Apa Itu Vertigo

by - August 26, 2017


Vertigo dan cara merawatnya | Vertigo???apa tu,ada ke yang pernah kena sakit ni..itulah yang kak lina sedang hadapi sekarang..sebab tu jugak kak lina tak boleh nak update blog...kesian blog dah seminggu kak lina abaikan..bukan apa...nak tengok screen langsung tak boleh..


Vertigo Dan Cara Merawatnya
Vertigo Dan Cara Merawatnya


Apa perasaan korang bila tengok gambar ni?...pusing kan...hah camtu lah kak lina rasa..pastu paling seksa kita tak boleh nak bukak mata langsung,dia punya mual semacam je rasa...bila menaip ni pun kak lina rasa mual2...sakit apa la ni kan...harap2 janganlah yang serius...rasa masih banyak yang belum dicapai,anak-anak pun belum pandai berdikari lagi...hmmm...sedihnya kalau ingat2 benda ni...biarlah tuhan yang tentukan hidup mati kita kan...kita redha sahaja lah apa yang ditetapkan dengan nasib kita ni..

Sebenarnya sejak tahun lepas kak lina dah kena vertigo ni..tapi tak selalu..bila kita duduk atau berdiri tak de apa tau...tapi bila kita baring hah disitu masalah bermula,semasa kita baring bila kita nak tukar posisi atau bangun kepala kita akan serta merta pusing...yaallah rumah rasa nak terbalik...argh....sakitnya kepala...dengan rasa nak muntah sekali tu ada...hah seksa kot nak hadap...jadi takut nak baring...kalau nak tido kak lina lebih selesa duduk atau tinggi kan bantal...

Kak lina selalu google penyakit vertigo di google...dan kak lina dapat info sedikit sebanyak daan kongsikan disini..

Simptom/Keadaan pesakit vertigo:

Di antara simptom atau keadaan yang dialami oleh pengidap Vertigo ialah :-
  • merasakan sekeliling mereka seperti berputar atau bergerak
  • ada kalanya mereka berasa seperti tenggelam atau terjatuh
  • gangguan ini sering disertakan dengan rasa pening kepala dan muntah-muntah

Punca Vertigo :
Terdapat beberapa faktor yang berkemungkinan besar menjadi penyebab kepada Vertigo, di antaranya ialah:-

vertigo ketidakseimbangan dalam telinga
Vertigo Dan Cara Merawatnya

  • gangguan keseimbangan pada bahagian dalam telinga.
  • gangguan keseimbangan pada bahagian otak atau saraf.

Penyebab Kepada Masalah Vertigo

  • Vertigo dikatakan berpunca daripada arthritis tengkuk @ cervical spondylosis, gangguan yang sering berlaku pada warga tua.
  • Jangkitan kuman yang berlaku pada bahagian dalam telinga yang berfungsi terhadap keseimbangan @ labyrinthitis. Jangkitan ini biasanya berpunca daripada jangkitan viral yang terjadi dalam sistem pernafasan seperti selsema, influenza atau jangkitan bakteria yang berlaku pada bahagian tengah telinga atau otitis media.
  • Vertigo boleh juga terjadi akibat kesan sampingan penggunaan antibiotik tertentu.
  • Boleh juga disebabkan oleh migrain
  • Pengurangan aliran darah ke otak. Terdapat kemungkinan berlakunya pendarahan di bahagian otak belakang atau lebih dikenali sebagai cerebelar hemorrhage.
  • Penyebab yang paling jarang berlaku adalah terdapat tumor yang menganggu saraf penghubung di antara telinga ke otak atau acoustic neuroma/strok/kecederaan pada bahagian kepala/MS (multiple sclerosis)

Kesan Daripada Vertigo

Kebanyakkan mereka yang disahkan Vertigo akan:-
  • mengalami kesukaran untuk berjalan atau berdiri
  • mengalami gangguan pendengaran dari salah satu telinga ataupun kedua-duanya.

Cara Menangani Vertigo

  • Simptom Vertigo dapat dikurangkan dengan berbaring secara tetap. Elakkan bangun tergesa-gesa. Sekiranya mengalami muntah-muntah, minum sedikit air setiap 10 minit bagi mengelakkan dehidrasi.

Cara Merawat Vertigo

Doktor akan memberikan ubat-ubatan seperti:-
  • antiemetic drugs
  • anti-histamines
Namun pengidap Vertigo perlu beringat yang ubat-ubatan sintetik ini belum tentu dapat merawat Vertigo sepenuhnya. Sebaliknya mereka berkemungkinan besar mendapat kesan sampingan kesihatan sekiranya terlalu bergantung kepada ubat tersebut dalam jangka waktu yang panjang.
Alternatifnya adalah dengan mencuba makanan tambahan daripada sumber-sumber semulajadi dalam menangani masalah Vertigo ni.info dari (http://www.myliferia.com)

Hari tu masa kena vertigo ni kak lina ada buat senaman sikit semasa kena tu antaranya:
  • semasa kepala tengah pusing tu kak lina sedaya upaya fokus pada satu objek...tenung objek tu sepenuh hati,jangan alihkan bola mata...terpaksa tahan nafas sebentar sebab nak fokus.
  • buat senaman mata seperti sebelum bangun dari tidur,pandang keatas 10 saat,pandang kekiri 10 saat,pandang ke kanan 10 saat dan pandang kebawah 10 saat.
  • jangan terus bangun selepas baring...tolong buat senaman tadi sebentar
  • tarik nafas perlahan-lahan dan cool sahaja...jangan di ikutkan sangat rasa pusing tu...kita kena lawan sedaya upaya.
  • insyaallah kalau kita amalkan...berkurangan lah sakit tu nanti...jangan lupa ambil ubat ye...

Hmmm....macam serious je kan vertigo ni...rasa takut dan bimbang bersarang dihati...setakat ni kak lina ambil ubat hospital sahaja...alhamdulilah dah berkurangan semalam...moga2 dijauhkan dari sakit yang bukan2...semoga bertemu dilain entry..


You May Also Like

6 Comments

  1. Haah tu la... kena buka mata dulu bila jaga tidur tu.. dalam 3-5 minit baru duduk. Kemudian barulah berdiri. Kalau tak dunia nanti berpusing... vertigo rupanya ek.. sebab penah jugak jadi sekali sekala.. saya buat macam tu ja.. ����

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah betul tu...xboleh bangun dulu...seksa kan rasa masa kena tu...

      Delete
  2. Pernah rasa sekali je. Rasa dunia ni berpusing-pusing. Nak lelapkan mata pun susah. Alhamdulillah la tak pernah kena dah lepas tu. Incase kalau kena lagi, boleh ikut cara akk sharekan ini. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 kalau badan kita banyak angin pun boleh kena tau...

      Delete
  3. pernah kena sekali dulu time universiti. alhamdulillah skarang kalo pening pun yg biasa2 je.. mmg kalo vertigo ni apa pun x jadi. ubat dia bawak tidoo.. cuaca panas sangat pun xleh..

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

PEMILIK BLOG
-LIN LIENA-