Cara Bersihkan Siput Sedut

by - August 15, 2017


Terliur rasanya bila menyebut Masak Lemak Siput Sedut. Namun ada sedikit masalah untuk mencucinya. Jika tidak dicuci bersih mungkin masih ada bau lumpur pada siput tersebut. Justeru itu ada yang sanggup membeli saja hidangan siput sedut yang telah siap dimasak. Bagi anda yang mahu memasak hidangan siput sedut sendiri boleh juga mencuba petua ini.
BAHAN-BAHAN:
  • Siput sedut
  • Hampas kelapa



CARA MEMBUATNYA:
1.  Masukkan siput sedut yang telah dibilas dengan air ke dalam sebuah bekas.
2. Selepas itu masukkan hampas kelapa.
3. Gaul hampas kelapa pada siput sehingga rata dan meliputi kesemua siput tadi. Biar semalaman.(tapi kak lina rendam kejap je dalam 2-3 jam..tu pun dah bersih sangat).
4. Basuh siput tadi sehingga bersih dan barulah anda boleh memotong bahagian hujung cengkerang siput itu sebelum dimasak. Bukan saja bau lumpur akan hilang malah bertambah rasa lemaknya apabila dimasak.



Sebenarnya ,malas juga tau nak siang siput sedut ni...banyak pulak tu nak gunting sekor2...nasib baik anak bujang kak lina rajin...ringanlah sikit beban mama dia ni...

tapi kan memang menjadi lah petua ni...masa mula2 siput ni penuh lumpur dan berbau hanyir...eiiuuuu....ingatkan tak hilang bau dia...tapi bila lepas dicuci dan dilumur hampas kelapa,bersih gila siput ni....dan paling penting dah tak bau lagi lumpur tu...wow...puas hati sangat...



Tengok siput kat atas tu....bersih lagi suci kannn...sekarang susah la nak dapat stok siput ni,payah nak jumpa la...mungkin kat pasar basah senang la jumpa kan..kak lina biasa belanja kat kedai acheh je..malas nak pegi pasar..satu paket siput ni RM 12...tapi berbaloi la dengan harga sebab siputnya dapat yang besar2...ermmmm...senang nak sedut hihi.....



Hah tu dah siap masak....macaam mana kawan2...terliur tak????oklah memandangkan kak lina rajin hari ni,kak lina up lagi resepi siput sedut ni...mana tau korang pun nak masak jugak kann...

Resepi Siput Sedut Masak Lemak

Bahan-Bahan
  • 1 kg siput sedut 
  • 10 - 15 biji cili padi - kisar halus
  • 2 inci kunyit hidup - kisar halus
  • garam dan gula secukupnya
  • 2 batang serai - dititik
  • 1 kotak santan
  • 3 ulas bawang putih - kisar halus
  • 5 ulas bawang merah - kisar halus
  • Daun kunyit

Cara Membuat Siput Sedut Masak Lemak Cili Api


1. panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar tadi hingga naik bau, kemudian masukan santan bersama siput, dan serai.

2. masak pada api sederhana sambil terus dikacau perlahan. 

3.masukkan daun kunyit,asam keping,gula dan garam.

4. akhir sekali, masak hingga kuah mendidih dan pekat dan bila sudah Ok boleh matikan api dan siap dihidangkan.

You May Also Like

16 Comments

  1. Lamanya tak makan siput sedut. Bertahun2 rasanya. Ingat lagi dulu bila bab siang siput ni riuh dapur jadinya. Hehe

    ReplyDelete
  2. huwaaaaa...sajer jer goda orang tauuuu...dia tau la tu SA suka sipu sedut....mana nak carik ni....

    ReplyDelete
  3. Menu ni menu feveret CCL .selalu tolong mak masak kat dapur , kalau bab bersihkan siput ni mak yg buat , btw new tips bagi ccl

    ReplyDelete
  4. Ooo..cmni rupanya cara dia..xpernah tahu..ingatkan pakai cuci cam tu jee

    ReplyDelete
  5. Pernah makan tapi xtahu cara nak sediakan. Boleh tahan juga susahnya.

    ReplyDelete
  6. Suka siput sedut tapi malas nak bersihkan dia..so selalu beli yg dh siap masak je..hehehe

    ReplyDelete
  7. Alahai terliur tgk. Bersih, lemak.dan sedap ni siput sedut versi lina

    ReplyDelete
  8. dulu masa kecik selalu tolong mak cuci siput sedut guna batang pisang. tonyoh2 hukung batang pisang pd siput sampai keluar kotoran.. memang bersih..

    gd tips sharing here

    ReplyDelete
  9. Haaa nie boleh tunjuk dekat ibu. Dia rajin jugak makan siput sedut nie hahaha

    ReplyDelete
  10. Betul sangat tips ni. Mak saya pun apply ni bila masak siput sedut. Duh..sedapnya..

    ReplyDelete
  11. Omg so simple! Rasa nak cubalah resepi ini

    ReplyDelete
  12. aduhai sedapnya.... dah lama xmakan

    ReplyDelete
  13. Suka siput sedut tapi nak masaknye tak reti nak keta potong hujungnya tu kan supaya senang nak sedut. tapi kalau duk depan mertua segan gak nak sedut ni hahahha..bunyi kemain lagi hehehe


    yanmie
    www.yanmieonline.com

    ReplyDelete
  14. sedapnya... insyaAllah nak try buat.

    Lisa
    www.blogmamalisa.com

    ReplyDelete
  15. Kita pun basuh siput guna hampas kelapa. Tapi adoiii kecur air liur tengok resepi dgn gambar siput yg dah siap masak tu grr

    ReplyDelete
  16. Tq tips ni sgt berguna .biasa ena la mmg kena potong siput ni.potong guna playar senang haha..yg lain geli tgk siput bgerak kn.. klu cuci tu mmg lama tadah air paip..nnti bole try dgn hampas kelapa pulak

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

PEMILIK BLOG
-LIN LIENA-