Budak Dulu VS Budak Sekarang

by - September 18, 2017

Budak Dulu VS Budak Sekarang...Bila sebut je benda ni,macam-macam yang kita akan fikir kan,memang terasa sangat perbezaan budak2 dulu dengan sekarang..masyaallah rasa takut sangat dengan kelakuan anak-anak yang kita tak sedar,lagi lah kak lina ada 3 orang anak lelaki,yang sulung tengah meningkat remaja,yang no 2 akan menuju ke alam remaja tak lama lagi...tinggal lah yang bungsu berumur 3 tahun..

Memang terasa tertekan dengan situasi sekarang ni...kak lina sebanyak sedikit rasa bimbang anak kak lina akan terjebak dengan dengan gejala sosial sekarang ni...hanya tuhan yang tahu perasaan tu,memang tak senang duduk sekarang ni,lagi-lagi bila terlalu banyak kes salah laku remaja sekarang ni.memang terpaksa lah kak lina kawal secara ketat kelakuan anak sulung kak lina.pergi mana,balik pukul berapa,tak boleh itu,tak boleh ini...banyak lagi kak lina akan soal siasat setiap hari,malah duit belanja nak pergi sekolah pun kak lina akan pastikan tidak melebihi had yang di tetapkan.

Kadang-kadang lagi kita kawal,lagilah mereka buat perangai,memberontak kan...hmmmm...kalau kes macam ni,kena slowtalk lah...kena bincang elok-elok rasanya,kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita,kalau dah tersalah langkah buruk padah nya nanti.harap anak-anak paham lah kenapa ibu bapa memantau pergerakan kamu,ini kerana ibu dan bapa sayangkan anak-anak mereka...tidak mahu perkara yang buruk berlaku pada kamu.

Jom kita tengok Budak Dulu VS Budak Sekarang

  1. Kalau dulu budak2 bergaduh bile ade yg nangis semua takut dan lari dan stop gaduh siap nyesal lg...
-Sekarang gaduh, buli, dendam sampai mati dan membunuh..!!!

2.Kalau dlu budak2 nk hisap rokok menyorok dlm semak belukar takutnya org dewasa marah dan tegur...
-Sekarang hisap rokok kat food court atau stesen bas atau depan sekolah siap baju sekolah lagi..!!!

3.Zaman dulu budak2 tak berani keluar malam lebih dari waktu Isyak..
-Sekarang tak balik rumah pun ibubapa relax jer...!!!

4.Zaman dulu habis kuat nakal anak pompuan tak pakai tudung jer keluar rumah...anak lelaki mungkin seluar pendek ke hulu ke hilir...
-zaman sekarang anak pompuan pakaian macam telanjang dengan ketat dan nipis dedah dana sini..anak laki pulak tak reti pun tukar pakai seluar panjang bila tamu datang...mak bapak relax jer senyum..!!

Inilah hasil didikan kita..tepuklah tangan untuk diri sendiri kerana menghasilkan generasi sampah...

Sebab apa????

Sebab kemalasan kita ibubapa menuntut ilmu agama mnyebabkan kita tak mampu mendidik zuriat sendiri....!!!

Sikap kita ibubapa terlalu sambil lewa dalam bab pendidikan agama anak2..bagai melepas batuk di tangga..!!!

Sedarlah wahai sekalian ibubapa/penjaga...

Kata Saiyidina Umar Al-Khattab:
Jika kalian tidak memberi didikan agama secukupnya kepada anak2 kalian..maka tunggulah saatnya mereka menjadi anak derhaka!!!!

Dan hari ni kita melihat 1 demi 1 natijah yang berlaku kepada anak cucu zuriat keturunan kita yang melakukan berbagai perkara yang tidak boleh diterima akal sihat sehingga sanggup menjadi PEMBUNUH/PEMBULI/PERAGUT/PENYAMUN/PEROGOL DAN LAIN2 JENAYAH melampau pada usia yang masih sangat muda...!

-Sumber Facebook Majlis Ilmu Johor 

Sedarlah wahai sekalian ibubapa...kembalilah kepada agama..kembalilah kepada fitrah manusia yakni HIDUP BERAGAMA.

Kak lina pun tersedar bila membaca ni,rupanya banyak kesalahan yang kak lina lakukan dalam mendidik anak2...kesalnya rasa...kak lina berjanji untuk ubah diri demi anak-anak kak lina...Insyaallah semoga kak lina kuat dan tabah dalam mendidik anak-anak.

Budak Dulu VS Budak Sekarang
Budak Dulu VS Budak Sekarang

You May Also Like

4 Comments

  1. Bahaya budak sekarang, semakin berani....

    ReplyDelete
  2. Mama pun risau dgn masa depan budak2 nanti huhuu

    ReplyDelete
  3. Walaupun bukan salah ibu bapa 100%.. tapi ibu bapa wajib pantau anak-anak selalu..

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

PEMILIK BLOG
-LIN LIENA-