Apakah Itu Impetigo?

by - September 26, 2017

Apakah Itu Impetigo|   Pernah dengar tak Impetigo....penyakit ni biasanya terkena pada bayi dan kanak-kanak,orang dewasa amat jarang sekali terkena.Biasanya ia terkena pada bahagian Muka,leher dan tangan.

Boleh pulak anak kak lina terkena bakteria ni,hmmm ada je kan,Camne boleh kena??ingatkan kena gigit binatang,tapi setelah diperiksa,rupa-rupanya sejenis bakteria yang di panggil IMPETIGO...so,ibu-ibu kena extra perhatian pada kelainan anak-anak ye...

Impetigo terjadi disebabkan oleh dua bakteria iaitu
  • Pyogenese Streptococcus
  • Staphylococcus Aureus
Dua jenis bakteria ini adalah berbeza dari segi cara merawatnya. Untuk pengetahuan, Impetigo ada 3 jenis iaitu:
  • Impetigo Contagiosa
    Impetigo jenis ini adalah dimana wujudnya  keropeng atau luka berwarna merah pada wajah dan ia biasanya nampak di bahagian nulut dan hidung. Ia nya biasa di alami oleh kanak-kanak yang berusia 2-5 tahun kerana sistem imun anak yang belum kuat.
    .
  • Bullous Impetigo
    Jenis impetigo ini muncul di bahagian tengah badan antara pinggang dan leher atau boleh juga terjadi pada lengan. Jenis ini banyak menyerang kanak-kanak bawah usia 2 tahun.
    .
  • Ecthyma
    Jenis impetigo yang dapat menyerang kulit dermis. Luka yang dialami akan terasa sakit, memiliki cairan atau bernanah.
  • ­Muncul dan meninggalkan kerak kuning
  • Melepuh dan berisi cecair
  • Ruam dan gatal
  • Luka-luka pada kulit
  • Nodus limfa bengkak


Apakah Itu Impetigo?
Inilah rupa bakteria impetigo tu

PUNCA SAKIT IMPETIGO

Impetigo terjadi apabila terdapat dua jenis bakteria tadi menjangkiti kulit. Ia boleh berlaku dalam beberapa cara:
  • Bersentuhan dengan individu yang dijangkiti
  • Menyentuh barang kepunyaan individu yang mengalami jangkitan impetigo
  • Kecederaan kepada kulit
  • Gigitan serangga
  • Gigitan haiwan
Kemungkinan juga boleh mendapat jangkitan di sekolah,kadaang2 anak kita bermain dan bersentuhan dengan individu yang terkena jangkitan..jadi pastikan anak kita sentiasa mencuci tangan dengan bersih sebelum makan.

LANGKAH MENCEGAH IMPETIGO

Kebersihan merupakan aspek yang penting dalam mencegah penyakit Impetigo. Jika kanak-kanak sudah terkena jangkitan Impetigo, terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan bagi mencegah penyakit ini teru merebak, antaranya:
  • Menggunakan sabun antibakteris untuk mencuci tangan
  • Menggunakan tuala yang bersih atau kertas tisu untuk mengeringkan badan
  • Membasuh pakaian mereka yang dijangkiti impetigo dengan air panas bagi menghapuskan bakteria
  • Rumah sentiasa dibersihkan dan menggunakan pencuci antibakteris
  • Memastikan kuku pendek
  • Elakkan ke sekolah atau pusat asuhan jika mengalami impetigo
  • Tidak berkongsi barangan dengan orang lain
RAWATAN UNTUK PENYAKIT IMPETIGO

Rawatan untuk penyakit ini diberikan mengikut jenis impetigo yang dialami. Kebiasaanya doktor akan berikan ubat sapu atau antibiotik sahaja.

Kak lina hanya sapu krim sahaja pada tempat yang terkena jangkitan tu,sehari 2 kali,krim tu boleh didapati di klinik ye...pastikan anda mendapatkan rawatan dahulu..Jangan di biarkan ye,nanti ia boleh membesar dan merebak ke tempat lain...lagi susah nak merawatnya nanti.

Alhamdulilah anak kak lina dah sembuh setelah konsisten sapu cream selama seminggu...dah mula menipis dan bewarna hitam menandakan kuman-kuman tersebut telah mati...berbanding sebelum ni,bewarna merah dah berbiji2...

**Sumber Akakvitamin

You May Also Like

18 Comments

  1. thanks sharing.
    lepas ni lebih berhati2 untuk anak2 sentuh itu ini...

    ReplyDelete
  2. Syafi pernah kena rasanya. Kena Sentias pakai krim doktor bekalkan.kalau x naik gatal2 kat tempat tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ana....klu xsapu krim dia gatal dan pedih

      Delete
  3. Nice sharing.. Alhamdulillah anak kak lina suda sembuh..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah makin sembuh. Jangkitan ni kalau budak2 memang mudah kena sebab sistem imun masih rendah kan.

    ReplyDelete
  5. macam2 bakteria skarng ni.tq info .akan lebih berhati2

    ReplyDelete
  6. 1st time dengar Penyakit Impetigo ni... gud info..! Tapi rasanya dewasa pun boleh kena jugak sgt ni kalo sistem imun badan tak kuat kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyer mummy julia...tak mustahil dewasa pun boleh kena

      Delete
  7. Sape kk ina rayyan ke?.. Br smlm. Ade org tunjuk pic dlm grup muadzam anak dia kna tp mcm da teruk la.. Kat muka plk tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye...sape lg yg penyakitan kt umh ni,hihi...haah win kalau dah teruk memang merebak...susah nak baik...makan masa lah...krim wajib sentiasa sapu...rayyan seminggu lebih baru baik...haisshhhh....merisaukan jek..

      Delete
  8. Anak sedara mama baru kena 2 minggu lepas. Dgr Nama macam serius kan

    ReplyDelete
  9. Thanks sis. First time saya tahu pasal penyakit impentigo ni.

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

PEMILIK BLOG
-LIN LIENA-