AWAK SUKA SAYA TAK?-Astro Ria

by - September 23, 2017

AWAK SUKA SAYA TAK-Astro Ria
AWAK SUKA SAYA TAK-Astro Ria

Korang jom tengok cite ni ramai-ramai...novel ni best giler tau..sape yang tak kenal dengan penulis melor jelita kan...novel dia semuanya meletop,tebal2 pulak tu buku nya...antara novel beliau yang mendapat sambutan adalah AWAK SUKA SAYA TAK? I LOVE U STUPID, dan MY  PRECIOUS IRIS.

Sebenarnya masih tak puas lagi tengok cerita Duda Pujaan Dara tu,menjadi sangat watak zahirah mcwilson dengan kamal adli tu ...sweet sangat,tak sah kalau tak senyum kalau tengok cerita tu kan.harap-harap emma maembong serasi lah dengan alvin chong ni...

Cerita ini mengganti kan drama Duda Pujaan Dara bermula Isnin pukul 10.00-11.00 malam.Lakonan utama Emma Maembong dan Elvin Chong. Drama terbitan Global Station Sdn Bhd dan diarahkan Raja Ahmad Alauddin.


Para Pelakon

Alvin Chong, Emma Maembong, Sabhi Saddi, Rebecca Nur, Mustapha Kamal, Fieza Jolie, Aman Aziz



Sinopsis Awak Suka Saya Tak


Kisah kasih sayang antara Hilman Yong, seorang kacukan Korea-Amerika-Cina dan Intan Zulaikha, seorang gadis Melayu. Hilman telah jatuh cinta dengan Intan sejak pertama kali ketemu lapan tahun yang lalu di sebuah restoran. Hilman, seorang yang baru mengenali Islam berdoa agar dipertemukan dengan Intan lagi. Mereka bertemu kembali dan mula rapat. Hilman cuba melamar Intan tetapi ditolak kerana Intan belum bersedia. 

Tiga tahun kemudian, Intan ketemu dengan Hilman ketika mengendalikan kursus di Kuala Terengganu. Mereka kembali rapat dan merancang untuk berkahwin. Namun tragedi berlaku, Hilman kemalangan lalu hilang ingatan. Munculnya Damien yang tidak ingat akan agama. Intan berusaha untuk mengembalikan ingatan Damien kepada agamanya dan mengembalikan cintanya yang hilang.

Saksikan drama Awak Suka Saya Tak? setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di saluran Astro Ria.

*sumber kepala bergetar

You May Also Like

1 Comments

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

PEMILIK BLOG
-LIN LIENA-