AWAS Jika Anda Ada Gigi Berlubang

by - September 15, 2017

AWAS Jika Anda Ada Gigi Berlubang | Seksanya ada gigi berlubang kan...sakit dia tu sampai ke atas..kak lina ada satu ni gigi berlubang,ingat nak g dentist juga minggu ni,kadang-kadang time nak g tu ada je hal kan..last-last tertangguh la semuanya,tapi aktiviti makan memang terganggu la..tak boleh nak mengunyah kat tempat yang berlubang tu..aduhh...seksa nya lahai...hilang nikmat makan tu....

Semua akan mesti pernah rasa sakit gigi kan...yaampun sakitnya tuhan saja yang tahu..ingat lagi dulu nak tumbuh gigi bungsu..yang kecik belakang sekali tu...menangis-menangis sampai bengkak mata pun tak hilang...satu hari tak boleh buat apa..sampai demam...kena g klinik makan ubat tahan sakit baru baik..fuhhh....

Kos rawatan gigi pun dah mahal sekarang ni kan,cabut gigi sahaja dah 100++ tak silap,tapi nak buat camne kan...nak tak nak kena jugak g dentist,nak g hospital kerajaan kena sanggup menunggu lah..kalau datang pagi,petang nanti baru dapat rawatan..

Jomlah kita menjaga gigi kita agar dapatlah kurangkan kerosakan pada gigi kita..mencegah lebih elok dari merawat kan..

Image result for gigi berlubang

CARA MENJAGA GIGI
===================

  • Memflos gigi sebelum memberus gigi
  • Berus gigi 2 kali sehari
  • Gunakan berus gigi yang sesuai
  • Dapatkan pemeriksaan gigi 2 tahun sekali
  • Kunjungi DR gigi sebelum mengandung
  • Berhenti Merokok
  • Kurangkan minuman bergas,alkohol dan kopi
  • Tingkatkan pengambilan kalsium


Kalau korang ada gigi berlubang jangan dibiarkan tau,boleh mengancam nyawa kita..kak lina share info berkenaan dengan uols semua..baca tau..


Siapa pernah ada gigi berlubang? Angkat tangan sikit. 🖐🏻
Masalah gigi berlubang adalah masalah yang biasa didapati di dalam dunia ni. Hampir setiap orang yang kita jumpa pernah ada masalah gigi berlubang. Jika dikesan awal, boleh lagi diselamatkan dengan ditampal. Tapi jika dibiarkan tidak dirawat. Komplikasi paling teruk ialah kehilangan nyawa. Bahaya kan?
Sebab hari ni Dr Q rujuk kes muka bengkak sampai ke mata ke pakar bedah mulut disebabkan jangkitan dari gigi yang rosak, jadi rasa nak kongsi tentang bahana gigi berlubang.
Siapa yang ada inisiatif awal untuk tampal gigi jika ada masalah gigi berlubang?
Jika anda orangnya, SYABAS Dr Q ucapkan!
Ok, ini adalah fasa-fasa komplikasi akibat gigi berlubang.
FASA PERTAMA
Ini jika gigi berlubang kecil tidak sampai ke bahagian saluran akar. Anda akan rasa sensitif lebih lebih lagi bila minum air sejuk. Jika begini boleh sahaja tampal biasa. (Gambar pertama)
FASA KEDUA
ini jika lubang telah sampai ke saluran akar gigi. Anda akan rasa sakit yang amat sangat sehingga mengganggu tidur. Jika begini, mungkin anda perlu rawatan saluran akar jika gigi masih boleh ditampal.
FASA KETIGA
Ini jika jangkitan telah berada dihujung akar dan nanah telah terbentuk sehingga bengkak gusi dan bila dipicit, nanah akan keluar. Anda mungkin akan berasa sakit ataupun tidak. Rawatan dia sama juga seperti fasa kedua. (Gambar kedua)
FASA KEEMPAT
Ini sudah dikira fasa serius iaitu, bahagian muka atau bawah dagu membengkak. Bengkak bila dipegang terasa keras dan sakit. Sebenarnya di dalam bengkak itu terkandung nanah. Perlu manjalani incision and drainage (boleh lihat video dibawah) iaitu perlu dibelah untuk keluarkan nanah. (Gambar ketiga)
FASA KELIMA
Ini ialah fasa yang paling serius iaitu jika bengkak telah menghalang saluran pernafasan. Anda akan sukar untuk bernafas. Kes ini dinamakan ludwig angina. Perlu rawatan kecemasan segera di hospital. Jika dibiarkan tanpa rawatan, mungkin nyawa akam melayang. (Gambar ke empat)
Jadi, siapa yang ada masalah gigi berlubang yang kecil tu, boleh cepat-cepat tampal. 

JOM CEK GIGI.Dr Q
~doktor gigi anda~
Sumber gambar dari google

Image result for gigi berlubang

You May Also Like

10 Comments

  1. Seram nya kalau sakit gigi.tak leh buat apa keje lgsg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah ana...lina paling takut sakit gigi hihi

      Delete
  2. Scarrynya. Selama ni buat tak tahu je ada gigi berlubang. Rupanya boleh jadi kronik sampai ganggu pernafasan. Ya Allah memang patut periksa gigi dan jaga gigindengan baik sekali. Huda guna berus gigi lembut atau soft untuk elak gusi berdarah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah huda...lina pun takut sebab biarkan je gigi berlubang ni..kena cepat dapatkan rawatan la ni kan..

      Delete
  3. adoi ...memang gigi saya berlubang ni...
    takut lah pulak dengar...cmtu kena cabut tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun takut la ni...dah lama biarkan gigi berlubang huhu

      Delete
  4. gigi geraham saya hampir jadi macam fasa 3 tu, so doktor suruh cabut aje :(

    ReplyDelete
  5. menyeramkan bila fikir kalau kena sakit gigi..so far Umi tak pernah lagi tp ada adik beradik yg pernah kena..mmg kacau bilau diri diaorg..menakutkan ngeee

    ReplyDelete
  6. Pernah ada gigi berlubang dah tampal kali.. Patah.. Last nak tampal dah tak boleh dr suggest suruh buang jer, setuju buang sekarang xde sakit samgt.. Tapi loni duk sakit kat gigi geraham bongsu

    ReplyDelete
  7. Gigi saya lah ni... nak buat camne, dulu tak jaga gigi, makan gula-gula je, sekarang dah tua, merasalah sakitnya... huhu... Thanks follow saya ya...

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

PEMILIK BLOG
-LIN LIENA-