Resepi Spageti Aglio Olio
Resepi Spageti Aglio Olio | Assalamualaikum..selamat pagi semua...dah sarapan ke?hari ni kak lina update entry awal sikit sebab nak pergi seremban 2 nak tengok adik bungsu yang belajar disana...dah nama adik bungsu kan...mestilah manja haha...tak sabar nak jumpa dia..rindu sangat...Semalam kak lina dinner spageti aglio olio...ala2 orang putih konon nya...tapi si rayyan ngan wafiy tak berapa nak omputih la tekak diorang..nak nasi jugakkk...alaa...dah 2 kali keje mak ko ni kena masak lain...ingat nak senang keje kan...malah menambah keje pulak.
jom la tengok resepi spageti aglio olio kak lina yang versi cecampak apa yang adoo kat dapur je...hihi janji sedap jelah kat tekak tu...
Resepi Spageti Aglio Olio
2 ulas bawang putih -dihiris
1 biji bawang holland-dihiris
cili padi-sebab tekak melayu
cili flakes-pakai cili kering je gunting kecik2
udang
sotong
lada hitam
serbuk perasa
gula
garam
minyak jagung/olive oil
*Spageti direbus dengan minyak dan sedikit garam-lebih kurang 15 minit
Cara-Cara
Tumis bawang butih dan bawang holland sehingga kekuningan.masukkan segala rencah yang ada,udang ,sotong cili padi,serbuk perasa garam dan gula(secubit sahaja).bila dah sebati bolehla di masukkan spageti tadi...ni versi kosong ye xde letak pasli dan sebagainya...hihi..kalau korang ada sila lah letak ye...ni versi tekak melayu yang suka pedas2 cili api...kalau spageti kering bolehla di renjis2 sedikit minyak ye...ikutla citarasa massing2...tapi serious la senang dan cepat masakan western ni kan...xsampai 15 minit dah siap...
Done...dah boleh makannn
27 Comments
spageti ini pernah saya makan (^_^).
ReplyDeleteFav juga nie....
ReplyDeleteResepi paling senang. Dah lama tak buat Spageti Aglio Olio ☺
ReplyDeleteSenang nak buat..tapi ikut kerajinan..hehehe
ReplyDeletefavourite ni. tak pandai masak tapi tengok resipi macam mudah. boleh kot try nanti!
ReplyDeleteMacam senang je resipi nie. Tapi saya pemalas nak try hahaha... suka makan je
ReplyDeleterajinnya nk menggunting cili kering tu..kalau akk main cari cili flakes jer la dik oii
ReplyDeleteTak pernah makan lagik ni.. Nampak cam sedap jerk.. Nak buat tu yg malas.. hehehe
ReplyDeleteSedapnya. Nanti boleh cuba resepi ni.
ReplyDeleteResipi plg sempoi..igt nak buat jugak nnt..hihi
ReplyDeletenyumm.. sedapnya..
ReplyDeleteNi la resepi semalam tu ye...looks tempting..sib baik dh makan selasa lepas
ReplyDeleteSaya dulu sampai masuk kelas nak belajar buat aglio olio ni. Tp memang puas hati sbb sedap
ReplyDeleteSimple nau resepinya. Ni kira seafood la. Black pepper aje yer ngan cili2.
ReplyDeleteFavourite all time! Sedapnya. Btw, first time sampai sini. Nice blog kak.
ReplyDeleteTu la anak. Kalau x kena dgn tekak diorg tak pasal mamanya kena masak 2x Kan. Mama selalu mcm Tu la.. selera anak dgn ayahnya x sama
ReplyDeletenampak senang, tapi bagi yang kureng rajin amatlah susah semua benda ni. hahaha Sedapnya! Lagi sedap kalau buat ada pedas-2. Yummy!
ReplyDeleteuish...sedapnya! saya boleh cuba lain kali~
ReplyDeleteDuk buat spageti aglio olio.! Ika suka suka bubuh bawang putih banyak-banyak
ReplyDeleteFav ena ni! Huaaaaa! Teringin! Jap lagi nak buat la. Ikut resepi akk. Hehehhe
ReplyDeleteResepi paling senang, cepat & sedap!
ReplyDeleteMudah rupenye nk buat ni. Nak try la nanti. Lagi pedas, lagi sedap. My favorite ni
ReplyDeleteResepi paling ruby suka! Kalau masak untuk family, memang ini je la yang ruby masak. Sebab anak ruby kalau nampak kuah merah walaupun tak pedas. mereka takmo makan. huwaaa. so Aglio Olio aje lah. haha
ReplyDeleteSalma pun rajin buat macam resepi ni sebab senang sangat. anak2 pun suka makan.
ReplyDeleteSedap la akak ...tengok gambarnya pon dah terliur
ReplyDeleteSometime i make aglio olio at home, its fast & easy and healthy.
ReplyDeletesedapnyaaa.. nak kena buat jugak ni..
ReplyDeleteIni adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..
PEMILIK BLOG
-LIN LIENA-