu hari Nik terpaksa meninggalkan rumah untuk beberapa minggu atas urusan pekerjaan. Suraya dan anak mereka, Aimi menjalani kehidupan seperti biasa sehinggalah Suraya berkenalan dengan Tasha di sebuah pasaraya. Nik mula rasa tidak sedap hati memikirkan keselamatan keluarganya. Aimi memberitahu yang dia tidak sukakan Tasha kerana Tasha agak pelik. Pada masa yang sama, Daud masih lagi mendiamkan diri dan tidak mahu membantu siasatan polis. Baginya, sekiranya pihak polis mahu jawapan sebenar, Daud boleh meminta pihak polis untuk membawa kekasihnya sebagai saksi. Pihak polis mula membuat pencarian tentang kekasih Daud. Siapakah pembunuh Azali yang sebenar?

First time mira filzah bawa watak jahat kan..best juga tau cerita ni..
Jom saksikan sama2...

Sumber my infotaip

Dosa Perempuan TV3
Dosa Perempuan TV3

You May Also Like

1 Comments

  1. best sgt..tgk mlm tdi..mmg psiko watak tasya tu. pandai die bawak watak antagonis.. ;)

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

PEMILIK BLOG
-LIN LIENA-