Resepi Kek Marble Lembut Dan Gebu
Resepi kek marble lembut dan gebu|Alahai sedapnya lah kek marble ni..sampai sekarang masih teringat kelembutan dan kegebuan kek marble ni..menjadi kewajipan family kak lina buat kek pada petang raya..korang ikutlah resepi ni ok...insyaallah menjadi dan rasanya tidak akan mengecewakan...memandangkan sekarang kan musim raya..memang sesuai la korang buat untuk para tetamu...lagipun kek marble ni mudah sangat nak buat...tak caya??? jom tengok resepi...
Resepi Kek Marble Lembut Dan Gebu
Bahan-bahan
1 buku butter
3/4 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
4 biji telur
2 1/2 cawan tepung gandum *
1 sk baking powder *
(Kak lina kurangkan sukatan gula dan susu sebab tak suka kek manis2)
Bahan bertanda * disatukan dan diayak
Cara penyediaan :
-pukul butter dan gula hingga kembang dan putih.
-masukkan susu pekat.
-masukkan telur satu demi satu sambil dipukul lagi.
-masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit dengan kaedah kacau secara kaup balik hingga sebati. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian, satu pada warna asal dan lagi 3 terpulang nak warna apa..kak lina guna merah,hijau dan coklat.
-panaskan oven terlebih dahulu, Gris keseluruhan loyang bulat bersaiz 8inci, alas loyang dengan baking paper dan gris sekali lagi.
-masukkan adunan ke bahagian tengah loyang berselang seli hingga habis. Tak perlu ratakan kerana adunan akan sendiri merebak ke bahagian tepi memenuhi loyang. Hentakkan loyang 2 atau 3 kali dan boleh dibakar hingga masak mengikut oven masing-masing. Oven kak lina kecik jadi kak lina guna 160c dan 30 minit.kek ni tak manis...just nice rasa dia.memang xmuak pun makan banyak-banyak..ok selamat mencuba....
![]() |
Resepi Kek Marble Lembut Dan Gebu |
![]() |
Resepi Kek Marble Lembut Dan Gebu |
7 Comments
Amboi meriahnya kek tu lina. Comel je berwarna warni. Confirm sedap tu :)
ReplyDeletecuma tahun ni jer kakak ipar en suami tak buat kek marbel ni...ni yg buat terliur akk tgk nii..
ReplyDeleteWah sedapnya... Colorful lg
ReplyDeletewah nampak sedapla, teringin pula nak try resepi ni :)
ReplyDeletesedapnya! belum pernah cuba buat kek ni lagi. bolehlah guna resepi ni nanti :)
ReplyDeletewahh meriah kek nya.. teringin nak buat kek marble.. tq tau sharing resipi..
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri..
Maaf Zahir Batin..
yanieyusuf.com
Assalam sis..blh tahu 1 buku butter tu yg brp gram?
ReplyDeleteIni adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..
PEMILIK BLOG
-LIN LIENA-